43568005_2167401236617072_8333394279854505984_n

KUALA LUMPUR – 25 OKTOBER 2018: Lebih 80 orang bekas pekerja Ladang Padang Meha di Kedah telah berprotes di depan Menara MBF di Kuala Lumpur pada hari, untuk menuntut pada MBF Holdings supaya menyelesaikan masalah pampasan rumah yang telah berlarutan untuk 23 tahun.

Para bekas pekerja Ladang Padang Meha dan keluarga mereka yang datang jauh dari Kedah, melaungkan slogan seperti “kami mahu rumah kami” dan “MBF mari bincang, jangan lari”, di samping mempamerkan sepanduk dan plakad yang tertulis keluhan serta tuntutan mereka.

44705485_2167401156617080_6419818162862161920_n

Para bekas pekerja Ladang Padang Meha telah menyerahkan satu surat memohon perjumpaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBF Holdings, Ninian Mogan Lourdenadin, bersama dengan tuntutan padanya supaya mencampurtangan untuk menunaikan pampasan rumah yang dijanjikan sejak tahun 1990-an.

Seramai lebih 200 orang pekerja di Ladang Padang Meha, Kedah, telah diberhentikan kerja pada 12 Mac 1995 tanpa sebarang pampasan apabila ladang tersebut dijual kepada MBF Country Homes & Resort Sdn Bhd (kemudiannya dikenali sebagai Syarikat Alamanda Development Sdn Bhd). Pada tahun 2011, Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memutuskan bahawa bekas pekerja Ladang Padang Meha berhak untuk menerima pampasan berserta tambahan RM 22,500 setiap pekerja bagi tujuan ganti rumah. Namun, sehingga hari ini, bekas pekerja Ladang Padang Meha masih tidak menerima wang tersebut kerana syarikat Alamanda Development Sdn Bhd diisytiharkan muflis. Bekas pekerja Ladang Padang Meha telah banyak kali berbincang untuk mendapatkan pampasan tersebut melalui pihak pelikuidasi tetapi gagal. Lebih 70 orang daripada bekas pekerja Ladang Padang Meha telah meninggal dunia tanpa menerima sebarang pampasan walaupun menang mahkamah.

44804652_1734110073381098_2600867297778204672_n

Bekas pekerja Ladang Padang Meha sekarang ini berada di ambang pengusiran paksa selepas kalah dalam satu kes mahkamah berkenaan dengan tuntutan rumah. Mereka menuntut campurtangan pihak atas MBF Holdings sebagai syarikat induk untuk menyelesaikan masalah yang berlanjutan untuk 23 tahun ini.

Turut bersama dengan bekas pekerja Ladang Padang Meha pada hari ini termasuk Karthiges (Penyelaras Biro Peneroka Bandar dan Perumahan PSM), S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM) dan Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM).

44852343_2167401339950395_3789929607856128000_n

Setelah bertemu dengan rombongan wakil bekas pekerja Ladang Padang Meha, pihak MBF Holdings berjanji memberi maklum balas terhadap tuntutan bekas pekerja dalam masa dua minggu dan menetapkan satu tarikh untuk perjumpaan.

Bekas pekerja Ladang Padang Meha bertekad untuk terus memperjuangkan hak perumahan mereka yang sudah tertangguh untuk 23 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s