PUTRAJAYA: Penternak-penternak yang menjalankan aktiviti penternakan di ladang-ladang Sime Darby, telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 19 September 2019, untuk menyuarakan bantahan terhadap “Notis Larangan Ternakan” yang dikeluarkan oleh Sime Darby. Para penternak menyeru pada Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mencampurtangan dalam isu ini … Continue reading Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak
Pelajar AATC ditahan polis polis kerana protes terhadap pemangsaan kesatuan
ARA DAMANSARA – 26 OGOS 2019: Pelajar-pelajar dari pusat latihan penerbangan Allied Aeronautics Training Centre (AATC) berprotes dan menduduki AATC pada hari ini untuk membantah pemangsaan terhadap ahli-ahli kesatuan pelajar. Namun, 7 orang pelajar AATC dan seorang aktivis PSM yang bersolidariti dengan mereka telah ditahan oleh polis. Pihak pengurusan AATC telah membuang Pengerusi dan Setiausaha … Continue reading Pelajar AATC ditahan polis polis kerana protes terhadap pemangsaan kesatuan
Rakyat kata TIDAK pada Lynas
Lebih kurang 500 orang berhimpun di Taman Gelora, Kuantan, Pahang, pada 18 Ogos 2019 untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan Kerajaan Malaysia yang melanjutkan lesen operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, berdekatan dengan Kuantan. Para peserta aksi perhimpunan membawa plakad dan sepanduk yang tertulis tuntutan rakyat yang menggesa Kerajaan untuk menghentikan operasi Lynas. Satu … Continue reading Rakyat kata TIDAK pada Lynas
Puerto Rico: Rakyat bangkit cabar penjajahan AS
Satu gelombang protes besar-besaran sedang melanda Puerto Rico, sebuah tanah jajahan Amerika Syarikat (AS) di Caribbean, bukan sahaja menggugat kedudukan Gabenor Ricardo Rosselló, tetapi juga mencabar kuasa penjajahan AS yang bertapak di kepulauan tersebut sejak tahun 1898. (KEMASKINI 25 JULAI 2019: Setelah protes beterusan untuk 2 minggu, Ricardo Rosselló telah mengumumkan bahawa dia akan undur … Continue reading Puerto Rico: Rakyat bangkit cabar penjajahan AS
Jangan taburkan pasir dalam periuk nasi nelayan! – Protes tolak tambak di depan Parlimen
KUALA LUMPUR – 11 JULAI 2019: Laungan slogan “Tolak Tambak!”, “Tolak Pulau Palsu!”, “Bantah projek bodoh!”, “Hidup nelayan!” menggegarkan jalan menuju ke Bangunan Parlimen pada hari ini. Lebih kurang 200 orang yang prihatin pada isu penambakan laut mengadakan protes di hadapan Parlimen untuk menggesa kerajaan supaya menghentikan rancangan projek penambakan laut di Selatan Pulau Pinang. … Continue reading Jangan taburkan pasir dalam periuk nasi nelayan! – Protes tolak tambak di depan Parlimen
Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim
KUALA LUMPUR – 7 JULAI 2019: Satu aksi protes ilklim, #MYClimateRally, telah diadakan pada hari ini di ibu negara, dengan tuntutan yang menggesa Kerajaan Malaysia supaya bertindak serta-merta untuk membendung ancaman perubahan iklim di Malaysia. Lebih 100 orang telah mengambil bahagian dalam aksi hari ini yang melibatkan perarakan dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka. Para … Continue reading Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim
Hong Kong: Payung bertemu gas pemedih mata lagi
Bandaraya yang menjadi pusat kewangan antarabangsa, Hong Kong, sedang dilanda gelombang protes besar-besaran yang terbaru, apabila Kerajaan Hong Kong pimpinan Ketua Eksekutif Carrie Lam berdegil untuk memperkenalkan rang undang-undang ekstradisi yang bakal menghakis autonomi bandaraya tersebut dan membolehkan perluasan cengkaman kuasa daripada pihak pemerintah Beijing. Pada hari ini (12 Jun 2019), puluhan ribu rakyat Hong … Continue reading Hong Kong: Payung bertemu gas pemedih mata lagi
Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua
Kanak-kanak dan anak muda di seluruh dunia sekali lagi “ponteng sekolah” pada satu hari Jumaat yang sama untuk memprotes terhadap krisis iklim sedunia yang semakin meruncing. Pada 24 Mei 2019, mogok pelajar berlangsung di lebih 1,400 buah bandar di lebih 110 buah negara, dengan sekurang-kurangnya 1.4 juta orang mengambil bahagian dalam aksi untuk keadilan iklim … Continue reading Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 2019 – Kuala Lumpur
Aksi sambutan Hari Pekerja telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2019, anjuran Jawatankuasa Mei Satu dengan tema "Tinggikan Gaji, Hentikan Diskriminasi". Di sini ialah koleksi gambar-gambar sekitar aksi sambutan Hari Pekerja 2019 di Kuala Lumpur.
Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi
KUALA LUMPUR – 1 MEI 2019: Tiada makna untuk hari cuti pada 1 Mei jika tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia… Suasana jalanan di Kuala Lumpur pada hari ini telah dimeriahkan oleh laungan slogan “hidup pekerja!” dan lagu perjuangan, apabila lebih kurang 500 orang daripada pelbagai latar belakang berarak di pusat bandaraya untuk meraikan Hari … Continue reading Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi
