Sepintas lalu suasana sambutan Hari Pekerja 2022 di seluruh dunia...
Berjuang untuk sebuah dunia yang lebih baik dengan alternatif sosialis (Kenyataan bersama Hari Pekerja 2022 oleh Organisasi Kiri Asia Tenggara)
Kita menyambut Hari Pekerja untuk mengingatkan kita tentang kepentingan membina solidariti, organisasi dan mobilisasi kelas pekerja dari bawah untuk supaya meneruskan perjuangan kita menentang sistem kapitalis yang eksploitatif dan ekstratif, dan demi perubahan sosial yang bersifat pembebasan.
Hentikan serangan tentera Turki ke atas Kurdistan
PSM mengecam serangan rentas sempadan terbaru oleh tentera Turki terhadap masyarakat Kurdi.
Pilihanraya Presiden Perancis 2022: Macron menang bukan kerana majoriti rakyat sokong dia
Seorang politikus neoliberal menewaskan seorang politikus pelampau kanan, memang bukannya sesuatu yang mengujakan untuk kelas pekerja dan rakyat biasa walaupun jika yang sebaliknya berlaku… Rakyat Perancis bakal berdepan dengan lima tahun lagi serangan neoliberal dan ancaman pelampau kanan yang lebih hebat!
Pilihanraya Filipina 2022: “Untuk politik baharu, untuk ekonomi baharu”
Parti Massa Buruh (PLM) Filipina, meletakkan calon-calon dalam Pilihanraya Umum Filipina, termasuk calon Presiden, berasaskan platform anti-kapitalis yang radikal, untuk mencabar kekuasaan dinasti politik “Marcos-Duterte”.
Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) menerbitkan laporan terbarunya, “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim”, dengan satu lagi amaran kepada kerajaan-kerajaan di dunia untuk mengambil tindakan serta-merta supaya mengehadkan pemanasan global dalam lingkungan 1.5oC sekiranya dunia kita hendak mengelak daripada malapetaka iklim yang lebih besar. Laporan “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim” … Continue reading Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar
17 April: Hari Perjuangan Petani Antarabangsa
17 April disambut setiap tahun sebagai “Hari Perjuangan Petani Antarabangsa” untuk meraikan solidariti perjuangan gerakan petani di seluruh dunia.
Pilihanraya Presiden Perancis 2022: Macron dan Le Pen mara ke pusingan penentu
Pengundi Perancis sekali lagi terpaksa berdepan dengan pilihan yang sukar, sama ada terus memilih untuk mengekalkan seorang Presiden yang mengamalkan dasar neoliberal yang membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa, ataupun mengundi seorang politikus pelampau kanan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan hendak memerintah dengan cara yang lebih autoritarian.
Cubaan kudeta April 2002 di Venezuela: Kuasa rakyat tewaskan kudeta dalam 47 jam
Rencana khas sempena ulangtahun ke-20 peristiwa cubaan kudeta pada 11-13 April 2002 di Venezuela yang ditewaskan oleh rakyat yang mempertahankan Revolusi Bolivar.
Sri Lanka: Rakyat bangkit lawan krisis ekonomi dan nepotisme Rajapaksa
Gelombang protes rakyat yang hebat tercetus di Sri Lanka untuk melawan krisis ekonomi dan pemerintahan keluarga Rajapaksa.
