Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal

Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.

(Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

Hari cuti pada 1 Mei adalah tidak bermakna sekiranya tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia yang membawa aspirasi pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja dan kesejahteraan bersama. Oleh sebab keadaan penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan di negara kita, maka tahun ini juga tiadanya aksi massa yang besar-besaran. Namun demikian, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi yang bergabung dalam Jawatankuasa … Continue reading (Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar

KUALA LUMPUR – 31 MAC 2021: Masyarakat sivil di Malaysia menyatakan bantahan mereka dengan jelas terhadap keganasan yang dilakukan oleh pemerintah tentera Myanmar ke atas rakyat Myanmar yang berprotes secara aman untuk menuntut demokrasi. Bantahan tersebut telah disampaikan kepada Kedutaan Myanmar pada hari ini melalui penyerahan memorandum yang disokong oleh organisasi-organisasi masyarakat sivil dan komuniti … Continue reading Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar

(Galeri gambar) Sepintas lalu sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 di seluruh dunia

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun di merata tempat di seluruh dunia untuk mengetengahkan tuntutan-tuntutan masyarakat yang berkaitan dengan kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa biasanya disambut dalam pelbagai bentuk aksi seperti perhimpunan awam, perarakan jalanan dan sebagainya. Dunia kita telah terjerumus dalam krisis yang mendalam pada ketika ini, dengan krisis penularan … Continue reading (Galeri gambar) Sepintas lalu sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 di seluruh dunia