Pada penghujung tahun 2022 dan ambang tahun baharu 2023 ini, marilah kita imbas kembali sepintas lalu sebahagian daripada perjuangan rakyat marhaen di Malaysia dan juga aktiviti yang penting untuk PSM sepanjang satu tahun yang lalu ini.
MARHAEN lancar tuntutan rakyat untuk PRU-15
KUALA LUMPUR – 17 SEPTEMBER 2022: Gabungan Marhaen melancarkan tuntutan rakyat marhaen yang merangkumi 12 sektor masyarakat untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam satu aksi perhimpunan di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur, pada hari ini bersempena sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia. Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia disambut pada 17 Oktober di peringkat antarabangsa … Continue reading MARHAEN lancar tuntutan rakyat untuk PRU-15
Selesaikan masalah perumahan rakyat segera – Seruan rakyat sempena Hari Habitat Sedunia
Bersempena Hari Habitat Sedunia, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gabungan Marhaen mengadakan aksi protes serentak di Ipoh dan Shah Alam dengan membawa tuntutan-tuntutan kepada Kerajaan Negeri Perak dan Selangor untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat yang sudah lama tertangguh.
Pekerja kilang Panasonic Automotive Systems berpiket tuntut rundingan perjanjian kolektif segera
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik (EIEU) Wilayah Utara Semenanjung Malaysia berpiket di hadapan kilang Panasonic Automotive Systems Malaysia Sdn Bhd (PASMY) untuk berprotes terhadap tindakan pihak majikan yang sengaja melambat-lambatkan proses rundingan perjanjian kolektif.
Jangan kacau pengeluar makanan pada ketika krisis makanan
Jika tiadanya pengeluar makanan seperti petani, pesawah, penternak dan nelayan, maka semua orang tiada makanan!
Ecuador: Protes lawan neoliberalisme berterusan
Ratusan ribu rakyat Ecuador bermobilisasi di seluruh negara itu untuk mengambil bahagian dalam aksi protes besar-besaran yang melawan dasar neoliberal.
Polis halang peguam berarak untuk kebebasan kehakiman
Ratusan orang peguam yang hendak berarak ke Parlimen untuk menegakkan kebebasan kehakiman telah dihalang oleh pihak polis.
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2022 di seluruh dunia
Sepintas lalu suasana sambutan Hari Pekerja 2022 di seluruh dunia...
Pekerja tuntut jaminan perlindungan sosial: Sepintas lalu aksi sambutan Hari Pekerja 2022 di Malaysia
Bersempena dengan Hari Pekerja Sedunia, PSM menganjurkan aksi sambutan hari yang amat bermakna kepada golongan pekerja ini di beberapa tempat di seluruh negara pada hari ini.
Aksi sambutan Hari Pekerja 2022: Jamin perlindungan sosial pekerja
Aksi sambutan Hari Pekerja di Kuala Lumpur pada tahun ini telah diadakan lebih awal pada 23 April 2022, dengan tuntutan menggesa untuk memastikan perlindungan sosial bagi pekerja dijamin.
