Kerajaan Negeri Selangor harus merampas tanah daripada pemilik tanah Ladang Bukit Beruntung untuk membina rumah yang telah ditunggu-tunggu oleh para pekerja ladang di situ selama lebih 21 tahun.
Hong Leong Bank zalim! Rumah keluarga B40 dilelong ketika pandemik
Pada ketika negara kita masih dibelenggu dengan ancaman pandemik dan kemurungan ekonomi, masih wujudnya insiden bank komersial membuli rakyat dan melelongkan rumah golongan B40 tanpa mempertimbangkan keadaan sebenar kehidupan rakyat bawahan.
Teruknya Pakatan Harapan! – Komen Arul mengenai perobohan kedai di Kampung Manickam
Jika Mat Sabu di depan saya, saya akan tanya, inikah kualiti ADUN Parti Amanah? Ahli Parlimen dari DAP pula tidak mahu turun dan berkata beliau boleh lawat tempat ini pada hari Ahad nanti. Inikah cara rakyat akan dilayan? Inikah kualiti ADUN dan Ahli Parlimen PH?
Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini (6 April 2021) untuk menyuarakan kebimbangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tumbuhan yang boleh meningkatkan harga benih dan memiskinkan petani. Berikut ialah kenyataan penuh FKMM: Forum Kedaulatan Makanan Malaysia khuatir kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kualiti … Continue reading Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih
Kedai Kampung Manickam diroboh, rakyat miskin terus dimangsakan pada ketika pandemik
Kenapa pihak kerajaan berdegil untuk memusnahkan rezeki rakyat miskin pada ketika pandemik dan krisis ekonomi?
Mangsa banjir dan petani bantah pindaan gunatanah pertanian ke perindustrian di Zon Kanthan
Petani-petani di Kanthan dan penduduk-penduduk di Taman Lim, Ipoh, Perak, menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan pindaan gunatanah sebidang tanah seluas 470 ekar di kawasan Kanthan, yang ditukar daripada tanah pertanian kepada tanah perindustrian.
Projek perlombongan lantanid di Ulu Jelai mengancam alam sekitar dan kehidupan Orang Asli
Masyarakat Orang Asli di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, sedang menghadapi ancaman daripada rancangan perlombongan Lantanid yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Projek perlombongan ini sekarang berada dalam proses menyediakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Konsesi untuk perlombongan lantanid di Ulu Jelai telah diberikan kepada 3 buah syarikat dengan jumlah keluasan tanah mencecah 660 hektar.
Empangan Nenggiri: Tarif elektrik akan naik bukan turun
Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada kerajaan untuk membatalkan projek pembinaan Empangan Nenggiri yang memperkayakan kapitalis kroni tetapi membebankan rakyat dan memusnahkan kehidupan komuniti Orang Asli.
Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri
Masyarakat Orang Asli daripada suku Temiar di Gua Musang, Kelantan, menyatakan dengan jelas bahawa mereka membantah pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang bakal memusnahkan hutan dan kehidupan mereka. Wakil daripada masyarakat Orang Asli yang terjejas oleh projek pembinaan Empangan Nenggiri telah mengadakan satu sidang media pada 22 Mac 2021 untuk menyuarakan bantahan mereka dan melancarkan kempen … Continue reading Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri
Syarikat kontraktor pembinaan harus dipertanggungjawabkan terhadap tragedi Lebuhraya SUKE
Nyawa pekerja-pekerja pembinaan dan pengguna-pengguna jalanraya tidak harus dipandang ringan.
