Petani-petani di Kuala Bikam, Sungkai, Perak, telah menang dalam kes saman yang dibawa oleh syarikat Pengurusan Pasir Perak Sdn Bhd terhadap mereka apabila Mahkamah Tinggi Ipoh menolak tuntutan syarikat tersebut.
Jangan pakai kaca mata etnik dalam analisis isu pengusiran petani
Bagi PSM, inilah isu-isu yang penting – kebajikan petani kecil, jaminan makanan untuk rakyat Malaysia dan penyaluran pulangan daripada tanah kerajaan kepada program-program yang memanfaatkan rakyat marhaen di Perak. Adalah harapan PSM bahawa orang ramai akan mengambil pendirian yang rasional dan berprinsip dalam menganalisis isu-isu masyarakat yang timbul dari semasa ke semasa, dan elak daripada reaksi yang bersifat sentiment etnik. Kita hanya akan berjaya mewujudkan masyarakat yang adil dan harmoni jika kita mengasaskan analisis dan tindakan kita atas pemikiran objektif dan prinsip-prinsip kemanusiaan.
Petani Malim Nawar gesa Polis Perak kuatkuasakan perintah mahkamah yang halang gangguan daripada syarikat swasta
Petani-petani di Malim Nawar, Perak, menyerahkan satu surat aduan kepada IPK Perak, dengan gesaan kepada Ketua Polis Perak supaya mengarahkan polis di IPD Kampar untuk menguatkuasakan perintah mahkamah yang menghalang sebuah syarikat swasta daripada terus mengganggu petani di situ.
Durian yang berduri
Jabatan Perhutanan dan Kerajaan Negeri Pahang telah bertindak menebang habis kebun durian di Raub baru-baru ini. Ini sekali lagi mengundang perhatian masyarakat terhadap petani durian di Raub. Sama ada tindakan tersebut melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan pada tahun yang lalu, Kerajaan Negeri dan petani-petani adanya pendirian yang masing-masing.
#CodeBlackMY: Solidariti bersama dengan doktor kontrak yang tuntut jaminan kerja
Isu pegawai perubatan kerajaan kontrak di hospital kerajaan yang menuntut penukaran status kepada jawatan tetap telah menjadi hangat baru-baru ini, dengan kempen tanda pagar #CodeBlackMy menular di media sosial baru-baru ini.
Laksanakan skim subsidi sewa rumah dengan segera
PSM menggesa supaya skim Subsidi Sewa ini dilaksanakan secepat mungkin kerana ratusan keluarga di seluruh negara sedang diancam oleh pengusiran dari rumah yang didiami mereka.
Selamatkan Orang Asli Pos Lanai: Kempen petisyen bantah perlombongan lantanid dilancarkan
Jawatankuasa Bertindak Wilayah dan Adat Orang Asli Pos Lanai Pahang melancarkan kempen petisyen atas talian untuk membantah rancangan perlombongan lantanid di kawasan tanah adat Orang Asli di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang.
Menteri Kewangan gagal faham impak pengeluaran KWSP sebelum bersara
Tindakan Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz, membenarkan pengeluaran KWSP sejak tahun lepas menunjukkan betapa tidak cerdiknya dalam menangani isu ekonomi rakyat kerana tindakan beliau akan menyebabkan pengangguran orang muda pada masa depan.
Rebat elektrik bagus tetapi harus sediakan mekanisme lupuskan tunggakan bil elektrik
Kerajaan harus menyediakan mekanisme untuk melupuskan tunggakan bil elektrik dengan menggunakan keuntungan TNB yang dijana tahun lepas yang bernilai RM3.6 bilion.
Hari Pelarian Sedunia 2021: Pelarian juga manusia
“Kita jaga kita” hanya menjadi slogan yang kosong dan tidak bermakna sekiranya golongan pelarian dikecualikan daripada “kita” itu.
