ck0001

Satu aksi protes membantah kenaikan gaji minimum yang tidak mencukupi telah berlangsung pada 17 Oktober 2018. Protes anjuran Gabungan Bantah RM1050 ini disertai oleh ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis-aktivis sosial dan pekerja-pekerja biasa, yang membawa tuntutan pekerja untuk gaji yang adil dengan sepanduk yang berwarna-warni dan laungan yang penuh bersemangat.

Berikut ialah koleksi gambar-gambar yang diambil semasa aksi tersebut.

20181017 - 000008.jpg

Gabungan Bantah RM1050 menuntut pada kerajaan supaya mengkaji semula gaji minimum. (Fotografi oleh Maryam Lee)

20181017_101653 - Copy.jpg

S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, menyampaikan ucapan sebelum para peserta aksi mula berarak dari Padang Merbok. (Fotografi oleh Sosialis)

20181017 - 000006.jpg

Peserta aksi berarak menuju ke Parlimen. (Fotografi oleh Maryam Lee)

20181017_102452.jpg

Menuju ke Parlimen. (Fotografi oleh Sosialis)

20181017_104433.jpg

Menuju ke Parlimen. (Fotografi oleh Sosialis)

20181017 - 000012.jpg

Polis menghalang peserta protes daripada mara menuju ke bangunan Parlimen. (Fotografi oleh Maryam Lee)

20181017_104510 - Copy.jpg

Berlakunya sedikit pergelutan antara peserta aksi protes dengan polis apabila pihak polis cuba menghalang kemaraan peserta aksi. (Fotografi oleh Sosialis)

44164409_10156715787419493_453399047235960832_n

Pekerja-pekerja kontrak pembersihan di hospital kerajaan turut mengambil bahagian dalam aksi membantah kenaikan gaji minimum yang amat rendah. Pekerja-pekerja pembersihan yang diupah oleh kontraktor swasta untuk berkhidmat di hospital kerajaan merupakan golongan pekerja bawahan yang menerima gaji minimum. (Fotografi oleh Sosialis)

20181017 - 000015

“Peduli pada pekerja, bukannya buli pekerja!” (Fotografi oleh Maryam Lee)

20181017 - 000014

Pekerja wanita menuntut hak. (Fotografi oleh Maryam Lee)

20181017 - 000009

Anak muda menyokong perjuangan pekerja untuk gaji yang mampu sara hidup secara bermaruah. (Fotografi oleh Maryam Lee)

20181017_102527.jpg

Seruan pekerja… (Fotografi oleh Sosialis)

20181017_104939.jpg

Para peserta aksi menunggu di jalan depan bangunan Parlimen. (Fotografi oleh Sosialis)

44185932_10156715736694493_6089399955049414656_n.jpg

“Jangan hina pekerja!” (Fotografi oleh Sosialis)

20181017_105154.jpg

Bantah gaji minimum RM 1,050 yang begitu tidak mencukupi. (Fotografi oleh Sosialis)

nithiya0001.jpg

“Tambah RM 50 sahaja? Adakah kamu sedang bergurau?”(Fotografi oleh Nithiya)

20181017_122259.jpg

“Jangan hina pekerja!” (Fotografi oleh Sosialis)

 

44174360_2147660222175861_6226445072905273344_n

Perbincangan dengan Menteri Sumber Manusia di dalam Parlimen. (Fotografi oleh Sivaranjani)

20181017_115217.jpg

Hassan Karim, Ahli Parlimen PKR untuk kawasan Pasir Gudang, turun ke jalanan untuk memberi solidariti kepada aksi protes. (Fotografi oleh Sosialis)

44235400_10156715655039493_6826749757059235840_n.jpg

“Gaji rendah, hidup susah!” (Fotografi oleh Sosialis)

20181017 - 000003.jpg

Selain tuntutan kenaikan gaji minimum, tuntutan seperti pendidikan percuma juga amat penting . (Fotografi oleh Maryam Lee)

44108530_10156715784159493_727376995322691584_n.jpg

“Gaji rendah, pekerja susah!” (Fotografi oleh Sosialis)

44390743_10156715733714493_3834058747555086336_n.jpg

Janganlah sampai satu hari apabila orang miskin tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk dimakan kecuali orang kaya. (Fotografi oleh Sosialis)

Baca lanjut: Protes bantah gaji minimum yang terlalu rendah di depan Parlimen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *