20160626 - BSN.png

oleh S. Tinagaran

Balan Perumal, seorang OKU (Orang Kurang Upaya), telah berjuang sehingga nafas terakhirnya untuk menuntut rumah kediaman yang telah dilelong oleh Bank Simpanan Nasional.

Lebih 3 tahun mendiang Balan berjuang. Dua hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau menelefon saya dan kami berbincang tentang kes yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Seremban. Balan telah mengheretkan BSN ke mahkamah. Beliau sangat sedih dan risau tentang kes tersebut.

Beberapa minggu sebelum itu, beliau tidak begitu sihat. Perkara yang sering merungsingkannya adalah rumahnya. Beliau sangat risau tentang keluarganya. Hanya beliau seorang yang menjadi penjaga untuk keluarganya. Selama ini, beliau menjaga dua orang kakaknya yang tiada suami serta 2 orang anak kakak yang masih belajar.

Kini, beliau sudah tinggalkan kita semua tanpa mengetahui nasib rumahnya. Walaupun rumahnya sudah dilelong, tetapi Balan dan keluarganya masih lagi tinggal di sana dan terus berjuang untuk hak asasinya.

Pihak Bank Simpanan Nasional, melelongkan rumah Balan ketika beliau terlantar di hospital. Pada bulan Jun 2015, Balan mengalami kemalangan ketika bekerja dan berada di hospital selama 9 bulan. Badannya lumpuh separa. Walaupun bank BSN mengetahui keadaannya, rumah yang dibelinya pada tahun 2005 telah dilelongkan dalam masa 7 bulan, iaitu ketika Balan masih terlantar di hospital.

Walaupun rumahnya mempunyai insurans MRTA, tetapi bank BSN langsung tidak mengambil kira dan melelongkan rumahnya secara tergesa-gesa.

Satu-satunya perkara yang beliau sangat berharap adalah, mendapatkan rumahnya semula.

Sekarang beliau terlantar di bilik mayat. Balan seorang yang tabah dan kuat berjuang, kini tiada lagi. Perjuangannya sudah pasti akan diingati selama-lamanya.

============

S. Tinagaran ialah aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Negeri Sembilan.

============

Latar belakang perjuangan Balan untuk mempertahankan rumahnya:

Bank Simpanan Nasional (BSN) zalimi OKU

Protes bantah tindakan bank yang lelongkan rumah OKU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *