Sepanjang tahun yang lepas, Malaysia masih diselubungi politik perkauman dan pertaruhan untuk kuasa di kalangan golongan elit politik yang berterusan, lebih kerap dan teruk daripada gejala jerebu yang mengunjungi negara kita setiap tahun. Berikut ialah antara beberapa isu politik bergolak yang menjadi tumpuan dalam tahun 2019. Kes pendakwaan Najib Najib Razak menjadi bekas Perdana Menteri … Continue reading Imbas kembali tahun 2019 – Pergolakan di Malaysia
Jawi – Siapa nak berundur?
oleh S. Arutchelvan Kelmarin saya menghadiri satu forum bertajuk “Forum Jawi – Saling Memahami” anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Forum ini amat baik kerana ia turut dihadiri oleh Dong Zong, Tamil Foundation, IKRAM, ABIM dan Dewan Perhimpunan Cina. Yang menjadikan Forum ini sempurna adalah ia dihadiri juga oleh Dr Habibah Abdul Rahim daripada Kementerian Pendidikan. Saya … Continue reading Jawi – Siapa nak berundur?
Dr Kumar disiasat kerana Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai
KUALA LUMPUR - 11 DISEMBER 2019: Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibupejabat Polis Bukit Aman pada hari ini, berkenaan dengan siasatan polis terhadap Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai yang diadakan baru-baru ini. Pihak polis sedang membuat siasatan terhadap perhimpunan untuk memperingati ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai … Continue reading Dr Kumar disiasat kerana Perhimpunan Memperingati Perjanjian Damai Hatyai
Bayangan Operasi Lalang 32 tahun dahulu masih berkeliaran…
32 tahun dahulu, pada 27 Oktober 1987, Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad pada masa itu (iaitu Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan hari ini) melancarkan Operasi Lalang, satu operasi penangkapan polis secara besar-besaran dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Lebih 100 orang pemimpin politik (kebanyakannya daripada parti pembangkang pada masa itu) dan … Continue reading Bayangan Operasi Lalang 32 tahun dahulu masih berkeliaran…
Belanjawan 2020: Isu-isu rakyat masih menjadi kebimbangan serius
oleh Dr Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan untuk Belanjawan 2020 yang pada keseluruhannya nampak agak bertanggungjawab dalam mengendalikan kewangan Kerajaan, dengan kekangan yang sedia ada. Dapat diperhatikan bahawa perbelanjaan sosial ke atas Pendidikan, Kesihatan, Perumahan, program Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga program-program mensasarkan petani-petani dan nelayan-nelayan telah dikekalkan. … Continue reading Belanjawan 2020: Isu-isu rakyat masih menjadi kebimbangan serius
Belanjawan 2020: Syor PSM kepada Kerajaan PH
Keluarga-keluarga B20 kita sedang hidup dalam kesengsaraan di negara yang kaya ini walaupun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ataupun GDP) telah meningkat dengan pesatnya dalam 50 tahun yang lalu. Pada tahun 1970, KDNK Malaysia ialah RM10.3 bilion sahaja. Tahun lalu, ia telah mencecah RM1400 bilion (1.4 trilion), satu peningkatan yang mengkagumkan (135 kali ganda!). Tetapi … Continue reading Belanjawan 2020: Syor PSM kepada Kerajaan PH
PH jangan perlekeh kerjasama PAS-UMNO
oleh S. Arutchelvan Penyatuan dua parti Melayu terbesar dengan menandatangani piagam muafakat dalam Himpunan Penyatuan Ummah kelmarin tidak boleh dilihat sebagai satu peristiwa yang remeh atau tidak signifikan. Pakatan Harapan (PH) harus menerima peristiwa ini dengan cemas dan melakukan segala yang perlu jika mahu terus berkuasa atau tersungkur menjadi parti pemerintah untuk satu penggal sahaja. … Continue reading PH jangan perlekeh kerjasama PAS-UMNO
Hentikan skim pencen penjawat awam? Adakah Kerajaan Pakatan Harapan kehilangan akal?
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Baru-baru ini, kenyataan daripada penjawat awam berpangkat tertinggi, Datuk Seri Borhan Dolah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, dan juga Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar, Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa Kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius tentang cadangan untuk menghentikan skim pencen bagi penjawat awam. Tun Dr. Mahatir melibatkan dirinya dalam kontroversi … Continue reading Hentikan skim pencen penjawat awam? Adakah Kerajaan Pakatan Harapan kehilangan akal?
PSM tidak sokong mobilisasi berasaskan politik etnik atau agama
oleh S. Arutchelvan Adalah pendapat kami dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) bahawa semua pihak patut mengambil satu langkah ke belakang dengan tidak meneruskan sebarang mobilisasi berwajahkan satu etnik atau satu agama kerana tindakan sebegini tidak akan membawa apa-apa yang baik untuk masa depan Malaysia. Sebaliknya, juara sebenar untuk politik negara adalah mereka yang berjaya menggerakkan … Continue reading PSM tidak sokong mobilisasi berasaskan politik etnik atau agama
Pakatan Harapan perlu henti dari mencetuskan isu perkauman
oleh Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) sangat kecewa dan bimbang kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri sedang menimbulkan ketegangan antara kaum. Rakyat mengundi PH dengan harapan bahawa PH akan membina sebuah masyarakat yang lebih adil dan harmoni. Majoriti rakyat Malaysia ialah orang yang sangat bertoleransi dan kebanyakan rakyat dari berbagai kaum ingin mewujudkan persefahaman … Continue reading Pakatan Harapan perlu henti dari mencetuskan isu perkauman
