protes tol02.jpg

SEMENYIH, SELANGOR – 20 FEBRUARI 2019: Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu aksi protes pada hari ini untuk menuntut supaya salah satu tol lebuhraya di kawasan Semenyih dimansuhkan bagi meringankan beban rakyat Semenyih. Para peserta protes berhimpun di hadapan plaza tol Semenyih yang terletak di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Mereka memegang plakad yang tertulis tuntutan untuk memansuhkan tol dan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

Turut hadir dalam aksi protes ini ialah Nik Aziz Afiq (calon PSM untuk PRK Semenyih) dan S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM).

Menurut S. Arutchelvan, Pakatan Harapan pernah menjanjikan untuk memansuhkan tol, tetapi gagal menunaikan janjinya. “Kami di sini mengingatkan pada mereka (Pakatan Harapan) supaya menunaikan janji mereka kerana nampaknya mereka telah mudah melupakannya.”

Dalam Manifesto PSM untuk PRK Semenyih, salah satu isu utama yang diperjuangkan ialah menolak tol yang membebankan rakyat di samping menuntut penambahan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan Semenyih.

Kebanyakan penduduk di Semenyih bekerja di luar kawasan Semenyih. terutamanya di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Namun, sebaik keluar dari Semenyih sahaja, pengguna jalanraya terpaksa membayar tol demi tol. Ini memang sesuatu yang membebankan untuk golongan pekerja yang berulang-alik dari rumah ke tempat kerja setiap hari. Oleh yang demikian, PSM bertekad untuk mendesak supaya tol dimansuhkan di sama ada di Silk highway, LEKAS Kajang Batu 3 atau Plus Putra Mahkota.

PSM juga menyeru supaya memulihkan perkhidmatan bas dari Semenyih ke Seremban, Beranang ke Putrajaya, dan Bukit Mahkota/Sri Putra ke Kajang, di samping mendesak penyediaan bas perantara MRT supaya dapat dinikmati oleh penduduk Semenyih dan Beranang.

Semenyih sedang mengalami pembangunan yang pesat dan pertambahan penduduk yang semakin ramai, namun, kekurangan sistem pengangkutan awam telah memaksa penduduk-penduduk di Semenyih terpaksa bergantung pada kenderaan persendirian. PSM telah mencadangkan supaya pengangkutan awam seperti Komuter dan MRT dibina di kawasan Semenyih supaya menyenangkan penduduk di sini untuk beredar dari satu tempat ke tempat yang lain. Kerajaan juga perlu memastikan supaya perkhidmatan bas yang berkesan dan memuaskan dapat disediakan di kawasan Semenyih ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s