Aksi solidariti: Hentikan campurtangan imperialis AS di Venezuela

KUALA LUMPUR – 16 MAC 2019: Seruan membantah perang berkumandang di Jalan Tun Razak yang sibuk pada hari ini, ketika aktivis-aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan satu aksi protes di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur, untuk menyatakan bantahan terhadap ancaman campurtangan tentera oleh AS terhadap Venezuela. Aksi ini diadakan bersempena dengan … Continue reading Aksi solidariti: Hentikan campurtangan imperialis AS di Venezuela

Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan

KUALA LUMPUR – 9 MAC 2019: Jalanraya di pusat bandaraya Kuala Lumpur menjadi meriah dengan seruan menegakkan hak wanita pada hari ini apabila ratusan rakyat berarak bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia. Plakad dan sepanduk yang berwarna-warni dengan mesej menuntut hak wanita dan kesamarataan gender, diiringi dengan laungan seperti “patriarki pergi mati”, “wanita bangkit”, “jangan … Continue reading Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan

Hari Wanita Antarabangsa 2019: Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan!

Setiap tahun, dianggarkan lebih kurang 15 juta perempuan di bawah umur 18 tahun di seluruh dunia dikahwinkan. Kebanyakan perkahwinan bawah umur ini diadakan secara paksaan terhadap perempuan bawah umur. 4/5 mangsa pemerdagangan manusia adalah wanita. 35% wanita pernah mengalami keganasan seks atau keganasan fizikal. Ramai wanita masih menderita akibat keganasan terhadap mereka. Perogolan dan keganasan … Continue reading Hari Wanita Antarabangsa 2019: Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan!

PSM berprotes bantah tol di Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR – 20 FEBRUARI 2019: Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu aksi protes pada hari ini untuk menuntut supaya salah satu tol lebuhraya di kawasan Semenyih dimansuhkan bagi meringankan beban rakyat Semenyih. Para peserta protes berhimpun di hadapan plaza tol Semenyih yang terletak di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Mereka memegang plakad yang tertulis … Continue reading PSM berprotes bantah tol di Semenyih

Bantah rampasan kuasa di Venezuela yang didukung imperialis AS

KUALA LUMPUR: Pemuda PSM telah mengadakan satu aksi solidariti di hadapan Kedutaan Venezuela di Malaysia pada 28 Januari 2019, bagi menyuarakan sokongan kepada rakyat Venezuela yang sedang melawan cubaan rampasan kuasa oleh puak berhaluan kanan yang didukung oleh imperialis Amerika Syarikat. Selain aktivis-aktivis Permuda PSM, turut hadir dalam aksi solidariti semalam termasuk Sivarajan Arumugam (Setiausaha … Continue reading Bantah rampasan kuasa di Venezuela yang didukung imperialis AS

Penduduk Ladang Padang Meha desak MBF Holdings selesaikan masalah perumahan yang berlarutan 23 tahun

KUALA LUMPUR – 25 OKTOBER 2018: Lebih 80 orang bekas pekerja Ladang Padang Meha di Kedah telah berprotes di depan Menara MBF di Kuala Lumpur pada hari, untuk menuntut pada MBF Holdings supaya menyelesaikan masalah pampasan rumah yang telah berlarutan untuk 23 tahun. Para bekas pekerja Ladang Padang Meha dan keluarga mereka yang datang jauh … Continue reading Penduduk Ladang Padang Meha desak MBF Holdings selesaikan masalah perumahan yang berlarutan 23 tahun

(Galeri gambar) Aksi protes gaji minimum di depan Parlimen

Satu aksi protes membantah kenaikan gaji minimum yang tidak mencukupi telah berlangsung pada 17 Oktober 2018. Protes anjuran Gabungan Bantah RM1050 ini disertai oleh ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis-aktivis sosial dan pekerja-pekerja biasa, yang membawa tuntutan pekerja untuk gaji yang adil dengan sepanduk yang berwarna-warni dan laungan yang penuh bersemangat. Berikut ialah koleksi gambar-gambar yang diambil … Continue reading (Galeri gambar) Aksi protes gaji minimum di depan Parlimen

Protes bantah gaji minimum yang terlalu rendah di depan Parlimen

KUALA LUMPUR – 17 OKTOBER 2018: Lebih 300 orang telah berprotes di hadapan bangunan Parlimen pada hari ini, untuk membantah kenaikan gaji minimum RM 50 yang amat sedikit. Laungan slogan seperti “Bantah 1050!”, “Jangan hina pekerja!”, “Gaji rendah, pekerja susah!” kuat kedengaran di sepanjang jalan menuju ke bangunan Parlimen, di samping pelbagai sepanduk yang tertulis … Continue reading Protes bantah gaji minimum yang terlalu rendah di depan Parlimen

Rakyat berarak tuntut hak perumahan untuk semua

KUALA LUMPUR – 30 SEPTEMBER 2018: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu aksi perarakan berjalan dari Stesen LRT Masjid Jamek ke Bukit Bintang pada hari ini, dengan tuntutan hak perumahan bersempena dengan sambutan Hari Habitat Sedunia. Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun. PSM menganjurkan aksi jalanan pada tahun … Continue reading Rakyat berarak tuntut hak perumahan untuk semua