Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menggesa kerajaan untuk segera memperbaiki sistem perolehan tender kontrak perkhidmatan sokongan di bangunan kerajaan, seperti perkhidmatan kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah dan hospital, demi menjaga kesejahteraan pekerja.
Apakah punca-punca sebenar kemiskinan di Malaysia?
Eksploitasi di tempat kerja, penekanan gaji pada paras yang rendah kerana pembulian oleh MNC gergasi, komodifikasi keperluan asas, dan sekatan yang dikenakan oleh kapitalisme global terhadap keupayaan kerajaan untuk melaksanakan skim perlindungan sosial, merupakan punca kepada kemiskinan rakyat di Malaysia.
Jangan menghina gelandangan dan kondisi kesihatan mental
Pemuda Sosialis mengecam kenyataan dua orang ADUN Kelantan yang menghina golongan gelandangan dan mereka yang mempunyai cabaran kesihatan mental.
DUN Pahang harus hentikan perlombongan toksik di hutan simpanan kekal Ulu Jelai
ADUN Pahang secara dwiparti harus membantah projek perlombongan ini dengan segera kerana kos kemusnahan alam sekitar, pencemaran air dan kehilangan nyawa tidak dapat digantikan dengan hasil pulangan cukai dan royalti kepada dana Negeri.
Banjir di Kedah: PSM gesa tubuh JK Dwiparti untuk siasat punca banjir
PSM mencadangkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Dwiparti di bawah Dewan Undangan Negeri Kedah untuk menyiasat kejadian banjir di negeri itu.
Pekerja pembersihan yang tidak divaksinasi mati kerana COVID-19: Kementerian Kesihatan harus bertanggungjawab dan ambil tindakan terhadap majikan yang sebabkan kematian pekerja
Kerajaan harus bertanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap majikan yang cuai sehingga menyebabkan kematian pekerja pembersihan kerana dijangkiti COVID-19.
Jangan kelirukan rakyat dengan pelonggaran syarat peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara
PSM mendesak Kerajaan PN agar jangan menipu rakyat dengan mengaburkan fakta sebenar demi membuka semua sektor ekonomi dengan tergesa-gesa. Tindakan sedemikian akan menekan lagi kapasiti sistem perkhidmatan hospital awam kita yang telahpun dibanjiri pesakit.
Program bantu pengusaha lembu tenusu tidak telus
Walaupun inisiatif yang diambil oleh Kementerian Perpaduan Negara diberitakan telah mendapat sambutan baik daripada pengusaha-pengusaha lembu tenusu, namun selepas pengumuman ini keluar dalam berita dan media sosial, ramai penternak tenusu berasa tidak puas hati kerana program ini tidak telus, tidak mesra dan mencurigakan.
Mana dia program sokongan rakyat?
Pemuda Sosialis berpendapat bahawa perlu adanya program sokongan untuk kejadian sebegini supaya akses rakyat kepada keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, air, makanan, elektrik dan internet tidak terjejas.
Doktor kontrak berprotes tuntut jaminan kerja
Doktor-doktor kontrak mengadakan aksi protes serentak di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara untuk menuntut jaminan kerja.
