Koleksi gambar-gambar sekitar perhimpunan dan perarakan penyokong-penyokong PSM yang mengiringi calon PSM Nik Aziz Afiq ke pusat penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Semenyih. Penyokong-penyokong PSM berkumpul bersama calon PSM Nik Aziz Afiq sebelum bermula perarakan. (Fotografi oleh Sosialis) Berarak dengan nyanyian lagu perjuangan yang bersemangat. (Fotografi oleh Nandakumar … Continue reading (Galeri gambar) Sekitar aksi PSM pada hari penamaan calon PRK Semenyih
“Ini bukan calon Nik Aziz, tapi calon rakyat!” – Perlawanan 4 penjuru di PRK Semenyih
KAJANG, SELANGOR – 16 Februari 2019: Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN N24 Semenyih akan menyaksikan pertembungan 4 penjuru, dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil untuk kali pertama, walaupun ini merupakan kali ke-4 PSM meletakkan calon untuk bertanding di kawasan DUN Semenyih. Proses penamaan untuk PRK Semenyih berlangsung di Dewan Seri … Continue reading “Ini bukan calon Nik Aziz, tapi calon rakyat!” – Perlawanan 4 penjuru di PRK Semenyih
Isu pengusiran paksa penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder Butterworth
BUTTERWORTH, PULA PINANG: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menjalankan pengusiran paksa terhadap penduduk kampung yang masih tinggal di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterwoth, pada 14 Februari 2019, melalui tindakan pelaksanaan notis pengosongan tanah oleh bailif Mahkamah Butterworth. Penduduk-penduduk kampung telah cuba berunding dengan pihak MAINPP tetapi pihak MAINPP bertegas untuk … Continue reading Isu pengusiran paksa penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder Butterworth
Nik Aziz Afiq calon PSM untuk PRK Semenyih
SEMENYIH, SELANGOR - 13 FEBRUARI 2019: Nik Aziz Afiq dinamakan sebagai calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih yang akan datang. Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di pejabat PSM Semenyih pada hari ini. Nik Aziz Afiq yang berumur 25 tahun, ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda … Continue reading Nik Aziz Afiq calon PSM untuk PRK Semenyih
Penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder Butterworth diancam perobohan rumah
BUTTERWORTH, PULAU PINANG - 13 FEBRUARI 2019: Sebanyak 19 buah keluarga yang tinggal di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang, akan diusir secara paksa oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Penduduk sudah dimaklumkan bahawa tindakan perobohan rumah akan dilakukan pada hari esok, 14 Februari 2019. Penduduk kampung enggan keluar kerana … Continue reading Penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder Butterworth diancam perobohan rumah
Peneroka GATCO tuntut penyelesaian adil untuk masalah tanah yang lama tertangguh
SEREMBAN – 12 FEBRUARI 2019: Peneroka-peneroka Kampung Gatco (juga dikenali sebagai Kampung Serampang Indah), Jempol, Negeri Sembilan, telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Wisma Negeri di mana terletaknya Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Satu memorandum telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan para peneroka menuntut satu perjumpaan dengan Menteri Besar Aminuddin Harun untuk membincangkan … Continue reading Peneroka GATCO tuntut penyelesaian adil untuk masalah tanah yang lama tertangguh
Dana untuk melawan arus: PSM perlukan sumbangan anda untuk kempen PRK Semenyih
Ramai antara rakan-rakan kita mengharapkan kebangkitan Parti Sosialis Maaysia (PSM) supaya menjadi kuasa ketiga dalam arena politik hari ini. Selepas perubahan kerajaan di beberapa buah negeri pada tahun 2008 dan perubahan rejim di peringkat pusat pada tahun 2018, kita mengharapkan bahawa pembukaan ruang politik dapat membawa lebih banyak kemungkinan, termasuklah perubahan dasar dan pembaharuan sistem. … Continue reading Dana untuk melawan arus: PSM perlukan sumbangan anda untuk kempen PRK Semenyih
Bukit Kledang digondol, pihak berkuasa Perak gagal laksana tanggungjawab
IPOH – 9 FEBRUARI 2019: Aktivis-aktivis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan polis pada hari ini terhadap Kerajaan Negeri Perak kerana membiarkan pembersihan hampir 10 hektar tanah hutan simpan dan penanaman kelapa sawit di Bukit Kledang Saiong. Aduan polis tersebut dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh. Rombongan PSM diketuai oleh R. Mohanarani, Ahli Jawatankuasa Pusat … Continue reading Bukit Kledang digondol, pihak berkuasa Perak gagal laksana tanggungjawab
Langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi B20
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj (Berikut ialah cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj kepada Pejabat Perdana Menteri, berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi golongan berpendapatan terendah di negara kita. Cadangan-cadangan ini terkandung dalam memorandum yang diserahkan pada 24 Januari 2019 kepada Muhammed Abdul Khalid, selaku Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri.) B20 merujuk kepada 20% isi rumah … Continue reading Langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi B20
PSM akan tanding dalam PRK Semenyih demi penuhi kehausan rakyat untuk suara ketiga
Jawatankuasa Teknikal Pusat PSM yang bermesyuarat untuk kali kedua mengenai PRK Semenyih pada 3 Februari 2019 telah mengambil keputusan sebulat suara untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih. PSM Cawangan Semenyih telah membuat keputusan untuk meletakkan calon dalam satu mesyuarat pada 24 Januari 2019. Sementara itu, Jawatankuasa Pusat PSM telah bersetuju secara prinsip untuk bertanding … Continue reading PSM akan tanding dalam PRK Semenyih demi penuhi kehausan rakyat untuk suara ketiga
