17 April disambut setiap tahun sebagai “Hari Perjuangan Petani Antarabangsa” untuk meraikan solidariti perjuangan gerakan petani di seluruh dunia.
Petani Chemor minta kekalkan tanah pertanian
“Harga makanan akan melambung tinggi dalam beberapa bulan akan datang ini. Ini bukan masanya untuk menghancurkan kawasan-kawasan pengeluaran makanan di negara kita,” kata Dr. Jeyakumar Devaraj.
Isu pengusiran petani Chepor Impian: Siasat peranan dan hubungan polis Perak dengan pemaju
S. Arutchelvan bertanya, “Adakah melindungi pemaju swasta yang datang tanpa perintah mahkamah itu tugas polis?”
Salah guna kuasa polis dalam penangkapan terhadap petani Kanthan
Dr. Jeyakumar Devaraj menerangkan kenapa dia berkata pihak polis menyalahguna kuasa dalam penangkapan terhadap petani di Kanthan pada 8 April 2022.
Minta naik gaji tapi dibuang kerja – Pemandu lori menang kes buruh
Seorang pemandu lori yang dibuang kerja secara tidak sah hanya kerana meminta kenaikan gaji dan pembayaran cuti tahunan yang dipotong tanpa persetujuannya, telah menang kes di Mahkamah Buruh dan majikan diarahkan untuk membayar wang berjumlah lebih RM18 ribu kepadanya.
Bebas! – 8 orang yang ditangkap kerana pertahankan tanah pertanian dibebaskan selepas Majistret tolak permohonan reman polis
8 orang yang ditahan polis semalaman kerana membantah pengusiran oleh pemaju tanpa perintah mahkamah telah diarahkan untuk dibebaskan selepas Mahkamah Majistret Ipoh menolak permohonan polis untuk melanjutkan reman terhadap mereka.
Siasat salah guna kuasa polis Ipoh dalam pengusiran paksa terhadap petani Chepor Impian – gesa PSM dan SUARAM
PSM dan SUARAM menyeru pada pihak PDRM di Bukit Aman untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Daerah Ipoh dan semua pegawai di bawahnya yang terlibat dalam penangkapan yang tidak sah dan pengusiran paksa tanpa perintah mahkamah pada 13 April 2022.
8 orang ditangkap kerana pertahankan tanah petani Chepor Impian
2 orang aktivis PSM ditahan polis kerana mempertahankan tanah petani di kawasan Chepor Impian daripada diceroboh oleh syarikat pemaju swasta.
Pilihanraya Presiden Perancis 2022: Macron dan Le Pen mara ke pusingan penentu
Pengundi Perancis sekali lagi terpaksa berdepan dengan pilihan yang sukar, sama ada terus memilih untuk mengekalkan seorang Presiden yang mengamalkan dasar neoliberal yang membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa, ataupun mengundi seorang politikus pelampau kanan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan hendak memerintah dengan cara yang lebih autoritarian.
Dr. Kumar disiasat polis kerana seru pembebasan petani yang ditahan polis
Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM), disiasat oleh pihak polis kerana memuat naik satu hantaran facebook yang menyeru untuk membebaskan serta-merta seorang petani di kawasan Kanthan, Perak, yang ditangkap polis pada 8 April 2022.
