20200223 - coronavirus-2

 oleh Sivaranjani Manickam

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pada 10 April 2020 bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan bisnis daripada sektor yang terpilih untuk kembali beroperasi secara berperingkat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, syarikat-syarikat yang berkenaan hanya boleh memulakan operasi mereka selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Senarai perkhidmatan yang ditambahkan terbaru ini termasuklah industri automotif, industri mesin dan peralatan, industri aeroangkasa, projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan, perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan, perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional, perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik yang terlibat dalam pemborongan dan peruncitan; dan kedai dobi.

Syarikat-syarikat dalam sektor-sektor yang dibenarkan untuk beroperasi perlu mematuhi set prosedur operasi standard (SOP) untuk sektor-sektor masing-masing. Kebenaran untuk kembali beroperasi ini adalah tertakluk pada garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan garis panduan oleh agensi pihak berkuasa yang lain.

Menurut MITI, sekiranya sebuah syarikat yang diluluskan untuk beroperasi ketika tempoh PKP didapati melanggar syarat-syarat operasi, ia akan dianggap sebagai kesalahan di bawah Perkara 7 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

MITI telah menarik balik kelulusan bagi empat buah syarikat yang didapati melanggar garis panduan, manakala 35 buah syarikat telah disiasat oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Polis Di-Raja Malaysia, atas dakwaan melanggar SOP.

Pastikan pekerja selamat – tanggungjawab majikan semasa krisis wabak COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata (seperti yang dipetik dalam laporan NST pada 17 April 2020), majikan harus bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan tertentu di dalam tempat kerja, khususnya untuk industri yang mengupah bilangan pekerja yang ramai, termasuk pekerja asing.

Suhu badan dan simptom-simptom (untuk COVID-19) patut diperiksa sebelum memasuki premis-premis tempat kerja; kemudahan pencucian tangan dan bahan pencuci tangan perlu dibekalkan; dan pembersihan dan penyahkumanan perlu dilakukan secara kerap, khususnya di tempat yang dikongsi bersama.

Selain itu, penjarakan sosial yang selamat perlu diamalkan di mana seseorang individu perlu berjarak sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain, termasuk di ruang kerja dan tempat makan. Beliau juga mengatakan bahawa perhimpunan di ruang tertutup, jemaah dan perbualan secara dekat perlu dielakkan di tempat kerja.

Dr. Noor Hisham berkata jika penginapan disediakan kepada pekerja, langkah-langkah pencegahan perlu ditekankan, khususnya amalan penjarakan sosial yang selama dan kebersihan diri.

Antara SOP yang diperlukan adalah seperti di bawah:

  1. Menyediakan sebuah tempat kerja yang selamat

Menyahkuman tempat kerja dan kawasan umum sebelum memulakan semula kerja. Pastikan penyahkumanan tempat-tempat kegunaan bersama dilakukan secara kerap. Ikuti garis panduan penyahkumanan yang dicadangkan oleh KKM.

Pengangkutan untuk pekerja perlu dinyakuman sebelum dan selepas digunakan.

  1. Pasukan petugas

Bentuk sebuah Pasukan Petugas COVID-19 di tempat kerja. Pasukan petugas ini patut mempunyai perwakilan daripada majikan, pekerja, kesatuan sekerja, pegawai keselamatan tempat kerja dan sebagainya, untuk memastikan pelaksanaan dan pematuhan amalan untuk mengurangkan dan membasmi COVID-19/ Pasukan petugas ini patut bekerjasama dengan KKM dan pakar keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH).

  1. Kesedaran tentang langkah-langkah pencegahan untuk semua

Memberikan pendidikan dan maklumat pencegahan tentang COVID-19, dalam bahasa yang dapat difahami oleh kebanyakan pekerja, melalui risalah, rakaman audio, taklimat ringkas, poster dan peringatan yang kerap. Perkara-perkara ini sudah boleh didapati di laman web KKM dan daripada pertubuhan-pertubuhan lain seperti UNHCR dan Gabungan Kesihatan Malaysia.

  1. Penutup muka (mask)

Membekalkan kepada setiap pekerja penutup muka yang digunakan untuk setiap syif kerja, dan menggantikan penutup muka setiap hari.

  1. Pencucian tangan

Membekalkan bahan pencuci tangan (atau sabun dan air) untuk kegunaan pekerja secara kerap, sebelum dan selepas syif kerja, dan masa lapang antaranya. Memberikan arahan tentang bagaimana mencuci tangan dengan mengikut secara tepat garis panduan KKM. 

  1. Penjarakan sosial

Mengubahsuai kawasan tempat kerja untuk memastikan pekerja-pekerja bekerja dipisahkan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Patut adanya penanda pita di atas lantai setiap meter di kawasan yang utama. Penjarakan sosial perlu diamalkan di semua tempat, termasuklah kantin, tempat beribadat, kawasan menunggu dan bilik mesyuarat. Kedudukan kerusi perlu sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Elakkan kawasan yang tertutup. Kurangkan kehadiran anggota dalam setiap bilik.

Bilangan pekerja yang dibenarkan untuk bekerja patut pada 50% daripada bilangan normal untuk memastikan penjarakan sosial. Waktu makan patut dipecahkan secara peringkat untuk memastikan penjarakan sosial. 

  1. Panggilan nama masuk kerja

Setiap hari, periksa kedatangan dengan mengadakan sesi panggilan nama masuk kerja sebelum bermulanya setiap syif untuk memastikan tiada orang sakit terlantar di dalam bilik mereka dan tidak diketahui.

  1. Senarai semakan

Sebelum setiap syif, tanya dengan suara kuat sama ada mana-mana pekerja mempunyai demam, batuk, sakit tekak atau kesusahan bernafas. Tanya juga sama ada sesiapa menghadiri perhimpunan besar-besaran baru-baru ini, atau bertemu dengan seorang pesakit yang mungkin positif COVID-19. Sediakan satu persekitaran yang selamat dan boleh dipercayai, untuk memastikan pekerja-pekerja dengan simptom-simptom tidak rasa takut untuk tampil ke hadapan.

Pekerja-pekerja ini perlu dibantu dalam mendapatkan perubatan, melalui perkhidmatan atas talian KKM dan dihantar ke pusat-pusat saringan jika perlu. 

  1. Periksa suhu badan

Gunakan pengimbas haba untuk mengambil suhu badan setiap pekerja pada waktu permulaan syif kerja.

  1. Sokongan kewangan

Sokong pekerja-pekerja yang sakit yang tampil ke hadapan untuk penyaringan dengan jaminan bayaran gaji bulanan penuh sepanjang tempoh PKP dan penularan wabah COVI-19, jika mereka dimasukkan ke hospital untuk rawatan COVID-19.

Garis panduan KKM untuk tempat kerja dalam menghadapi wabak COVID-19 boleh dimuatturun di sini.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) berharap bahawa majikan-majikan yang bersungguh-sungguh untuk memujuk Kerajaan untuk membuka semula bisnis dan industri pembuatan perlu memberi keyakinan dan jaminan untuk memastikan pelaksanaan yang ketat semua perkara yang diperlukan seperti yang digariskan dalam garis panduan KKM.

PSM telah melancarkan talian hotline aduan pekerja sejak 18 Mac 2020. Kami mengalu-alukan pekerja-pekerja untuk menghubungi kami dan membuat aduan sekiranya majikan-majikan tidak mematuhi garis panduan KKM. PSM akan memanjangkan aduan-aduan ini kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan segera.

Senarai nombor talian hotline aduan PSM untuk dihubungi mengikut negeri:

Selangor – 012-3597966

Kuala Lumpur – 016-6377901

Perak – 019-5638464

Negeri Sembilan – 012-2414351

Melaka – 018-2303274

Johor – 017-7540597

Pahang / Terengganu – 016-3441003

Kelantan – 014-5342720

Penang/Perlis – 019-5669518

Kedah – 012-2001826

Negeri lain – 010-2402159

=========

Sivaranjani Manickam ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Pekerja PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s