g03

oleh S. Arutchelvan 

Pada 2 Mac 2019, Parti Sosialis Malaysia (PSM) hilang depositnya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih. Walaupun keputusan ini seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan anggota dalam kepimpinan PSM yang menyedari bahawa bertanding dalam pilihanraya ini merupakan satu tugas yang amat mencabar. Walau bagaimanapun, keputusan ini barangkali mengecewakan sesetengah orang yang bersikap optimis dan merasakan bahawa undi yang diterima PSM tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh PSM di kawasan ini.

Prestasi PSM berkaitan dengan peratusan keluar mengundi berkurang dan kemungkinan besar pengundi yang keluar mengundi, sama ada mengundi BN untuk sebagai protes terhadap PH atau mengundi PH untuk menebus semula maruah selepas PH kalah di Cameron Highlands. Calon baru PSM Nik Aziz Afiq mendapat 847 undi, 0.6 titik peratusan kurang daripada undi yang saya dapat pada tahun 2018. PSM telah cuba mendapatkan undi daripada pengundi muda dan ahli PAS yang tidak berpuas hati, tetapi kami tidak berjaya. Kebanyakan orang bertanggapan bahawa ini adalah pertandingan dua parti dan tidak kisah banyak tentang parti ketiga.

Dalam seminggu yang lalu selepas kekalahan, kami menerima banyak reaksi. Mantra yang orang lain memberitahu kami antaranya adalah kami patut mencari jalan untuk menjadi sebahagian daripada PH. Sesetengah orang berasa logo kami perlu ditukar dan ramai bercakap tentang dua perkataan abjaid – penjenamaan dan pemasaran yang lebih baik. Ada pula yang mengesyorkan bahawa PSM patut menjadi sebagai NGO.

20190216085217__MG_1377-01-01

Kenapa PSM bertanding?

Biar saya menjelaskan bagaimana dan mengapa kami memutuskan untuk bertanding. Pada 26 Januari 2019, tiga minggu sebelum hari penamaan, Jawatankuasa Pusat PSM membincangkan cadangan daripada Cawangan Semenyih untuk bertanding dalam PRK. Dalam mesyuarat terseut, saya telah membentangkan gambaran yang suram tentang keputusan yang kami akan dapat tetapi berpendapat bahawa PSM perlu bertanding dalam pilihanraya. Ramai di kalangan Jawatankuasa Pusat berkongsi pandangan yang sama bahawa kami perlu mengambil kesempatan ini untuk bertanding dan mengetengahkan isu-isu rakyat yang penting. Kami mengambil keputusan secara sebulat suara untuk bertanding, dan kemungkinan ini merupakan strategi promosi yang terbaik yang boleh diambil oleh parti untuk membangkitkan isu-isu kritikal yang terlepas pandang daripada wacana nasional.

Kami memutuskan untuk bertanding dalam PRK atas 3 sebab utama. Yang pertama adalah menggunakan pilihanraya untuk memaksimumkan sebahagian kempen nasional kami yang tidak mendapat perhatian atau respon yang sewajar daripada parti pemerintah sebelum ini. Yang kedua, kami ingin meningkatkan kesedaran tentang kemelut dan masalah yang dihadapi oleh rakyat di Semenyih serta golongan B40. Kami berpandangan bahawa parti-parti gergasi tidak akan memfokus pada isu-isu ini. Yang ketiga, kami ingin melihat sama ada wujudnya permintaan untuk alternatif ketiga yang menentang naratif aliran utama berkenaan sistem dua-parti.

Ramai yang menaruh harapan pada kami telah menderma kepada kempen kami, dan kami berjaya mengumpul dana yang mencukupi untuk menjalankan kempen pilihanraya ini. Sekumpulan yang terdiri daripada 52 orang aktivis yang membawa suara progresif telah menyeru pada pengundi-pengundi untuk menyokong PSM dalam PRK Semenyih. Sememangnya sepanjang tempoh kempen, PSM mendapat liputan media yang meluas terhadap isu-isu yang kami bangkitkan, dan ramai analisis media mengaku bahawa kempen PSM adalah paling tersusun, sementara calon PSM adalah satu-satunya calon dengan manifesto tempatan, di samping juga merupakan seorang yang tahu tentang isu-isu ini dan dapat menangani isu-isu ini.

Dalam semua aspek, kempen kami telah memenuhi jangkaan dan memberi cabaran kepada dua parti utama – BN dan PH. Kedua-dua parti utama bergantung pada bintang-bintang politik terkenal dari luar. PH membawa masuk Mahathir, Anwar Ibrahim, Sabu dan Lim Kit Siang, manakala BN menggunakan Najib untuk menarik minat orang ramai. Sementara itu, PSM menampilkan pekerja-pekerja ladang, golongan miskin bandar dan pekerja-pekerja kontrak untuk mengetengahkan masalah rakyat biasa. PH ialah kombinasi empat parti gergasi manakala BN (UMNO, MCA dan MIC) bersama dengan PAS merupakan gabungan gergasi yang satu lagi. Jadi, untuk parti yang solo seperti PSM melawan dua gabungan gergasi ini memang bukannya tugas yang mudah.

52762311_350595978880558_5690076122323091456_n

PH memang respon pada PSM 

Kami memulakan kempen pilihanraya dengan calon kami mengisytihar hartanya di luar pasar pagi Semenyih, di samping berikrar untuk tidak mempergunakan politik perkauman dalam kempen. Kedua-dua calon daripada PH dan BN apabila ditanya oleh media, mereka berkata bahawa mereka akan mengisytihar harta mereka tetapi tidak melakukannya sehingga sekarang. Dari hari pertama lagi, calon PH berada dalam keadaan defensive sehingga dia terus melakukan kesilapan demi kesilapan, sementera Muhyiddin Yassin terpaksa melakukan kawalan kerosakan untuknya. Malah, kedua-dua calon daripada BN dan PH enggan menyertai debat siaran langsung yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0. Ini jelas menunjukkan bahawa bagaimana parti-parti gergasi ini melayan pengundi-pengundi dan mereka langsung tidak peduli tentang kebertanggungjawaban mereka terhadap orang ramai dan sama ada mudah didampingi orang ramai. Sebaliknya, calon PSM mengadakan siaran FB secara langsung dan temuramah media setiap hari.

Pada hari ketiga kempen, iaitu 18 Februari 2019, kami membentangkan manifesto tempatan yang mengetengahkan 7 isu. Semua isu ini mendapat perhatian daripada media dan menjadi topik perbualan utama sepanjang tempoh kempen. Ini termasuklah isu-isu seperti kesihatan, pendidikan, harga rumah, pengangkutan awam, alam sekitar dan demokrasi tempatan. Calon PH yang pada awalnya mengatakan dia tidak mempunyai manifesto, akhirnya terpaksa mengemukakan apa yang dipanggil Agenda untuk Semenyih tiga hari sebelum hari pengundian. Calon PH tidak dapat mengemukakan manifesto kerana Manifesto Pilihanraya PH semasa PRU-14 telah menjadi perkara yang diketawakan ramai selepas melakukan banyak U-turn, maka perkataan manifesto itu sendiri menjadi perkataan yang sensitif untuk mereka.

Pada hari keempat kempen, PSM mengadakan satu sidang akhbar berdekatan dengan Klilik Kesihatan Semenyih, di mana kami mendapati klinik tersebut sudah penuh sesak dan menuntut supaya klinik kesihatan tersebut dinaiktaraf menjadi hospital. Pada hari keesokannya, calon PH berkata bahawa dia tidak mempunyai manifesto tetapi akan berkempen untuk membina sebuah hospital. Namun, permintaannya telah ditolak oleh Menteri Kesihatan yang mengatakan bahawa Aiman tidak tahu apa-apa pun dan tiada rancangan untuk membina hospital. Media mula menemubual rakyat tempatan dan ramai membangkitkan isu tentang waktu tunggu yang lama di klinik kesihatan dan kemudahan yang tidak mencukupi. Menteri Kesihatan kemudiannya mengumumkan bahawa satu klinik kesihatan baru akan dibina di Semenyih. Selepas tekanan yang lebih lanjut, beliau berkata bahawa hospital boleh dibina jika Kementerian Kewangan mempunyai dana untuk berbuat demikian. Akhirnya, Perdana Menteri Mahathir yang muncul pertama kali di Semenyih pada 28 Februari 2019 mengatakan bahawa kerajaan akan membantu dalam membina sebuah hospital jika ianya diperlukan.

Berhubung dengan isu nasional, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Dr. Jeyakumar Devaraj mengadakan sidang akhbar di Semenyih mengenai skim MySalam yang diuruskan oleh syarikat insurans Great Eastern, sehingga isu ini menjadi topik hangat dan mendapat banyak liputan. Menteri Kesihatan dan Menteri Kewangan muncul secara bersama untuk memberi maklum balas tentang isu ini kepada media. Kerajaan mengeluarkan senarai soalan lazim (FAQ) tentang isu ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bahawa kenapa menyerang mereka kerana mereka hanya cuba membantu golongan miskin, tetapi beliau masih tidak dapat memberikan penjelasan yang sewajar sehingga hari ini. Skim MySalam Great Eastern telah diberi tumpuan yang besar, dan sekali lagi kempen PSM di Semenyih meletakkan dasar kesihatan kebangsaan PH di bawah mikroskop untuk penelitian rakyat.

Pada hari kelima kempen, PSM menganjurkan satu protes terhadap tol lebuhraya di exit Semenyih Lebuhraya Lekas. Protes tersebut mendapat sambutan yang baik, dan sehari selepas itu kerajaan PH mula bercakap tentang mengurangkan kadar tol pada waktu bukan puncak. Mereka sekali lagi merespon kepada seruan PSM tentang isu kadar tol yang mempengaruhi rakyat tempatan Semenyih.

Semasa kempen PRK, kami juga mengadakan sidang akhbar di dua buah ladang di mana pekerja-pekerja mendapat rumah percuma selepas perjuangan berpanjangan yang dipimpin oleh PSM. Kemenanga Ladang Denudin dan Ladang Bangi, di samping seruan kami untuk undang-undang melindungi pekerja-pekerja ladang yang menghadapi pengusiran, mendapat perhatian ramai sekali lagi. Kami membangkitkan persoalan tentang undang-undang yang perlu digubal untuk melindungi pekerja-pekerja di ladang yang akan dibangunkan dan berisiko menghadapi pengusiran. Isu ini telah pun dibangkitkan lama sebelum ini. Sebagai maklum balas, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Ganabatirau dan Menteri Sumber Manusia Kulasegaran berkata bahawa satu undang-undang baru akan digubal untuk melindungi rumah pekerja ladang, walaupun janji yang serupa telahpun dibuat sepuluh tahun lalu oleh Exco sebelum ini Xavier Jayakumar pada tahun 2008. Jadi, sekali lagi, cadangan untuk satu undang-undang baru timbul hasil secara langsung daripada kempen kami. 

Mahathir dan Sosialisme

Namun, kemenangan terbesar kami muncul apabila Mahathir tiba-tiba bercakap tentang bahaya sosialisme. Mahathir cuba menekankan bahawa sistem kapitalis perlu dilindungi dengan apa jua cara pun. Beliau berkata bahawa beliau merujuk pada sebahagian anggota PH yang bertindak sebagai sosialis. Seorang pemimpin PH memberitahu saya bahawa Mahathir sebenarnya merespon terhadap kami. Kenapa Mahathir tiba-tiba bereaksi terhadap Sosialisme – satu ideologi yang ditinggalkan oleh ramai orang?

Ini menimbulkan perhatian serius khususnya di kalangan golongan mahakaya, iaitu kelas di mana termasuk Mahathir dan ramai daripada ahli keluarganya. Bulan lepas, dalam pidato dalam Kongres Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran tentang Sosialisme di Amerika Syarikat. Kemungkinan besar dia bimbang tentang sokongan yang hebat daripada generasi muda terhadap Bernie Sanders dan seruannya untuk sosialisme demokratik. Apa yang dibimbangkan oleh Mahathir di sini?

Sepanjang kempen PSM, kami secara utamanya membangkitkan isu-isu tentang politik kelas, berbeza dengan BN yang membangkitkan isu perkauman dan politik agama. Sebagai contoh, kami berhujah tentang rumah mampu milik dan kami mengkritik pandangan Mahathir yang mengatakan bahawa rakyat B40 akan mendapat faedah dengan membeli rumah berharga RM400,000. Kami berhujah tentang percanggahan antara harga rumah yang tinggi dengan gaji yang rendah. Kami berhujah tentang mengenakan had terhadap jumlah rumah mewah bukannya hanya menetapkan kuota untuk perumahan kos rendah. Protes tol kami adalah membantah dasar penswastaan. Hujah kami tentang kesihatan adalah membantah sistem kesihatan kita sekarang yang ditentukan oleh lobi syarikat insurans. Sayap Pemuda kami juga membangkitkan isu di mana banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjalankan institusi pendidikan yang mengenakan yuran yang tinggi seperti kolej swasta, sehingga menjadikan pendidikan itu sesuatu perniagaan yang mewah. Dalam kempen PSM juga, kami sekali lagi membangkitkan isu gaji minimum kerana Menteri Kerajaan PH mempertahankan propaganda untuk gaji rendah yang dibawa oleh golongan majikan. Kami mendedahkan dasar-dasar PH seperti dasar-dasar BN yang pro-kapitalis.

Serangan kami terhadap dasar-dasar PH menghentam kapitalisme secara langsung. Media yang lebih bebas pada hari ini turut memberi tumpuan kepada sebahagian daripada masalah-masalah ini, maka semestinya Mahathir dan kelasnya tidak begitu suka tentang ini. PSM bercakap tentang hak perumahan untuk majoriti, pendidikan untuk rakyat terbanyak, gaji yang lebih baik dan banyak lagi isu-isu rakyat biasa. Yang mengecewakan adalah walaupun dengan pencapaian kami dalam membawa isu-isu ini kepada perhatian ramai, parti-parti lain masih meneruskan tumpuan mereka tentang isu-isu perkauman dan agama sebagai isu utama di negara kita. Begitu juga dalam pilihanraya majoriti pengundi yang Bukan Melayu mengundi untuk PH manakalan majority pengundi Melayu mengundi untuk BN.

Politik kelas yang dibawa oleh PSM semakin relevan pada hari ini berbanding sebelum ini. Kegagalan membawa politik kelas ke hadapan hanya akan menjadikan negara kita terus berundur ke belakang ke dalam perangkap politik perkauman dan agama – sesuatu yang telahpun mendominasi politik negara kita untuk berdekad-dekad lamanya.

Masyarakat sivil di Malaysia hari ini sedang berada dalam keadaan kekeliruan. Selepas melawan BN untuk 6 dekad, mereka begitu gembira dengan perubahan pemerintahan selepas 61 tahun. Namun, kemenangan ini nampaknya hanya ilusi semata-mata kerana parti pemerintah sekarang masih memainkan permainan politik yang lama. Ketika sebahagian anggota masyarakat sivil telah diserap masuk ke dalam parti pemerintah dan cuba sedaya upaya untuk memperbaharui sistem dari dalamannya, sebahagian pula bersara dari perjuangan kerana mereka merasakan kejatuhan BN adalah garis penamat perjuangan. Selain dua faktor berasa baik, terdapatnya satu lagi kumpulan kecil daripada masyarakat sivil yang meneruskan perjuangan menentang sistem. Ramai pula yang terpisah daripada ketiga-tiga kumpulan ini berada dalam keadaan “tunggu dan lihat”. Kita perlu melawan rasisme dan kapitalisme. Ini akan merupakan perjuangan yang amat sukar tetapi kita perlu melakukannya. Kegagalan kita boleh membawa padah. Kuasa pemerintah mungkin akan kembali kepada BN ataupun apa yang dibimbangkan adalah kerajaan baru menjadi BN 2.0. Sistem dua-parti yang ada sekarang, hanya kedua-dua parti dengan sistem yang sama. Kita perlukan suara ketiga, kita perlukan alternatif ketiga yang progresif. Kita perlu melawan sistem yang mengkayakan segelintir tetapi memiskinkan yang terbanyak.

Kita boleh kalah dalam pilihanraya tetapi idea dan kepercayaan kita untuk masyarakat yang lebih baik dan lebih adil, adalah sesuatu yang kita tidak boleh hilang harapan.

==========

S. Arutchelvan ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang juga merupakan Pengarah Kempen Pilihanraya PSM dalam PRK N24 Semenyih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s