PSM mengecam pencerobohan tentera Rusia ke atas Ukraine.
Rusia serang Ukraine: Persaingan kuasa imperialis memuncak di Eropah Timur
Konflik di Eropah Timur hanya boleh diselesaikan melalui rundingan bersama yang berasaskan semangat saling hormat-menghormati, bukannya melalui ancaman serang-menyerang menggunakan keganasan perang. Oleh itu, kita harus menolak perang di Ukraine. Kita harus membantah serangan tentera Rusia ke atas Ukraine. Kita harus membantah campurtangan kuasa imperialis AS yang memburukkan lagi konflik serantau. Rakyat Ukraine berhak menikmati hak kebebasan mereka untuk menentukan nasib sendiri, begitu juga dengan rakyat di wilayah Donbas.
Penghasut perang No. 1 nak cari gaduh dengan Rusia di Eropah Timur
Krisis di Ukraine pada masa kini berpunca daripada kegagalan kuasa imperialis Amerika Syarikat dalam berpegang pada janjinya kepada Mikhail Gorbachev pada awal tahun 1990-an bahawa NATO tidak akan bergerak satu inci pun ke timur.
Kekayaan 10 orang terkaya berlipat ganda semasa pandemik tetapi pendapatan 99% rakyat dunia merosot
10 orang lelaki terkaya di dunia telah melipatgandakan kekayaan mereka dalam tempoh masa dua tahun penularan pandemik, sedangkan pendapatan 99% rakyat sedunia telah merosot. Sekurang-kurangnya 21,000 orang mati setiap hari, atau seorang setiap 4 saat, akibat daripada ketidaksamarataan yang wujud di dunia.
Turki: Keadaan kesihatan tahanan politik yang membimbangkan dan penjara yang meragut nyawa
Penjara Turki telah menjadi pusat kepada layanan buruk dan penyeksaan. Keadaan tahanan politik yang mengalami masalah kesihatan amat dibimbangi.
Sudan: Abdalla Hamdok letak jawatan, protes jalanan berterusan
Walaupun Abdalla Hamdok meletak jawatan sebagai Presiden Sudan selepas sebulan setengah dipulihkan jawatan, tetapi protes jalanan masih berterusan dengan tuntutan untuk transisi demokratik yang sebenar.
Kemboja: Pekerja syarikat milik kapitalis Malaysia terus mogok walaupun hadapi penahanan dan penindasan
Pekerja-pekerja NagaWorld, hotel mewah dan kasino terbesar di negara Kemboja, telah ditindas oleh pihak berkuasa baru-baru ini kerana bermogok untuk menuntut pemulihan kerja pekerja yang dipecat tahun lalu.
Kazakhstan: Kenaikan harga gas cetuskan protes besar-besaran
Apabila dunia melangkah masuk ke tahun baharu 2022, rakyat Kazakhstan menyambutnya dengan aksi protes yang hebat…
Imbas kembali 2021 (Antarabangsa)
Imbas kembali beberapa peristiwa perjuangan rakyat yang penting di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2021.
Desmond Tutu (1931-2021): Agamawan yang tegakkan keadilan sosial
Desmond Tutu yang meninggal dunia pada usianya 90 tahun, akan diperingati dunia sebagai seorang pendukung keadilan sosial yang mendedikasikan hidupnya untuk menyuarakan bantahan terhadap ketidakadilan perang, diskriminasi terhadap golongan LGBT, rasisme kolonial dan dasar apartheid yang wujud sama ada di Afrika Selatan atau Palestin.
