20200223 - coronavirus-2

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan pada 4 Mei 2020, dengan semakin ramai pekerja kembali ke tempat kerja, kesihatan dan keselamatan pekerja menjadi perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak majikan yang memulakan semula operasi perusahaan mereka.

Majikan harus bertanggungjawab dalam melindungi semua pekerja, termasuklah pekerja migran.

Antara tindakan yang perlu diambil oleh majikan dalam mencegah COVID-19 di tempat kerja adalah:

1. Sediakan bahan pencuci tangan (sanitizer), di setiap pintu masuk ke premis kerja.

2.Sediakan penutup muka kepada setiap pekerja.

3. Bilangan pekerja yang bekerja pada satu-satu masa patut dikurangkan. Buat jadual shyif atau kerja selang sehari. Ini penting untuk kurangkan kesesakan di tempat kerja.

4. Pastikan penjarakan fizikal yang selamat, iaitu lebih daripada satu meter antara seorang pekerja dengan pekerja lain setiap masa, di kilang, tapak pembinaan, kedai atau pejabat.

5. Masa makan secara berselang. Waktu rehat dipecah-pecahkan. Ini untuk memastikan penjarakan fizikal lebih satu meter di kantin dan pantri.

6. Jalankan saringan untuk suhu badan. Sebelum masuk kerja, suhu badan diambil. Jika demam, pekerja harus dihantar ke klinik untuk saringan.

7. Premis kerja harus dibersihkan oleh majikan terlebih dahulu.

8. Memastikan van atau bas yang membawa pekerja mengamalkan penjarakan sosial lebih satu meter antara pekerja.

9. Bas dan van dibersihkan setiap kali setelah menghantar pekerja.

10. Majikan harus sedia memantau jika ada pekerja yang bergejala penyakit seperti demam, batuk, sakit tekak, cirit-birit dan sakit badan. Bawa pekerja untuk saringan COVID-19 dengan segera.

Sekiranya majikan tidak mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19, sila buat aduan kepada pihak berkuasa atau menghubungi talian hotline Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *