Abdalla Hamdok yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera baru-baru ini, kembali menjadi Perdana Menteri Sudan, selepas dia menandatangani satu perjanjian dengan pihak tentera yang merampas kuasa. Namun, persetujuan tersebut telah ditolak oleh gerakan rakyat Sudan yang memperjuangkan demokrasi.
