Kepincangan pengurusan rumah flat PPR: Kelemahan pengurusan atau akibat menjaga kepentingan kroni?

Oleh kerana tiadanya penyelenggaraan yang sempurna, ada banyak unit kosong dan kadang-kadang kawasan awam pula agak gelap keranan pencerahan yang kurang dan lampu-lampu taman yang rosak. Maka ianya mewujudkan keadaan yang tidak sihat dan PPR sering menjadi sarang penumpuan masalah sosial. Masalah rumah pangsa PPR kini semakin parah pada masa pandemik COVID-19, apabila rakyat diminta duduk di rumah.

Protes berjaya hentikan lelong rumah keluarga mendiang Chandrasekar

Sebuah keluarga yang tinggal di Sungai Siput, Perak, mengadakan protes di hadapan ibupejabat Bank OCBC, dengan tuntutan supaya pihak bank menghentikan tindakan kejam yang melelongkan rumah mereka selepas kematian ketua isi rumah yang merupakan peminjam wang dengan bank itu. Proses pelelongan telah diberhentikan dan rumah mereka berjaya diselamatkan selepas protes ini.

MB Perlis digesa wujudkan skim rumah kos rendah sewa beli bagi penduduk Kampung Seri Kesinai yang diusir

KANGAR, PERLIS – 17 NOVEMBER 2020: Penduduk-penduduk dari Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis, telah menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Pejabat Menteri Besar Perlis, dengan seruan supaya pihak Kerajaan Negeri Perlis menyelesaikan isu pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka dengan mewujudkan skim perumahan kos rendah sewa beli. Penduduk-penduduk yang sedang menetap di Kampung … Continue reading MB Perlis digesa wujudkan skim rumah kos rendah sewa beli bagi penduduk Kampung Seri Kesinai yang diusir