Abdalla Hamdok yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera baru-baru ini, kembali menjadi Perdana Menteri Sudan, selepas dia menandatangani satu perjanjian dengan pihak tentera yang merampas kuasa. Namun, persetujuan tersebut telah ditolak oleh gerakan rakyat Sudan yang memperjuangkan demokrasi.
Adakah PSM sebuah kumpulan ekstremis?
PSM sentiasa bertindak dalam ruang demokratik yang dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam usaha-usaha kami untuk memperjuangkan isu-isu rakyat, dan kami mengalu-alukan lebih ramai rakyat pelbagai kaum untuk menyertai perjuangan PSM supaya mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan harmoni yang berasaskan solidariti antara rakyat dan kelestarian alam sekitar.
Himpunan BERSIH 2.0 – 9 Julai 2011: Hari kebangkitan rakyat yang bersejarah
9 Julai 2011 ialah satu hari yang penuh bermakna dalam sejarah perjuangan demokrasi di Malaysia.
Aktivis disiasat polis kerana animasi yang dedahkan salahguna kuasa polis
Aktivis-aktivis sosial dipanggil untuk disoal siasat oleh polis berkenaan dengan sebuah filem animasi yang mengisahkan pencabulan hak asasi manusia dalam tahanan polis.
EO6: Kuasa rakyat bebaskan tahanan politik
Penahanan 6 orang aktivis PSM di bawah Ordinan Darurat (EO) pada tahun 2011, yang dikenali sebagai EO6, dan juga kempen membebaskan mereka, merupakan satu lembaran sejarah yang penting dalam perjalanan perjuangan PSM dan gerakan rakyat di negara kita.
BERSIH 2.0 lancar kempen “Pecat atau Kekal”
BERSIH 2.0 melancarkan Kempen Simulasi Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat yang bertemakan “Pecat atau Kekal?”, bertujuan untuk memperkasakan pengundi dalam tempoh antara pilihan raya umum (PRU) sekiranya wakil rakyat mereka melompat parti.
Myanmar: Pemerintah tentera menyambut “Hari Angkatan Tentera” dengan pembunuhan besar-besaran
Pemerintah tentera Myanmar menyambut “Hari Angkatan Tentera” dengan perarakan ketenteraan di ibu negara Myanmar dan pembunuhan besar-besaran yang menjadikan angka kematian pada hari itu paling tinggi dalam tempoh masa hampir dua bulan sejak rampasan kuasa tentera di negara itu.
Malaysiakini didenda RM500,00: Kebebasan bersuara terancam
Mahkamah Persekutuan memutuskan pada hari ini (19 Februari 2021) untuk mendenda Malaysiakini sebanyak RM500,000 kerana komen pembacanya dalam rencana yang diterbitkan oleh portal berita tersebut yang dikatakan menghina mahkamah. Keputusan mahkamah ini menimbulkan kerisauan bahawa kebebasan media di negara kita akan dihakis dengan lebih lanjut lagi. Keputusan mendenda Malaysiakini atas pertuduhan menghina mahkamah ini dibuat … Continue reading Malaysiakini didenda RM500,00: Kebebasan bersuara terancam
Thailand: Rakyat berprotes tuntut pembebasan aktivis pro-demokrasi
(sumber foto: Prachatai) Rakyat Thailand yang berprotes secara besar-besaran sejak tahun lalu untuk menuntut pembaharuan demokratik, terus beraksi di jalanan apabila mahkamah menafikan ikat jamin untuk 4 orang aktivis pro-demokrasi yang ditahan baru-baru ini. 4 orang aktivis pro-demokrasi, Parit Chiwarak, Anon Nampa, Somyot Pruksakasemsuk dan Patiwat Saraiyaem, telah didakwa di bawah Seksyen 112 Kanun Jenayah … Continue reading Thailand: Rakyat berprotes tuntut pembebasan aktivis pro-demokrasi
Myanmar: Rakyat tidak berdiam diri dengan kudeta tentera
Puluhan ribu rakyat turun berprotes di jalanan Yangon, bandaraya terbesar Myanmar, dua hari berturut-turut pada 6-7 Februari 2021 untuk menyatakan bantahan terhadap kudeta tentera baru-baru ini, walaupun Kerajaan Tentera Myanmar menyekat rangkaian internet untuk memadamkan suara bantahan. Tatmadaw, Angkatan Tentera Myanmar yang dipimpin oleh Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, melancarkan rampasan kuasa pada 1 Februari … Continue reading Myanmar: Rakyat tidak berdiam diri dengan kudeta tentera