Pilihanraya AS: Trump ditewaskan tetapi adakah penggantinya “kurang jahat”?

Joe Biden bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-46, setelah mengalahkan penyandang jawatan Presiden AS Donald Trump dalam satu persaingan pilihanraya yang sengit. Donald Trump yang enggan mengaku kekalahan mengatakan bahawa dia akan mencabar keputusan pilihanraya dalam mahkamah. Sehingga 8 November 2020, dengan keputusan pengundian masih belum dimuktamadkan di negeri-negeri seperti Alaska, Carolina Utara dan … Continue reading Pilihanraya AS: Trump ditewaskan tetapi adakah penggantinya “kurang jahat”?

Terlepas pandang pada masalah yang lebih besar – Pandangan sepintas lalu Belanjawan 2021

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat beberapa aspek dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang tidak menyenangkan untuk saya. Yang pertama adalah, isteri saya dan saya akan menerima bayaran sekali gus (one-off) RM300 masing-masing kerana kami ialah pesara kerajaan. Adakah kerajaan mempunyai lebihan dana yang begitu besar sehingga ia boleh memberi … Continue reading Terlepas pandang pada masalah yang lebih besar – Pandangan sepintas lalu Belanjawan 2021

10 SOALAN LAZIM (FAQ) mengenai Sistem Aduan Pekerja (SiAP)

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah melancarkan Sistem Aduan Pekerja (SiAP) pada 5 November 2020. Berikut ialah jawapan kepada soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai SiAP: 1. Apakah itu SiAP? SiAP ialah Sistem Aduan Pekerja yang merangkumi hotline bagi pengaduan kes pekerja secara atas talian (panggilan telefon atau WhatsApp) dan juga sistem pangkalan data kes pekerja. 2. … Continue reading 10 SOALAN LAZIM (FAQ) mengenai Sistem Aduan Pekerja (SiAP)

Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan

Sistem Aduan Pekerja (SiAP), satu inisiatif terbaru aktivis-aktivis pekerja untuk menerima aduan dan memperkasakan pekerja dalam memperjuangkan hak asasi pekerja, dilancarkan secara rasminya dalam satu sidang akhbar siaran atas talian pada hari ini (5 November 2020). SiAP merupakan sistem pengaduan atas talian yang diwujudkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), dengan usahasama daripada organisasi yang … Continue reading Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan

Seni sebagai penghubung masyarakat dengan mesej yang serius (Wawancara bersama Tan Lay Heong)

(Siri wawancara “Kesenian dan Keadilan Sosial” - 02) Dalam wawancara yang kedua dalam siri “Kesenian dan Keadilan Sosial”, Sosialis.net menemuramah Tan Lay Heong, seorang pengamal seni yang berasal dari Pulau Pinang. Lay Heong ialah graduan ijazah sarjana muda dari National Taiwan University of Arts (NTUA). Tan sering memfokuskan karya kreatifnya dalam seni pemasangan (installation art), … Continue reading Seni sebagai penghubung masyarakat dengan mesej yang serius (Wawancara bersama Tan Lay Heong)

Penduduk Cameron Highlands tuntut pembinaan rumah PPR

Saleha binti Abdullah, seorang penduduk yang tinggal di Cameron Highlands selama 41 tahun, tidak mampu memiliki rumah kediaman di situ kerana harga rumah yang tinggi, dan hanya boleh membeli rumah PPR. Kaneswary yang tinggal di Cameron Highlands selama 12 tahun juga berkata bahawa dia hanya mampu mendapatkan rumah PPR sewa-beli. Inilah suara hati ramai penduduk … Continue reading Penduduk Cameron Highlands tuntut pembinaan rumah PPR

Poland: Undang-undang anti-wanita mencetus gelombang protes hebat

(Foto: Krzysztof Kaniewski / ZUMA Wire) Satu gelombang protes yang hebat sedang melanda seluruh negara Poland selepas mahkamah perlembagaan negara itu memutuskan pada 22 Oktober 2020 untuk memperketatkan lagi undang-undang mengenai pengguguran kandungan di Poland, sehingga hampir semua kes pengguguran boleh dianggap haram. Ini merupakan gelombang kebangkitan rakyat yang terbesar di Poland sejak kejatuhan pemerintahan … Continue reading Poland: Undang-undang anti-wanita mencetus gelombang protes hebat

Hutan pergi mana? – Gabungan masyarakat sivil lancar kempen selamatkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

(logo oleh Shaq Koyok) Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU) menyeru pada masyarakat awam untuk mendesak Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan Ahli-ahli Parlimen di negeri itu supaya memberikan komitmen dalam mempertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) dengan menandatangani dokumen akujanji. Kempen ini dilancarkan oleh Gabungan PHSKLU dalam satu sidang akhbar atas … Continue reading Hutan pergi mana? – Gabungan masyarakat sivil lancar kempen selamatkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Ahli parlimen harus gunakan hak untuk debat Belanjawan secara bertanggungjawab dan tanpa kongkongan

oleh Nik Aziz Afiq Pemuda Sosialis merakamkan takzim atas keprihatinan Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terhadap perkembangan semasa politik negara yang penuh kacau bilau mutakhir ini. Peranan Baginda dalam menjadi simbol penyatuan dan neutral dalam pemerintahan telah membantu negara menghadapi krisis demi krisis saban waktu. Ketika negara mulai bimbang apabila cadangan darurat disebut-sebut … Continue reading Ahli parlimen harus gunakan hak untuk debat Belanjawan secara bertanggungjawab dan tanpa kongkongan

Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Apakah belanjawan yang paling sesuai untuk Malaysia mengharungi kemelesetan ekonomi yang timbul daripada pandemik COVID-19? Ini ialah isu penting yang patut kita bincangkan agar penyelesaian yang sesuai dapat ditemui. Setiap negara perlu membangunkan konsensus nasional mengenai bagaimana kapasiti kewangan negara yang terhad harus digunakan untuk mengurangkan kesan pandemik yang sedang berlaku … Continue reading Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19