UMNO dan PAS telah mengumumkan kerjasama secara rasmi baru-baru ini. Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata bahawa kerjasama antara UMNO dan PAS akan memfokuskan aspek penyatuan ummah. Menurutnya, kerjasama dua parti ini bukannya penggabungan menjadi sebuah parti baru tetapi atas dasar kebersamaan terhadap isu-isu yang mempunyai asas kepada kedua-dua parti. Ada orang menyifatkan kerjasama UMNO … Continue reading UMNO dan PAS “berkahwin”?
Skim insurans MySalam timbul keraguan: PSM saran kerajaan jangan galakkan perkembangan sistem insurans kesihatan
PUTRAJAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kewangan pada 24 Januari 2019, untuk mengemukakan cadangan PSM berkenaan dengan wang RM2 bilion yang diberikan oleh syarikat insurans Great Eastern bagi pembiayaan perkhidmatan kesihatan. Rombongan PSM diketuai oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM. Menurut Dr. Jeyakumar, PSM khuathir bahawa penghijrahan doktor … Continue reading Skim insurans MySalam timbul keraguan: PSM saran kerajaan jangan galakkan perkembangan sistem insurans kesihatan
Malaysia “Baru” perlu tafsir kemiskinan Melayu dengan cara yang lebih berkesedaran
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa namun tidak begitu terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 15 Januari 2019. Perdana Menteri Dr. Mahathir mengatakan bahawa kemiskinan merupakan masalah “Melayu” dan nampaknya tidak mengaku bahawa terdapatnya perbezaan sosio-ekonomi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Pendekatan sebegini untuk menangani kemiskinan … Continue reading Malaysia “Baru” perlu tafsir kemiskinan Melayu dengan cara yang lebih berkesedaran
Isu PTPTN: Pakatan Harapan perlu kotakan janji, tegakkan prinsip
Berikut ialah kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 14 November 2018 oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dan Liga Pemuda Malaysian (LPM), berikutan perjumpaan dengan Menteri Pendidikan pada 12 November 2018. Selepas beberapa pertukaran dalam media sosial antara banyak pihak berkaitan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), terutama sekali atas cadangan terbaru yang dibentangkan dalam … Continue reading Isu PTPTN: Pakatan Harapan perlu kotakan janji, tegakkan prinsip
Belanjawan 2019: Reformasi dengan acuan yang sama
oleh Sivarajan Arumugam Belanjawan 2019, sebagai Belanjawan Kerajaan Persekutuan baru Pakatan Harapan yang pertama, telah dibentangkan pada 2 November lalu. Sebelum Belanjawan ini dibentangkan, Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah memberi amaran bahawa rakyat harus mengikat perut atau berkorban demi untuk menjamin kestabilan kewangan negara. Belanjawan 2019 ini akan menjadi … Continue reading Belanjawan 2019: Reformasi dengan acuan yang sama
Kerajaan perlu kaji semula gaji minimum RM1,050
"Menetapkan kadar gaji minimum boleh memberikan kesan positif kepada pekerjaan dan kestabilan industri dan merupakan satu kaedah membasmi kemiskinan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang penting untuk melaksanakannya dan beberapa ketetapan perlu dipatuhi. Salah satunya adalah dialog sosial." - Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2002 Berikut ialah memorandum bersama menuntut kaji semula gaji minimum yang diserahkan oleh Gabungan … Continue reading Kerajaan perlu kaji semula gaji minimum RM1,050
Sedikit fakta tentang gaji minimum
Dalam isu kenaikan gaji minimum, adanya pihak yang cuba mempertahankan kenaikan gaji minimum hanya RM 50 yang begitu sedikit dengan beberapa alasan, seperti gaji minimum yang terlalu tinggi akan menakutkan pelabur, kilang akan tutup, kerajaan tiada dana untuk melaksanakannya kerana hutang negara terlalu tinggi, dan sebagainya. Di sini adalah beberapa hujah/fakta yang menunjukkan alasan yang … Continue reading Sedikit fakta tentang gaji minimum
Hukuman mati bakal dimansuhkan, Jangan U-TURN!
10 Oktober setiap tahun ialah Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia. Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia pada tahun ini amat bermakna untuk Malaysia, kerana Kerajaan Malaysia akhirnya mengambil keputusan untuk memansuhkan hukuman mati! Menurut Liew Vui Keong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati untuk semua kesalahan. Sementara … Continue reading Hukuman mati bakal dimansuhkan, Jangan U-TURN!
Rumah mampu milik – antara hak rakyat dan keuntungan pemaju
oleh Karthiges Rajamanickam Merujuk kepada laporan akhbar The Star dan The Sun Daily bertarikh 9 Oktober 2018, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang mengusahakan projek perumahan mampu milik dan mampu sewa, tetapi bergantung kepada Kerajaan Negeri sama ada mahu memberi tanah untuk projek tersebut atau … Continue reading Rumah mampu milik – antara hak rakyat dan keuntungan pemaju
Tingkatkan umur persaraan demi dapatkan wang simpanan yang cukup untuk bersara?
Menurut laporan akhbar The Sunday Daily pada 3 Oktober 2018, dengan tajuk “Government mulls reviewing retirement age” (Kerajaan pertimbangkan untuk mengkaji semula umur persaraan), Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula umur persaraan 60 tahun pada masa kini, kerana terdapat ramai persara tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk … Continue reading Tingkatkan umur persaraan demi dapatkan wang simpanan yang cukup untuk bersara?
