oleh M. Sarasvathy Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengucapkan terima Kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah yang telah mengeluarkan arahan untuk menjalankan saringan COVID-19 ke atas kakitangan yang bekerja di Hospital Teluk Intan. Arahan ini telah dikeluarkan pada 26 Mac 2020. Akan tetapi, beliau juga menafikan dakwaan yang … Continue reading Majikan harus beri lebih keutamaan kepada keselamatan, kebajikan dan nyawa pembersihan
Kenapa Edgenta UEMS abaikan kesihatan pekerja pembersihan di Hospital Teluk Intan?
Pekerja-pekerja pembersihan yang ditempatkan di jabatan hospital yang disahkan terdapat jangkitan COVID-19 dalam kalangan kakitangan, dinafikan saringan COVID-19 oleh pihak syarikat kontraktor yang mengupah mereka. Adakah syarikat kontraktor Edgenta UEMS tidak mempedulikan keselamatan dan nyawa pekerjanya? Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah pada hari ini (25-3-2020), seramai 37 orang petugas kesihatan … Continue reading Kenapa Edgenta UEMS abaikan kesihatan pekerja pembersihan di Hospital Teluk Intan?
Mengapa bilangan kes baru COVID-19 masih meningkat?
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Rakyat Malaysia dikejutkan pada 23 Mac 2020 dengan berita bahawa bilangan kes baru COVID-19 di Malaysia telah bertambah seramai 212 orang pesakit. Ini telah membawa kepada jumlah kes keseluruhannya 1518 orang pada 23 Mac 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklum bahawa 212 kes baru telah dikenalpasti dalam dua puluh jam … Continue reading Mengapa bilangan kes baru COVID-19 masih meningkat?
Ujian COVID-19 dan KWSP: Jangan umum sesuatu sebelum berfikir betul-betul
oleh S. Arutchelvan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya berhenti membuat keputusan tergesa-gesa pada ketika seluruh negara sedang menempuh kesusahan. 1. Isu bayaran ujian COVID-19 Perdana Menteri berkata dalam sidang akhbar tengahari tadi (23 Mac 2020) bahawa warga asing perlu membayar untuk ujian COVID-19. Namun, nasib baiknya Ketua Pengarah Kesihatan … Continue reading Ujian COVID-19 dan KWSP: Jangan umum sesuatu sebelum berfikir betul-betul
Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global
Berikut ialah Deklarasi Antarabangsa yang dirangka oleh Perhimpunan Rakyat Antarabangsa (International Assembly of the Peoples) dan Tricontinental: Institute for Social Research. Teks asal Deklarasi di sini. SARS-CoV-2 atau COVID-19, yang diisytihar sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekarang ini, telah mula membawa bencana di sebahagian besar dunia, dengan bahagian dunia yang lain sedang menunggu … Continue reading Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global
MKN perlu tindak secara berkesan dan dapatkan nasihat profesional KKM
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Situasi wabak COVID-19 di negara kita sedang berada pada tahap yang kritikal. Perhimpunan keagamaan beramai-ramai yang melibatkan ribuan penganut seperti yang diadakan di Sri Petaling dan Batu Ferringhi tidak patut berlaku pada masa ini. Peningkatan kes yang mendadak sudah bermula kerana perhimpunan tersebut. Oleh kerana itu, Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytihar oleh … Continue reading MKN perlu tindak secara berkesan dan dapatkan nasihat profesional KKM
Perintahan Kawalan Pergerakan untuk bendung wabak COVID-19
Dengan penularan wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang semakin serius di negara kita, Kerajaan Malaysia mengisytihar pada 16 Mac 2020 untuk pelaksanaan Perintahan Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Perintahan Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa di seluruh Malaysia ini bertujuan untuk meminimumkan pergerakan rakyat dari satu tempat ke satu tempat yang … Continue reading Perintahan Kawalan Pergerakan untuk bendung wabak COVID-19
“Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik
oleh S. Arutchelvan PSM ingin menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada para jururawat, doktor, pekerja makmal, pekerja pembersihan, pngawal keselamatan dan semua insan lain yang bekerja di dalam sektor kesihatan di seluruh negara atas dedikasi, pengorbanan dan ketabahan anda semua dalam memerangi wabak virus COVID-19. Terima kasih kepada semua. Wabak COVID-19 melanda seluruh dunia tanpa mengira … Continue reading “Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik
WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar pada 11 Mac 2020 bahawa wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) boleh disifatkan sebagai “Pandemik”, iaitu kejadian wabak besar-besaran yang merebak seantero dunia dan melibatkan populasi yang besar. Ini merupakan pandemik pertama yang disebabkan oleh koronavirus (wabak SARS yang juga disebabkan oleh jangkitan koronavirus pada tahun 2002-2003 hanya dikategorikan sebagai epidemik). … Continue reading WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik
Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru
(foto oleh CHINATOPIX via Associated Press) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytihar Darurat Kesihatan Awam yang Membimbangkan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern, PHEIC) terhadap penularan wabak koronavirus baru, 2019-nCoV, yang tercetus di bandaraya Wuhan di China dan sedang menular di dalam dan luar negara China sekarang ini. Pengisytiharan ini dibuat selepas mesyuarat kedua … Continue reading Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru
