20190801 - bb2SHAH ALAM, SELANGOR – 1 OGOS 2019: Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung mengadakan satu aksi protes di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini, untuk menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya mengambil tanah daripada pemilik tanah ladang bagi tujuan menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi mereka untuk selama 20 tahun.

Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung telah dibelenggu dengan masalah perumahan kerana pemilik tanah ladang tersebut, Prospell Enterprise Sdn Bhd, enggan membina rumah untuk pekerja ladang sepertimana yang dipersetujui dalam perjanjian jual beli pada tahun 1999.

Projek perumahan yang dijanjikan kepada pekerja Ladang Bukit Beruntung telah terbengkalai pada tahun 2002, atas alasan anak syarikat kepada pemilik ladang telah menggulung tikar, walaupun syarikat induk Prospell Enterprise Sdn Bhd masih beroperasi sehingga kini.

Dalam mesyuarat dengan Ganabatirau selaku Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 24 November 2017, Prospell Enterprise Sdn Bhd masih berdegil untuk tidak membina rumah bagi bekas pekerja ladang di situ. Para bekas pekerja kemudiannya telah mengemukakan permohonan kepada Ganabatirau pada 13 Mac 2018 untuk meletakkan Kaveat Pendaftar ke atas lot tanah Lot 2099 yang sesuai untuk membina rumah bagi pekerja ladang. Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Desa Beruntung dan Pekerja Ladang Desa Beruntung telah menghantar surat-surat susulan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor pada 18 September 2018 dan 10 Jun 2019.

Oleh sebab masih tidak menerima respon yang positif daripada Kerajaan Negeri Selangor, para bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung mengambil keputusan untuk berprotes di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan menyerahkan satu memorandum kepada pihak Kerajaan Selangor. Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Desa Beruntung dan Pekerja Ladang Desa Beruntung menegaskan tuntutan mereka kepada Kerajaan Selangor, iaitu melakukan pengambilan tanah daripada pemilik tanah ladang Prospell  Enterprise Sdn Bhd dan membina rumah untuk pekerja-pekerja ladang.

Turut bersama bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung semasa penyerahan memorandum pada hari ini ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) A. Sivarajan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s