Protes berjaya hentikan lelong rumah keluarga mendiang Chandrasekar

Sebuah keluarga yang tinggal di Sungai Siput, Perak, mengadakan protes di hadapan ibupejabat Bank OCBC, dengan tuntutan supaya pihak bank menghentikan tindakan kejam yang melelongkan rumah mereka selepas kematian ketua isi rumah yang merupakan peminjam wang dengan bank itu. Proses pelelongan telah diberhentikan dan rumah mereka berjaya diselamatkan selepas protes ini.

MB Perlis digesa wujudkan skim rumah kos rendah sewa beli bagi penduduk Kampung Seri Kesinai yang diusir

KANGAR, PERLIS – 17 NOVEMBER 2020: Penduduk-penduduk dari Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis, telah menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Pejabat Menteri Besar Perlis, dengan seruan supaya pihak Kerajaan Negeri Perlis menyelesaikan isu pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka dengan mewujudkan skim perumahan kos rendah sewa beli. Penduduk-penduduk yang sedang menetap di Kampung … Continue reading MB Perlis digesa wujudkan skim rumah kos rendah sewa beli bagi penduduk Kampung Seri Kesinai yang diusir

Lanjutkan moratorium kepada B40 & M40

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis ingin menggesa kerajaan untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40 dan M40). Pelanjutan moratorium ini akan membantu golongan pekerja dan pemilik syarikat kecil/sederhana untuk mengharungi pandemik COVID-19. Kami ingin mengingatkan kerajaan bahawa terdapat ramai orang yang telah hilang punca pendapatan, mengalami potongan gaji dan ramai … Continue reading Lanjutkan moratorium kepada B40 & M40

Bina rumah PPR untuk masyarakat B40 di Cameron Highlands

Tahukah anda, Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan B40 (berpendapatan terbawah 40%) yang terakhir di Cameron Highlands dibina lebih 40 tahun yang lalu? Tidak ada PPR yang baru dibina sejak itu sehingga kini. Kita sudah berada di tahun 2020, tetapi penduduk B40 di Cameron Highlands masih tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga rumah di … Continue reading Bina rumah PPR untuk masyarakat B40 di Cameron Highlands

Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19

Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19 oleh Biro Perumahan dan Peneroka Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selamat Hari Habitat. Tahun ini merupakan satu tahun yang paling mencabar untuk umat manusia keseluruhannya. Serangan wabak COVID-19 ternyata mengubah landskap dunia hari ini. Hampir semua pergerakan manusia dan alam sekitar terjejas tetapi ternyata manusia sangat kerdil berbanding kekuatan … Continue reading Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19

Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik

KUALA LUMPUR - 21 OGOS 2020: Pekerja-pekerja dari Ladang Windsor di Ulu Sepetang, Kamunting, Perak, berprotes di hadapan ibupejabat syarikat Malakoff Corporation Berhad di Brickfields, Kuala Lumpur, pada hari ini, untuk menggesa pada pihak syarikat yang merupakan pemilik tanah ladang tersebut supaya jangan mengusir pekerja secara paksaan. Mereka menyeru untuk menyambung semula bekalan air dan … Continue reading Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik

Rakyat miskin dihalau, pemaju rumah dipeluk!- Penyewa PPR bukan culas, hentikan pengusiran paksa

oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam kenyataan kerajaan yang mendakwa bahawa penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) malas dan tidak membayar sewa sehingga mengancam menyenaraihitamkan mereka di bawah Agensi Pelaporan Kredit (CRA) termasuk CTOS. Kenyataan sebegini tidak berprihatin pada golongan masyarakat miskin, lebih-lebih lagi pada masa pandemik sekarang ini. Pada masa yang sama, kerajaan … Continue reading Rakyat miskin dihalau, pemaju rumah dipeluk!- Penyewa PPR bukan culas, hentikan pengusiran paksa

Kampung Kastam diancam pengusiran

PULAU PINANG: Penduduk-penduduk Kampung Kastam, yang terletak di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa daripada pihak pemaju dan mereka bertekad untuk mempertahankan hak perumahan mereka. Dalam satu sidang media yang diadakan oleh penduduk-penduduk Kampung Kastam pada 29 Februari 2020, mereka menyuarakan bantahan mereka terhadap intimidasi baru-baru ini yang dilakukan oleh syarikat pemaju … Continue reading Kampung Kastam diancam pengusiran