venez02.jpg

KUALA LUMPUR: Pemuda PSM telah mengadakan satu aksi solidariti di hadapan Kedutaan Venezuela di Malaysia pada 28 Januari 2019, bagi menyuarakan sokongan kepada rakyat Venezuela yang sedang melawan cubaan rampasan kuasa oleh puak berhaluan kanan yang didukung oleh imperialis Amerika Syarikat.

Selain aktivis-aktivis Permuda PSM, turut hadir dalam aksi solidariti semalam termasuk Sivarajan Arumugam (Setiausaha Agung PSM) dan S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa PSM).

Venezuela menghadapi krisis politik terbaru apabila pemimpin pembangkang berhaluan kanan yang disokong oleh imperialis AS mengisytiharkan dirinya sebagai “Presiden Interim”. Presiden AS Donald Trump serta-merta mengiktiraf “Presiden Interim” yang tidak sah ini dan menggerakkan setukunya di peringkat antarabangsa untuk melakukan demikian. Amat jelas sekali, kerajaan AS telah melampaui batasan undang-undang antarabangsa dan mencampurtangan terus dalam menentukan siapa yang mentadbir di sesebuah negara.

venez01

Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga mengambil inisiatif untuk mengeluarkan satu kenyataan bersama organisasi-organisasi kiri Asia-Pasifik yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan AS pimpinan Trump yang menyokong cubaan rampasa kuasa di Venezuela. Menurut kenyataan bersama tersebut, “Washington dan sekutunya dalam Kumpulan Lima, enggan mengaku Maduro sebagai Presiden Venezuela yang dipilih secara demokratik, sebaliknya mengisytiharkan sokongan mereka terhadap ‘presiden interim’ yang bukan dipilih dan tidak sah. Imperialis AS dan sekutunya tiada minat dalam mempertahankan hak demokratik rakyat Venezuela, tetapi telah menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghancurkan segala pencapaian sosial daripada Revolusi Bolivar di Venezuela untuk 20 tahun yang lepas. Peristiwa terbaru di Venezuela berkemungkinan akan digunakan sebagai alasan AS untuk mengenakan lebih banyak sekatan ekonomi, malah campurtangan tentera di negara tersebut.”

“Kita tidak patut lupa bagaimana imperialis AS menjanakan rampasan kuasa oleh tentera di Chile pada tahun 1973 untuk menjatuhkan Salvador Allende yang dipilih secara demokratik dan menaikkan pemerintahan kediktatoran Pinochet yang zalim. Kita tidak patut membenarkan perkara sebegini berulang lagi!” Begitu amaran yang diberikan dalam kenyataan bersama tersebut.

Kenyataan bersama organisasi-organisasi kiri Asia Pasifik tersebut menyeru pada semua kerajaan dan masyarakat antarabangsa untuk mengecam tindakan AS dan sekutunya yang mengiktiraf presiden yang haram di Venezuela. Organisasi-organisasi kiri Asia Pasifik menyatakan solidariti terhadap rakyat Venezuela yang sedang berjuang menentang campurtangan imperialis dan mempertahankan kedaulatan demokratik negara Venezuela.

Kenyataan bersama yang dimulakan oleh PSM ini telah ditandatangani oleh 15 buah organisasi, termasuk, Partido Lakas ng Masa (PLM) dari Filipina, Partido Manggagawa (PM) dari Filipina, Partai Pembebasan Rakyat (PPR) dari Indonesia, Kongres Politik Organisasi Perjuangan Rakyat Pekerja (KPO-PRP) dari Indonesia, Partai Rakyat Demokratik (PRD) dari Indonesia, Lembaga Informasi Perburuhan Sedane (LIPS) dari Indonesia, Konfederasi Pergerakan Rakyat Indonesia (KPRI), Konfederasi Serikat Nasional (KSN) dari Indonesia, ingkar Gerakan Rakyat (LARRA) dari Indonesia, Textile Garments Workers Federation dari Bangladesh, Communist Party of India (Marxist-Leninist) Liberation, Awami Workers Party dari Pakistan, dan Socialist Alliance dari Australia.

venez03

Bacaan lanjut: Venezuela: Imperialis AS iktiraf Presiden haram

One thought on “Bantah rampasan kuasa di Venezuela yang didukung imperialis AS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s