20181015 - minimumwage02

Dalam isu kenaikan gaji minimum, adanya pihak yang cuba mempertahankan kenaikan gaji minimum hanya RM 50 yang begitu sedikit dengan beberapa alasan, seperti gaji minimum yang terlalu tinggi akan menakutkan pelabur, kilang akan tutup, kerajaan tiada dana untuk melaksanakannya kerana hutang negara terlalu tinggi, dan sebagainya.

Di sini adalah beberapa hujah/fakta yang menunjukkan alasan yang diberikan itu sememangnya tiada asas yang kukuh.

1. Gaji Minimum di Malaysia sebenarnya lebih rendah daripada negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Selain itu, pekerja Malaysia mempunyai kuasa membeli paling teruk di ASEAN – lebih teruk daripada Vietnam dan Myanmar. Mungkin ada akan tanya, mengapa orang Indonesia masih kerja di Malaysia? Ini kerana pekerja Indonesia yang kebanyakannya bekerja di sektor pembinaan bergaji lebih tinggi daripada kadar gaji minimum, iaitu lebih kurang RM 2,500 sebulan ke atas. Dan baru-baru ini pula, sektor perladangan yang biasanya membayar gaji rendah juga mengatakan bahawa Gaji minimum tidak menjejaskan mereka kerana mereka pun membayar lebih daripada gaji minimum.

2. Hanya di Malaysia, Gaji Minimum sektor swasta lebih rendah daripada sektor kerajaan. Gaji Minimum sektor swasta adalah RM 1,000  sebulan, manakala Gaji Minimum Kerajaan adalah RM 1,200 sebulan, dan untuk negeri Selangor, Pulau Pinang dan Johor, Gaji Minimum kakitangan kerajaan adalah RM 1,500 sebulan.

3. Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menetapkan gaji minimum mengikut satu formula yang mengambilkira garis kemiskinan, peningkatan produktiviti, inflasi (mengikut Indesk Harga Pengguna, CPI), kadar gunatenaga, pengangguran dan sebagainya. Maka, mengapa Kerajaan Pakatan Harapan tidak berani mendedahkan laporan Jawatankuasa ini kepada Kabinet. Kabinet Malaysia hanya menerima sebulat-bulatnya cadangan majikan, iaitu menaikkan kadar Gaji Minimum kepada RM 1,050.

4. Jika kita bercakap tentang “Kedaulatan Undang-undang” (Rule of Law), ia bermaksud bahawa, menurut akta yang diperuntukkan, Gaji Minimum kena dikaji setiap dua tahun. Jadi, jika betul-betul mengikut undang-undang, pelarasan Gaji Minimum perlu dilaksanakan paling lewat mulai bulan Julai 2018, memandangkan pelarasan Gaji Minimum sebelum ini adalah pada bulan Julai 2016.

5. Ada orang mengatakan bahawa perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan tutup jika Gaji Minimum diimplentasikan. Ini adalah hujah sama yang digunakan pada tahun 2013 apabila gaji minimum diumumkan, dan pada tahun 2016 apabila diadakan semakan semula gaji Minimum . Namun, keuntungan SME dan sektor SME telah meningkat daripada 33.1% pada tahun 2013 kepada 36.6% pada tahun 2016.

6. Kerajaan tidak ada wang yang mencukupi? Gaji Minimum adalah untuk sektor swasta. Dan jika ia diimplemtasi pun, hanya akan memberi impak kepada 1.07% rakyat pekerja tempatan. Maka apa cerita ini?

43375268_10156891154548713_1905183896924848128_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *