oleh Sharan Raj

Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah bahawa Empangan Nenggiri akan menurunkan tarif elektrik ialah kenyataan yang mengelirukan rakyat kerana pada hakikatnya tarif elektrik akan naik.

Menurut laporan oleh UKM Pakarunding Sdn Bhd selaku perunding projek, Empangan Nenggiri hanya akan beroperasi kurang daripada 4 jam sehari. Maka, jumlah waktu operasi Empangan Nenggiri adalah kurang daripada 2 bulan setahun.

Kenapa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membina empangan yang hanya akan digunakan selama 2 bulan setahun?

Menurut laporan Suruhanjaya Tenaga (ST), jumlah kapasiti stesen janakuasa berlebihan yang dikenali sebagai kadar rizab margin elektrik akan mencapai 43% pada tahun 2027 apabila Empangan Nenggiri mula beroperasi.  

Kadar rizab margin elektrik optimum yang disyorkan untuk Semenanjung Malaysia adalah 15%; manakala kadar rizab margin elektrik yang diluluskan oleh kerajaan untuk tempoh tahun 2025-2029 adalah 25%.

Kenapa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melanggar dasar tenaga elektrik sendiri?

Memiliki kadar rizab margin elektrik yang tinggi akan meningkat tarif elektrik kerana pemegang saham stesen janakuasa akan menerima bayaran tetap walaupun stesen janakuasa tidak digunakan.

Rentetan itu, tarif elektrik akan naik dan ini akan memiskinkan rakyat demi memperkayakan kapitalis kroni.

Kenapa pemimpin PAS mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa tarif elektrik akan menurun?

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada kerajaan untuk membatalkan projek pembinaan Empangan Nenggiri yang memperkayakan kapitalis kroni tetapi membebankan rakyat dan memusnahkan kehidupan komuniti Orang Asli.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Nasional Biro Alam Sekitar dan Krisis Iklim PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s