PSM menyeru kepada Kerajaan supaya melaksanakan Skim Jaminan Kerja untuk mencapai pengangguran sifar dan memastikan bahawa semua rakyat mempunyai pekerjaan yang dibayar dengan gaji sara hidup.
“Pandora Papers”: Satu lagi tsunami pembongkaran maklumat yang tidak mengejutkan
Pembongkaran maklumat dalam Pandora Papers menjadi salah satu daripada bukti bertimbunan yang menunjukkan bahawa sistem kapitalis global pada hari ini masih terus membiak golongan parasit yang mengkayakan diri mereka sendiri dengan cara menyembunyikan kekayaan di tempat berlindung cukai selepas mengeksploitasi golongan tenaga kerja dan memiskinkan lagi golongan miskin. Orang kaya memanggil ini sebagai “pengurusan kekayaan” (wealth management), tetapi realitinya ialah perampasan yang berterusan terhadap masyarakat.
Tak masuk akal DAP bantah Cukai Keuntungan Modal
Kenapa DAP dan Lim Guan Eng membantah cukai progresif yang dapat mengurangkan jurang kekayaan?
Memperkasakan perlindungan sosial (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 01)
Teras 1 untuk pelan tindakan alternatif “Pemulihan Nasional: Haluan Baru untuk Malaysia” yang diperkenalkan oleh PSM mencadangkan pemerkasaan perlindungan sosial.
“Permintaan Rakyat Mudah Je”: PSM lancar cadangan pelan tindakan alternatif untuk pemulihan nasional
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengemukakan ideanya untuk pelan tindakan alternatif “Pemulihan Nasional: Haluan Baru untuk Malaysia” dengan mencadangkan pembaharuan penting yang meliputi aspek penting seperti perlindungan sosial, jaminan kerja, perkhidmatan kesihatan, perumahan dan keadilan iklim.
Apakah punca-punca sebenar kemiskinan di Malaysia?
Eksploitasi di tempat kerja, penekanan gaji pada paras yang rendah kerana pembulian oleh MNC gergasi, komodifikasi keperluan asas, dan sekatan yang dikenakan oleh kapitalisme global terhadap keupayaan kerajaan untuk melaksanakan skim perlindungan sosial, merupakan punca kepada kemiskinan rakyat di Malaysia.
Golongan terkaya di Malaysia 14% lebih kaya, bagaimana pula dengan rakyat biasa?
50 orang bilionair (semuanya lelaki) yang terkaya di Malaysia dalam senarai Forbes pada ketika ini telah mencatatkan peningkatan jumlah kekayaan mereka sebanyak 14% berbanding tahun yang lalu, walaupun ekonomi negara kita telah mengecut sebanyak 5.6% pada tahun 2020.
Keluarga B20 perlukan program sokongan pendapatan bersasar
Adalah tidak berguna hanya sekadar melaungkan “kita jaga kita” sekiranya kita tidak menangani realiti bahawa PKP mempengaruhi lapisan masyarakat yang berbeza dengan kesan yang berbeza. Kita perlu memastikan bahawa mereka yang paling terjejas oleh PKP diberikan sokongan yang diperlukan oleh mereka.
Salurkan bantuan terus kepada pekerja ekonomi gig
Kerajaan harus menyalurkan bantuan secara langsung kepada pekerja-pekerja dalam sektor ekonomi gig dan memastikan mereka mendapat perlindungan sosial secara automatik.
Malaysia Bekerja: Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan
(Siri “Malaysia Bekerja” - 3) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan ekonomi rakyat dan menjana pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Kerajaan perlu mengambilalih dan menambah pekerja penyelenggaraan seperti pekerja pembersihan … Continue reading Malaysia Bekerja: Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan