Pengusiran terhadap bekas pekerja Ladang Windsor ditangguhkan sementara, dengan pihak pekerja sedang berusaha untuk mendapatkan rundingan dengan Kementerian Sumber Manusia dan syarikat Malakoff Corporation Berhad selaku tuan tanah ladang tersebut supaya menyelesaikan isu perumahan mereka.
Sri Lanka: Rakyat bangkit lawan krisis ekonomi dan nepotisme Rajapaksa
Gelombang protes rakyat yang hebat tercetus di Sri Lanka untuk melawan krisis ekonomi dan pemerintahan keluarga Rajapaksa.
Petani Chepor Impian diancam pengusiran paksa
Petani-petani di kawasan Chepor Impian sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa daripada pemaju.
PSM ketengahkan isu penguatkuasaan undang-undang pekerjaan kepada perhatian JTKSM
Wakil daripada Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengadakan satu sesi perjumpaan bersama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk membincangkan masalah penguatkuasaan undang-undang pekerjaan.
38 organisasi gesa kerajaan ambil tindakan hadapi krisis makanan
Wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan organisasi-organisasi masyarakat yang bimbang tentang kesan peperangan di Ukraine terhadap bekalan dan kos makanan di Malaysia, mengunjungi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan kepada Kerajaan Malaysia untuk menangani krisis makanan yang bakal mengancam rakyat Malaysia.
8 langkah untuk tangani krisis makanan
Organisasi-organisasi yang bimbang tentang kesan peperangan di Ukraine terhadap bekalan dan kos makanan di Malaysia, mencadangkan 8 langkah untuk menangani krisis makanan.
Pekerja pembersihan sekolah Sabak Bernam dibayar gaji tertunggak 4 bulan selepas beraksi di Putrajaya
Pekerja-pekerja pembersihan sekolah di Sabak Bernam yang mengadakan aksi protes dan bersedia untuk berkampung di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 29 Mac 2022 akhirnya mendapat bayaran gaji mereka yang sudah tertunggak selama 4 bulan.
Seruan untuk sumbangan reka bentuk poster Hari Pekerja Sedunia
Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini, Sosialis.net akan menganjurkan satu pameran poster atas talian untuk mengetengahkan aspirasi perjuangan pekerja di negara kita. Oleh yang demikian, kami ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk menyumbangkan reka bentuk poster.
India: Mogok umum lawan dasar Modi
Dianggarkan lebih kurang 200 juta orang pekerja industri, petani dan pekerja pertanian mengambil bahagian dalam aksi mogok umum selama 2 hari pada 28-29 Mac 2022, untuk melawan dasar Kerajaan India pimpinan Narendra Modi yang anti-pekerja, anti-petani dan anti-rakyat.
CIMB zalimi B40: Lelong rumah rakyat miskin semasa pandemik
Aksi protes serentak diadakan di Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Georgetown dan Johor Bahru, untuk bersolidariti dengan mangsa penipuan dan kezaliman bank komersial yang bersikap tidak berperikemanusiaan terhadap golongan berpendapatan rendah dan melelong rumah rakyat miskin pada ketika keluarga berpendapatan rendah ini ditimpa kesusahan sedangkan bank itu mengaut keuntungan lumayan.
