44164409_10156715787419493_453399047235960832_n

“Menetapkan kadar gaji minimum boleh memberikan kesan positif kepada pekerjaan dan kestabilan industri dan merupakan satu kaedah membasmi kemiskinan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang penting untuk melaksanakannya dan beberapa ketetapan perlu dipatuhi. Salah satunya adalah dialog sosial.” – Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2002

Berikut ialah memorandum bersama menuntut kaji semula gaji minimum yang diserahkan oleh Gabungan Bantah RM1050 yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 17 Oktober 2018.

Setelah beberapa bulan tanpa apa-apa keputusan, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kadar gaji minimum akan dinaikkan hanya RM 50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 130 untuk Malaysia Timur.

Kadar gaji minimum baru yang hanya pada kadar RM1,050 sebulan ini adalah satu penghinaan kepada pekerja. Ini memaparkan bahawa kurangnya sifat empati daripada pihak Kerajaan Pakatan Harapan terhadap keadaan teruk yang dihadapi oleh kelas pekerja di Malaysia. 14.6 juta orang pekerja yang mengundi kerajaan baru dengan harapan untuk kehidupan yang lebih baik, terkejut dan kecewa dengan pengumuman kadar gaji minimum ini.

Kerajaan telah tidak menepati kehendak dalam Akta Gaji Minimum dan tindakan ini adalah bertentangan dengan propaganda mereka berkenaan “Kedaulatan Undang-undnag” (Rule of Law) dan juga pematuhan pada piawaian buruh antarabangsa, seperti Konvensyen 131 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) – Konvensyen Penetapan Gaji Minimum (C131 – Minimum Wage Fixing Convention).

Ini menunjukkan bahawa Rule of Law hanya digunapakai secara terpilih demi kepentingan majikan dan kerajaan, tetapi bukannya rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Kerajaan sepatutnya juga mewartakan laporan Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji di bawah Majlis Perundingan Gaji Negara (selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Teknikal), sekiranya mereka betul-betul berniat untuk menjadi lebih telus. Sekiranya kerajaan boleh menukar status Laporan 1MDB, tiada alasan untuk kerajaan tidak melakukan hal yang sama kepada Laporan Jawatankuasa Teknikal. Ini adalah satu laporan yang menggunakan wang rakyat, maka ianya tidak boleh menjadi suatu dokumen yang dirahsiakan. Pembayar cukai mempunyai hak untuk mengetahui kandungan laporan tersebut dan kami mendesak kerajaan untuk mewartakannya.

Kami percaya bahawa cadangan Jawatankuasa Teknikal telah dinafikan sekaligus menjadikan segala usaha petugas dan wang yang dibelanjakan untuk kajian yang berkaitan satu pembaziran wang rakyat.

Kami mendapati satu-satunya cadangan yang diterima oleh kerajaan adalah cadangan daripada pihak majikan.

Sebelum ini, sewaktu masih bersama BN, Tun Mahathir pernah memberikan alasan yang sama untuk menafikan kadar gaji minimum yang bersesuaian untuk pekerja. Keadaan ekonomi yang tidak memuaskan, kadar matawang yang merosot, dan beban hutang kerajaan dijadikan alasan kenapa Kerajaan Persekutuan gagal untuk memperbaiki kehidupan berjuta pekerja.

Di sebalik itu, kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan seperti Selangor dan Pulau Pinang, telah meningkatkan kada gaji minimum ke RM1,500.

Pada masa yang sama, golongan hartawan mahakaya dan pemilik syarikat besar mencatat rekod keuntungan yang tinggi setiap tahun tanpa gagal dan juga tanpa peraturan yang adil oleh kerajaan. Kerajaan boleh menggunakan alasan yang sama untuk memindahkan beban hutang dan ketidakstabilan ekonomi ke atas 1% syarikat gergasi ini berbanding meletakkannya pada bahu 99% untuk mereka hidup dalam keadaan berjimat-cermat.

Pada tahun lepas, 40 orang terkaya di Malaysia mencatatkan pertumbuhan kekayaan sebanyak 30%, dan 40% rakyat termiskin pula terpaksa hidup dengan gaji yang tidak berubah, pasaran kerja yang kompetitif, cukai yang membebankan, pengurangan subsidi dan juga penjimatan oleh kerajaan.

Gaji sebenar, iaitu gaji yang diukur berbanding inflasi dan kadar matawang, tidak berganjak untuk 7 tahun kebelakangan ini dan dalam banyak keadaan, adalah kurang berbanding dengan hutang isirumah.

Pekerja yang merupakan golongan terbawah dalam tangga penggajian, seperti pekerja wanita, terpaksa bekerja keras dengan gaji rendah untuk menampung kehidupan keluarga, dan hampir tiada apa-apa bantuan daripada kerajaan.

50% daripada tenaga kerja tidak formal adalah wanita, dieksploitasi oleh majikan kaya untuk menambah keuntungan korporat dengan membayar gaji yang rendah kepada pekerja.

Antara golongan pekerja ini, dengan perasaan marah, telah memilih untuk mengubah keadaan hidup mereka dengan mengubah pimpinan politik dalam kerajaa. Namun, mereka tidak mahu terus berhadapan dengan polisi dan retorik lama yang masih dibawa oleh kerajaan baru.

Walaupun satu kajian oleh Bank Negara menunjukkan bahawa hanya gaji sekurang-kurangnya RM 2,700 baru mencukupi untuk seseorang individu hidup dalam keadaan selesa di Kuala Lumpur, Kerajaan Pakatan Harapan tetap meneruskan penetapan gaji minimum yang begitu rendah, di mana jumlahnya hanya merupakan sebahagian yang kecil daripada jumlah yang diperlukan itu.

Pada masa yang sama, cukai korporat dikekalkan dan tiada inisiatif ke arah memperkenalkan satu dasar cukai progresif yang mensasarkan golongan yang kaya.

ILO – Membasmi Kemiskinan

Untuk kerajaan, tujuan utama gaji minimum adalah secara nyata menyumbang ke arah mengurankan kemiskinan. Gaji minimum boleh menjadi jaring keselamatan dalam negara di mana jaminan sosial tidak berapa memberangsangkan. Kerajaan juga menggunakan gaji minimum untuk membahagikan pendapatan dalam masyarakat, untuk menggalakkan peluang pekerjaan yang produktif dan untuk meningkatkan pertumbuhan yang dipacu permintaan. Di negara membangun, gaji minimum biasanya menjadi teras utama kepada dialog sosial. Meninggalkannya akan mengakibatkan kerosakan yang serius terhadap kualiti dialog sosial. 

Dari sudut majikan, membayar gaji minimum boleh meningkatkan produktiviti dengan tiga cara; dengan meminimumkan keculasan pekerja, mengurangkan pekerja yang berhenti kerja dan menyumbang kepada kestabilan sosial. Pertamanya, gaji minimum adalah satu cara meningkatkan produktiviti dengan memotivasi pekerja. Keduanya, gaji yang seragam, seperti gaji minimum, menyumbang kepada pengurangan pekerja yang berhenti, yang boleh mengakibatkan kos yang tinggi kepada syarikat. Ketiga, gaji minimum mengukuhkan perpaduan sosial dan merupakan satu cara untuk majikan memastikan jaminan sosial dan mengelakkan konflik.

 Tuntutan kami:

1. Mewartakan Laporan Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji, Majlis Perundingan Gaji Negara.

2. Menaikkan Gaji Minimum ke RM1,800 bermula Januari 2019, termasuk negeri di Malaysia Timur.

Gabungan Bantah RM1050 bersama-sama dengan pertubuhan masyarakat di bawah ini, NGO, parti politik dan organisasi kesatuan sekerja, dengan sekeras-kerasnya menolak kenaikan gaji minimum yang dicadangkan dan mendesak kerajaan untuk mengkaji semula serta melaksanakan gaji minimum yang lebih tinggi, iaitu RM1,800 bermula Januari 2019 dengan mengambilkira penangguhan kajian selama 2 tahun, peningkatan kos sara hidup, inflasi yang meningkat, kadar matawang yang merosot dan kurangnya sokongan sosial untuk golongan pekerja B40 and M40, dan jika tidak, ianya adalah satu pengkhianatan terhadap janji-janji pilihanraya yang mengutamakan pekerja. 

Keadaan ekonomi yang tidak stabil dan rungutan daripada Syarikat Kecil dan Sederhana perlu dijelaskan dengan terperinci dengan pelaksanaan kaedah cukai yang progresif yang akan memindahkan beban ekonomi ke arah elit korporat 1% teratas. Subsidi dan pelarasan bersesuaian adalah perlu untuk membantu syarikat kecil pada permulaan ini. Kenaikan yang nyata dalam kadar gaji untuk pekerja biasa akan menguntungkan ekonomi domestik dan komuniti dalam jangkamasa panjang. Ini juga akan menguntungkan perniagaan kecil, yang bergantung kepada pekerja itu sendiri sebagai pelanggan.

3. Kuatkuasakan undang-undang gaji minimum secara berkesan dan menutup segala kelemahan seperti mengambilkira elaun sebagai sebahagian dari gaji minimum kepada pekerja.

4. Melaksanakan polisi percukaian yang mensasarkan 1% tertinggi.

sivaranjani0001

Kenyataan bersama ini disokong oleh:

  1. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
  2. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  3. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM )
  4. Malaysia Muda
  5. Monitoring Sustainability of Globalization
  6. Blind Spot
  7. Freedom Malaysia
  8. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  9. All Women Action Committee (AWAM)
  10. Parti Murba
  11. Jaringan Rakyat Malaysia (JERIT)
  12. Plantation Resource Centre (PRC)
  13. Community Development Centre (CDC)
  14. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  15. Sosialis Alternatif
  16. Freedom Film Network
  17. Marxist Study Group
  18. Nadi Mahasiswa
  19. Buku Jalanan UIA
  20. Gerakan Pembebasan Akademik (GPA)
  21. Pemuda PSM
  22. PLUsos (People like us support ourselves)
  23. KLSCAH Social-Economic Committee
  24. Liberasi
  25. National Union of Bank Employees (NUBE)
  26. National Union of Drink Industries Workers(NUDIW)
  27. KPP Membuat Tekstil & Pakaian Johor (KPPMTPJ)
  28. KPP Malaysian Zoological Society (KPPMZS)
  29. Empower
  30. Club Employees Union Peninsular Malaysia (CEUPM)
  31. All Malaysian Estate Staff Union (AMESU)
  32. EIEUSR
  33. Electrical Industries Workers Union (EIWU)
  34. Kesatuan Pekerja Central Sugar Refinery
  35. National Union of Flight Attendance Malaysia(NUFAM)
  36. Kesatuan Pekerja Pekerja AIROD
  37. Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (PET)
  38. Kesatuan Kakitangan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (KESUKA)
  39. Kesatuan Pekerja Pekerja UNITEN
  40. Kesatuan Kakitangan Perbadanan Bekalan Air
  41. Malaysian Progressives in Australia (MPOZ)
  42. Gerakan Pembebasan Wanita (GPW)
  43. Kesatuan Percantuman Pekerja TNB
  44. Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara
  45. Kesatuan Pekerja Pekerja Infineon Technologies (M) Sdn Bhd (KPPIT)
  46. Kesatuan Pekerja Pekerja Infineon Technologies (M) Sdn Bhd Advance Logic (AL)
  47. TNB Support Services Union
  48. Tenaganita
  49. Sisters in Islam
  50. Women’s Aid Organisation
  51. North South Initiative
  52. Center to Combat Corruption and Cronyism
  53. KPP Malaysia Airports Bhd Sarawak
  54. Genting Resorts World Executive Union
  55. National Union of Telecom Union
  56. KPP Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad
  57. PROTON
  58. Kesatuan Staf Eksekutif Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia (KSEIEWSSM)
  59. Kuliah Buku
  60. Persatuan JITU
  61. ALIRAN
  62. Health Equity Initiatives
  63. Justice For Sisters
  64. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s