Jangan lulus kajian perlombongan yang memusnahkan kehidupan Orang Asli – Jawatankuasa OA Pos Lanai membalas kenyataan JAKOA

Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat OA Pos Lanai menyerahkan memorandum bantahan kepada JAKOA pada 7 September 2020. (foto oleh Azneal Ishak / Malaysiakini) oleh Jeffry bin Hassan 1. Kami ingin mengucapkan terima kasih untuk surat balas yang pantas daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Prof Dr Juli Edo, bertarikh 8 September 2020. … Continue reading Jangan lulus kajian perlombongan yang memusnahkan kehidupan Orang Asli – Jawatankuasa OA Pos Lanai membalas kenyataan JAKOA

Bantah rancangan perlombongan lantanid di perkampungan OA Pos Lanai

KUALA LUMPUR - 7 SEPTEMBER 2020: Wakil masyarakat Orang Asli di Pos Lanai, Pahang, bersama dengan aktivis-aktivis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), telah menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Kuala Lumpur pada hari ini. Wakil daripada perkampungan Orang Asli Pos … Continue reading Bantah rancangan perlombongan lantanid di perkampungan OA Pos Lanai

Mangsa penipuan dihukum, penjenayah sebenar masih bebas bermaharajarela

KUALA LUMPUR: Sebuah keluarga hendak bunuh diri, seorang terkena strok dan seorang lagi mengalami trauma kerana dibawa jerayawara tukar gari oleh pihak polis… Tiga kes di mana mangsa penipuan telah dikenakan tindakan undang-undang, telah dibawa kepada perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 27 Ogos 2020. “Mangsa penipuan telah dilayan dan didakwa seperti jenayah, … Continue reading Mangsa penipuan dihukum, penjenayah sebenar masih bebas bermaharajarela

Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik

KUALA LUMPUR - 21 OGOS 2020: Pekerja-pekerja dari Ladang Windsor di Ulu Sepetang, Kamunting, Perak, berprotes di hadapan ibupejabat syarikat Malakoff Corporation Berhad di Brickfields, Kuala Lumpur, pada hari ini, untuk menggesa pada pihak syarikat yang merupakan pemilik tanah ladang tersebut supaya jangan mengusir pekerja secara paksaan. Mereka menyeru untuk menyambung semula bekalan air dan … Continue reading Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik

Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran

Pekerja-pekerja ladang meminta untuk pelaksanaan skim perumahan tetapi dilayan pula dengan pengusiran paksa daripada pihak pengurusan ladang pada ketika negara kita masih dilanda ancaman pandemik COVID-19. Inilah kemelut yang sedang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Ladang Windsor. 6 orang pekerja Ladang Windsor yang sudah melebihi usia persaraan tetapi masih bekerja secara kontrak telah diberhentikan kerja oleh … Continue reading Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran

Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”

Keadaan pekerja migran tanpa dokumen yang berada di pusat tahanan imigresen di Sabah yang dilayan secara tidak berperikemanusiaan, telah didedahkan baru-baru ini dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat dan Komisi Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia dalam satu sidang akhbar pada 5 Ogos 2020. Komnas HAM, iaitu suruhanjaya hak asasi … Continue reading Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”

Bantah ratifikasi perjanjian perdagangan bebas CPTPP

Berikut ialah kenyataan bersama oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil di Malaysia yang  membantah ratifikasi "Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik" (CPTPP). Kami, organisasi-organisasi yang bertandatangan di bawah secara konsisten ingin mengingatkan Kerajaan Malaysia tentang implikasi serius kepada negara akibat daripada Perjanjian Komprehensif dan Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang buat masa ini hanya menangguhkan secara sementara 22 … Continue reading Bantah ratifikasi perjanjian perdagangan bebas CPTPP

Pelanjutan konsesi BERNAS memudaratkan pesawah dalam negara

oleh Sharan Raj Pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Sri Dr. Ronald Kiandee untuk melanjutkan konsesi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai pengimport beras tunggal selepas konsesi yang sedia ada berakhir bulan Januari 2021 akan memudaratkan pesawah dalam negara dan pengilang beras tempatan. Kadar untung daripada hasil jualan beras import dari Thailand dan Vietnam sangat … Continue reading Pelanjutan konsesi BERNAS memudaratkan pesawah dalam negara

Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak

oleh Raveen Veerasenan Pada 14 Julai 2020, kami sekumpulan melawati beberapa keluarga pelarian Rohingya di Tanjung Piandang (sebuah mukim di Daerah Kerian, Perak) untuk menyerahkan bantuan kewangan dan makanan kepada mereka yang tinggal di sebuah kampung di mukim tersebut. Kami tiba di kampung tersebut pada pukul 11.15 pagi dan ditemui oleh Encik Suliman, seorang warga … Continue reading Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak