IPOH, PERAK: Penduduk-penduduk dari Kampung DBI dan Kampung KTM di Ipoh menyerah satu surat kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Perak pada 30 Mei 2019 untuk meminta satu temujanji dengan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu bagi membincangkan masalah perumahan yang dihadapi mereka dan mencari satu penyelesaian yang adil. Mohanarani Rasiah, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis … Continue reading Kerajaan Perak perlu selesaikan masalah perumahan penduduk sebelum membangunkan kawasan Kampung DBI dan Kampung DBI
Pilihanraya Belgium: Parti Pekerja bangkit sebagai alternatif nyata
Pilihanraya Parlimen Eropah pada tahun ini menghasilkan keputusan yang pedih dan mengecewakan untuk parti-parti berhaluan kiri di Eropah, dengan kerusi yang dikuasai oleh Kiri Bersatu Eropah / Kiri Hijau Nordik (GUE/NGL) telah merosot dari 52 kepada 38. Namun, prospek untuk golongan kiri tidak begitu malap malah wujudnya harapan yang memberangsangkan di Belgium, apabila Parti Pekerja … Continue reading Pilihanraya Belgium: Parti Pekerja bangkit sebagai alternatif nyata
Syarikat pengangkutan yang keji cuba tipu wang pemandu lori
IPOH, PERAK – 1 JUN 2019: Sekumpulan pemandu lori membuat aduan polis di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh pada hari ini terhadap syarikat Hong Heng Transport & Trading Sdn Bhd yang berniat jahat kerana cuba mendapatkan wang secara tidak sah daripada pekerja-pekerjanya. Pemandu-pemandu lori yang membuat aduan polis ini sedang atau pernah bekerja untuk majikan Hong … Continue reading Syarikat pengangkutan yang keji cuba tipu wang pemandu lori
Kerajaan tipu pekerja ladang untuk 3 dekad? Pastikan pekerja ladang miliki rumah sendiri!
Kerajaan perlu menggubal undang-undang baru untuk memastikan pekerja-pekerja ladang memiliki rumah mereka sendiri. Seruan ini dikemukakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam satu sidang akhbar yang diadakan secara bersama dengan Jawatankuasa Perumahan Pekerja Ladang Bukit Beruntung pada 31 Mei 2019 di Kuala Lumpur. Selain anggota Jawatankuasa Perumahan Pekerja Ladang Bukit Beruntung, turut hadir dalam sidang … Continue reading Kerajaan tipu pekerja ladang untuk 3 dekad? Pastikan pekerja ladang miliki rumah sendiri!
Sudan: Mogok am dilancarkan
oleh Hadri A Rahman Pada 28 Mei 2019, penunjuk perasaan di Sudan memulakan mogok am yang berlangsung selama dua hari untuk memberi tekanan kepada pihak tentera yang menguasai Sudan sejak 11 April 2019 untuk menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam. Detik-detik permulaan mogok am ini tercetus pada 21 Mei 2019, apabila pemimpin protes menyeru penyokong mereka … Continue reading Sudan: Mogok am dilancarkan
Pembangunan Kwasa Land dengan hasil caruman KWSP daripada titik peluh pekerja harus manfaatkan warga pekerja
oleh A. Sivarajan Adakah projek pembangunan Kwasa Damansara di tapak bekas ladang Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh oleh Kwasa Land yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyelesaikan masalah perumahan rakyat pekerja? Atau adakah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ini akan bertindak sebagai sebuah pemaju swasta dan menfokus pada pembangunan komersial semata-mata … Continue reading Pembangunan Kwasa Land dengan hasil caruman KWSP daripada titik peluh pekerja harus manfaatkan warga pekerja
Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?
Pilihanraya Parlimen Eropah baru-baru ini menyaksikan penurunan sokongan kepada parti-parti tradisional utama daripada blok berhaluan kanan dan blok demokrat sosial yang berhaluan kiri tengah, sementara blok liberal yang berhaluan tengah, blok nasionalis yang berhaluan pelampau kanan, dan blok politik hijau yang memperjuangkan perlindungan alam sekitar dapat meningkatkan kerusi dalam jumlah yang signifikan. Cabaran untuk blok … Continue reading Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?
PSM lancar Kempen Perumahan di Johor
Johor Bahru: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Johor melancarkan Kempen Perumahan di peringkat negeri Johor pada 28 Mei 2019 dalam satu sidang akhbar khas. Kempen tersebut bertujuan untuk mendesak Kerajaan Negeri Johor supya menyediakan perumahan yang benar-benar mampu milik untuk semua rakyat. Aktivis PSM Johor P. Mohan berkata, “Banyak rumah di negeri Johor dijual pada harga … Continue reading PSM lancar Kempen Perumahan di Johor
Balan – OKU berjuang sehingga akhir nafas untuk rumahnya
oleh S. Tinagaran Balan Perumal, seorang OKU (Orang Kurang Upaya), telah berjuang sehingga nafas terakhirnya untuk menuntut rumah kediaman yang telah dilelong oleh Bank Simpanan Nasional. Lebih 3 tahun mendiang Balan berjuang. Dua hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau menelefon saya dan kami berbincang tentang kes yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Seremban. Balan telah mengheretkan … Continue reading Balan – OKU berjuang sehingga akhir nafas untuk rumahnya
Didakwa kerana bela rumah Mahathir – Gugurkan dakwaan terhadap Ketua Biro Perumahan PSM
oleh S. Arutchelvan R. Karthiges, Ketua Biro Perumahan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan seorang lagi aktivis tempatan Nathan a/l Munusamy, telah ditangkap pada 5 Jun 2018 yang ketika itu adalah bulan Ramadan, semasa mereka cuba mempertahankan rumah Mahathir bin Hajah Mydeen, seorang penduduk daripada keluarga B40 di unit PPR Padang Tembak, Pulau Pinang. Ini mungkin … Continue reading Didakwa kerana bela rumah Mahathir – Gugurkan dakwaan terhadap Ketua Biro Perumahan PSM
