“Hari Satu Mei menuntut pelaksanaan kerja 8 jam sehari. Walaupun selepas matlamat ini tercapai, sambutan Hari 1 Mei tidak berhenti. Selagi perjuangan pekerja melawan golongan borjuasi dan kelas pemerintah itu berterusan, selagi semua tuntutan tidak dipenuhi, Hari 1 Mei akan menjadi ekpresi tahunan untuk tuntutan-tuntutan ini. Dan, apabila hari yang lebih baik menjelang, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi pembebasannya, maka umat manusia juga mungkin akan meraikan Hari 1 Mei sebagai penghormatan kepada perjuangan yang getir dan banyak penderitaan yang dialami pada masa lampau.”

– Rosa Luxemburg, What Are the Origins of May Day? (1894)

Hari Pekerja Sedunia disambut pada 1 Mei setiap tahun untuk memperingati perjuangan gerakan pekerja di seluruh dunia selama ini yang telah memenangkan hak pekerja yang dinikmati semua pada hari ini, di samping menyuntik semangat baharu kepada golongan pekerja untuk meneruskan perjuangan mempertahankan hak asasi pekerja dan merealisasikan cita-cita pembebasan kelas pekerja daripada segala bentuk penindasan.

Pameran poster Hari Pekerja atas talian

Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini, Sosialis.net akan menganjurkan satu pameran poster atas talian untuk mengetengahkan aspirasi perjuangan pekerja di negara kita.

Oleh yang demikian, kami ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk menyumbangkan reka bentuk poster untuk dipamerkan secara atas talian dan boleh dicetak dan digunakan dalam mana-mana aksi massa pada masa akan datang.

Bagaimana menyertai pameran poster atas talian ini?

Anda boleh mengirimkan reka bentuk poster anda kepada sosialis.psm@gmail.com ATAU mengisikan borang dan memuat naik karya anda di sini: https://bit.ly/3qScQDI

Jika anda mengirimkan reka bentuk poster melalui e-mel, sila berikan maklumat berikut dalam e-mel:

  • Nama
  • E-mel
  • Nombor telefon (tidak wajib)
  • Bandar/pekan/kampung di mana anda tinggal
  • Negeri
  • Organisasi (jika ada)
  • Akaun media sosial untuk akses orang awam (jika ada)
  • Tajuk poster (jika ada)
  • Penerangan mengenai poster (tidak wajib)

Format poster: 3508 x 4961 piksel untuk orientasi potret atau 4961 X 3508 piksel untuk orientasi lanskap; 300 DPI (JPG atau PNG)

Jika anda melukis poster dengan tangan dan bukannya menggunakan perisian reka bentuk grafik dalam komputer, anda boleh menangkap gambar poster itu dan mengirimkannya melalui cara yang disebut di atas.

Cadangan mesej poster adalah boleh memasukkan isu-isu pekerja terkini atau tuntutan-tuntutan pekerja seperti jaminan kerja, gaji yang mampu sara hidup, perlindungan sosial, hak kesatuan sekerja, hak kesihatan dan sebagainya. (Boleh layari rencana mengenai isu pekerja dalam Sosialis.net untuk mendapatkan ilham mencipta poster anda: https://sosialis.net/tag/pekerja/)

Medium bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu. Namun, anda boleh menggunakan bahasa lain dalam reka bentuk poster anda, selagi memberikan terjemahan dalam Bahasa Melayu (sama ada terkandung dalam reka bentuk poster itu sendiri ataupun ditulis dalam penerangan mengenai poster itu).

Adalah dicadangkan untuk memasukkan tulisan “Hidup Pekerja” (berasaskan kreativiti anda) dan logo PSM dalam reka bentuk poster anda. Logo PSM boleh dimuat turun di sini: https://bit.ly/3LuW4m3

Tarikh akhir penyerahan karya poster: 30 April 2022

Kami mengalu-alukan semua orang yang menyokong usaha perjuangan pekerja untuk menyumbangkan kreativiti anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *