Belanjawan 2019: Reformasi dengan acuan yang sama

oleh Sivarajan Arumugam Belanjawan 2019, sebagai Belanjawan Kerajaan Persekutuan baru Pakatan Harapan yang pertama, telah dibentangkan pada 2 November lalu. Sebelum Belanjawan ini dibentangkan, Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah memberi amaran bahawa rakyat harus mengikat perut atau berkorban demi untuk menjamin kestabilan kewangan negara. Belanjawan 2019 ini akan menjadi … Continue reading Belanjawan 2019: Reformasi dengan acuan yang sama

Kerajaan perlu kaji semula gaji minimum RM1,050

"Menetapkan kadar gaji minimum boleh memberikan kesan positif kepada pekerjaan dan kestabilan industri dan merupakan satu kaedah membasmi kemiskinan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang penting untuk melaksanakannya dan beberapa ketetapan perlu dipatuhi. Salah satunya adalah dialog sosial." - Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2002 Berikut ialah memorandum bersama menuntut kaji semula gaji minimum yang diserahkan oleh Gabungan … Continue reading Kerajaan perlu kaji semula gaji minimum RM1,050

Sedikit fakta tentang gaji minimum

Dalam isu kenaikan gaji minimum, adanya pihak yang cuba mempertahankan kenaikan gaji minimum hanya RM 50 yang begitu sedikit dengan beberapa alasan, seperti gaji minimum yang terlalu tinggi akan menakutkan pelabur, kilang akan tutup, kerajaan tiada dana untuk melaksanakannya kerana hutang negara terlalu tinggi, dan sebagainya. Di sini adalah beberapa hujah/fakta yang menunjukkan alasan yang … Continue reading Sedikit fakta tentang gaji minimum

Hukuman mati bakal dimansuhkan, Jangan U-TURN!

10 Oktober setiap tahun ialah Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia. Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia pada tahun ini amat bermakna untuk Malaysia, kerana Kerajaan Malaysia akhirnya mengambil keputusan untuk memansuhkan hukuman mati! Menurut Liew Vui Keong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati untuk semua kesalahan. Sementara … Continue reading Hukuman mati bakal dimansuhkan, Jangan U-TURN!

Rumah mampu milik – antara hak rakyat dan keuntungan pemaju

  oleh Karthiges Rajamanickam Merujuk kepada laporan akhbar The Star dan The Sun Daily bertarikh 9 Oktober 2018, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang mengusahakan projek perumahan mampu milik dan mampu sewa, tetapi bergantung kepada Kerajaan Negeri sama ada mahu memberi tanah untuk projek tersebut atau … Continue reading Rumah mampu milik – antara hak rakyat dan keuntungan pemaju

Tingkatkan umur persaraan demi dapatkan wang simpanan yang cukup untuk bersara?

Menurut laporan akhbar The Sunday Daily pada 3 Oktober 2018, dengan tajuk “Government mulls reviewing retirement age” (Kerajaan pertimbangkan untuk mengkaji semula umur persaraan), Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula umur persaraan 60 tahun pada masa kini, kerana terdapat ramai persara tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk … Continue reading Tingkatkan umur persaraan demi dapatkan wang simpanan yang cukup untuk bersara?

Perumahan untuk Semua (Deklarasi Hari Habitat 2018)

Deklarasi Hari Habitat 2018 Perumahan untuk Semua  oleh Karthiges (Biro Perumahan dan Peneroka PSM) Selamat menyambut Hari Habitat. Malaysia kini meraikan kejatuhan regim Barisan Nasional dan rakyat mengharapkan sebuah negara yang bernafas baru yang mengimpikan bahawa keperluan serta hak asasi rakyat dijamin dengan sewajarnya. Perumahan merupakan satu keperluan asas rakyat dan selama ini rakyat tidak menikmati … Continue reading Perumahan untuk Semua (Deklarasi Hari Habitat 2018)

PSM muncul di penamaan calon PRK Port Dickson, bukan untuk bertanding…

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN – 29 SEPTEMBER 2018: Hari ini adalah hari penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson. Mungkin ada orang akan sangka bahawa PSM turut bertanding dalam PRK ini apabila melihat bendera Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkibar di depan pusat penamaan calon untuk PRK Port Dickson. Namun, ahli-ahli PSM bersama dengan aktivis … Continue reading PSM muncul di penamaan calon PRK Port Dickson, bukan untuk bertanding…

Berkorban untuk selamatkan negara?

Perdana Menteri Mahathir Mohamad sudah memberikan petunjuk bahawa golongan pekerja dan rakyat biasa perlu bersedia untuk berkorban ataupun dikorbankan atas nama "selamatkan negara". "Kalau kita tak sanggup terima keperluan berkorban, maka kita tak boleh pulihkan negara kita," begitu kata Mahathir dalam satu wawancara khas dengan portal berita Malaysiakini. Menurut Mahathir, Belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan … Continue reading Berkorban untuk selamatkan negara?

PRK Balakong dan Seri Setia: HARAPAN kekalkan kerusi dengan peratusan keluar undi yang terendah

Dua pilihanraya kecil (PRK) yang berlangsung di negeri Selangor pada 8 September 2018, iaitu di kawasan DUN Balakong dan Seri Setia, telah menyaksikan Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi dalam PRU-14 dengan mengalahkan pesaingnya dengan undi majoriti yang selesa. Namun, peratusan keluar mengundi untuk kedua-dua kawasan DUN yang terlibat mencatatkan paras yang amat … Continue reading PRK Balakong dan Seri Setia: HARAPAN kekalkan kerusi dengan peratusan keluar undi yang terendah