20190309_110800

Meja Wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan tegasnya mengecam tindakan sesetengah ahli politik sama ada daripada parti pembangkang dan kerajaan yang memerintah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang secara giat membuat laporan polis, mengeluarkan kenyataan yang berbaur kebencian dan menyeru pada kerajaan untuk mengambil tindakan ganas terhadap perarakan Hari Wanita Malaysia (#WomensMarchMY) yang berlangsung pada 9 Mac 2019 dan juga peserta-pesertanya.

Para peserta perhimpunan Perarakan Wanita telah cuba untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai isu, seperti akses kepada penjagaan kesihatan bagi wanita, tuntutan gaji minimum, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan juga mengharamkan perkahwinan bawah umur, adalah antara intipati-intipati sebenar yang diketengahkan secara aman dalam perhimpunan ini.

Namun, beberapa pihak telah memesongkan seluruh naratif berkenaan perarakan ini untuk mengeksploitasnya bagi tujuan kempen kebencian mereka dengan secara agresifnya mensasarkan golongan minoriti dalam perarakan ini demi kepentingan politik mereka sendiri. Perlembagaan Malaysia melindungi hak setiap orang rakyat untuk kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berhimpun, tanpa mengira warna kulit, gender ataupun orientasi seksual. Oleh itu, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun demi perjuangan mereka. Gangguan terhadap kebebasan sivil asas rakyat seperti ini sememangnya mengerikan khususnya berlaku pada ketika zaman yang sepatutnya merupakan Malaysia Baru (dan penuh dengan harapan).

Kerajaan Pakatan Harapan perlu diingatkan tentang sebab mengapa rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, termasuk mereka yang sedang mengalami gangguan ataupun diskriminasi sekarang, telah berhimpun secara bersama dalam mengundi untuk Malaysia Baru – satu peluang untuk maju ke depan dan bukannya berundur ke belakang. Beberapa orang ahli politik dan menteri Pakatan Harapan, seperti Mujahid Yusof Rawa, telah melabelkan perarakan yang menuntut layanan yang lebih baik untuk wanita dan bersolidariti dengan pelbagai kumpulan minoriti ini sebagai “penyalahgunaan demokrasi”, yang sebenarnya merupakan “penyalahgunaan demokrasi” yang sebenar; bukannya Perarakan Wanita.

Kami menyeru pada orang awam dan ahli-ahli politik sekalian supaya memfokus pada tuntutan-tuntutan Perarakan Wanita 2019:

  1. Hentikan keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksual;
  2. Haramkan perkahwinan kanak-kanak;
  3. Pastikan hak dan kebebasan untuk membuat pilihan terhadap tubuh dan diri sendiri;
  4. Pastikan gaji minimum bermaruah RM1,800;
  5. Hancurkan patriarki dan bina demokrasi di setiap lapisan masyarakat.

==========

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Meja Wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 11 Mac 2019.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s