oleh Hadri A Rahman “Anda tidak akan membunuh ideal ini. Anak-anak saya akan berbangga dengan ayah mereka. Para pekerja akan memberkati mayat saya.” - Perkataan yang terakhir disebutkan oleh Giacomo Mateotti sebelum dibunuh. Ketika sesi parlimen Itali pada 30 Mei 1924, Giacomo Matteotti, pemimpin Parti Sosialis Bersatu (Partito Socialista Unitario, PSU) di Dewan Perwakilan Itali … Continue reading Memperingati Giacomo Mateotti
Pekerja bukan lampin pakai buang! Apakah jaminan kerja untuk kontrak bulan ke bulan?
Sebuah syarikat yang mendapat kontrak pembersihan untuk Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia mengupah pekerja dengan kontrak bulan ke bulan! Ini merupakan satu penghinaan terhadap pekerja dan eksploitasi pekerja pada tahap yang maksimum! Dalam satu gambar yang tersebar di ruang media sosial tentang surat kontrak kerja yang dikeluarkan oleh syarikat Rotoplus Engineering Services Sdn. … Continue reading Pekerja bukan lampin pakai buang! Apakah jaminan kerja untuk kontrak bulan ke bulan?
Sistem kontrak untuk kerja pembersihan sekolah: Salahguna peruntukan kontrak tempoh tetap!
oleh V Selvam Pemberhentian kerja hampir 45,000 orang pekerja pembersihan di sekolah kerajaan baru-baru ini, yang disebabkan oleh syarat-syarat baru dalam kontrak Kementerian Pendidikan, mendedahkan sifat diskriminasi dalam sistem kontrak yang diamalkan oleh kerajaan. Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan ini kerana kerajaan jelasnya menyalahgunakan maksud kontrak tempoh tetap. Sejak penswastaan perkhidmatan pembersihan dan keselamatan … Continue reading Sistem kontrak untuk kerja pembersihan sekolah: Salahguna peruntukan kontrak tempoh tetap!
Hajat Balan yang belum dipenuhi – Apabila sistem sokongan kita gagal
oleh S. Arutchelvan Sejurus sebelum jam 10 malam pada 27 Mei 2019, keadaan kesihatan Balan telah merosot. Keluarganya hanya sempat membawanya keluar dari rumah ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Hospital Seremban kemudiannya mengesahkan bahawa beliau mati pada jam 10 malam kerana jangkitan kuman. Tina, rakan seperjuangan daripada PSM yang paling rapat dengan Balan menyampaikan berita … Continue reading Hajat Balan yang belum dipenuhi – Apabila sistem sokongan kita gagal
Sudan: Tentera zalimi rakyat yang berprotes untuk demokrasi
Amat jelas sekali bahawa pihak tentera Sudan bukannya sekutu yang boleh dipercayai dalam memperjuangkan demokrasi di negara yang menjatuhkan seorang diktator baru-baru ini. Pada 3 Jun 2019, tentera Sudan telah menyerbu sebuah tapak protes di Khartoum, ibu negara Sudan, dan melepaskan tembakan ke atas demonstran yang tidak bersenjata sehingga membunuh sekurang-kurangnya 30 orang. Majlis Tentera … Continue reading Sudan: Tentera zalimi rakyat yang berprotes untuk demokrasi
Pakistan: Penahanan Ali Wazir dikecam masyarakat antarabangsa
Dua orang ahli parlimen pembangkang Pakistan, Ali Wazir dan Mohsin Dawar, telah ditahan baru-baru ini oleh Kerajaan Pakistan, berikutan peristiwa tentera Pakistan melepaskan tembakan ke atas orang awam yang berprotes di wilayah Waziristan. Pada 26 Mei 2019, satu perarakan oleh rakyat beretnik Pashtun di wilayah Waziristan yang terletak di Barat Laut negara Pakistan, telah dipukul … Continue reading Pakistan: Penahanan Ali Wazir dikecam masyarakat antarabangsa
Salam Aidilfitri 2019
SALAM IDULFITRI DARI PARTI SOSIALIS MALAYSIA NEGERI PAHANG, TERENGGANU DAN KELANTAN oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid dan Khairul Nizam bin Abdul Ghani Hanya beberapa jam saja lagi, umat Islam akan selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk tahun ini, dan insyaAllah, Hari Raya Idul Fitri akan disambut sebagai kemenangan setelah sebulan berlapar dan … Continue reading Salam Aidilfitri 2019
Tindakan Kementerian Pendidikan yang tidak berhati perut menyebabkan ribuan pekerja pembersihan hilang kerja
oleh Sivaranjini Manickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) menerima panggilan berturut-turut dalam 3 hari yang lepas ini daripada pekerja pembersihan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang mengadu bahawa mereka diberhentikan kerja secara tiba-tiba. Kontraktor baru mengambilalih pada 1 Jun 2019 dan pekerja hanya dimaklumkan sehari sebelumnya, iaitu pada 31 Mei 2019, bahawa mereka diberhentikan kerja! Ada antara … Continue reading Tindakan Kementerian Pendidikan yang tidak berhati perut menyebabkan ribuan pekerja pembersihan hilang kerja
Penganiayaan menjelang Hari Raya, keuntungan yang hanya jadikan kontraktor kaya
oleh Cecilia Anthonysamy Hasbiah, umur 47 tahun, telah menjadi pekerja pembersihan di sekolah kerajaan di Batu Arang selama 11 tahun. Setiap 3 tahun, dia telah diberi kontrak bekerja untuk 3 tahun seterusnya. Walaupun setiap 3 tahun kontraktor bertukar, dia tidak pernah risau, kerana kontrak pekerjaannya akan tetap diteruskan, sebagai pekerja baru di bawah kontraktor baru. … Continue reading Penganiayaan menjelang Hari Raya, keuntungan yang hanya jadikan kontraktor kaya
(Komik) Realiti penyumberan luar tenaga kerja
Penyumberan luar (outsourcing) tenaga kerja adalah satu fenomena yang berluasa di bawah sistem ekonomi neo-liberal. Penyumberan luar merupakan satu bentuk pemerasan terhadap pekerja yang ketara pada zaman kini, di mana syarikat gergasi dengan modal besar menyumberkan luar proses pengeluaran, perkhidmatan sokongan, khidmat pelanggan dan sebagainya kepada syarikat kontraktor yang lebih kecil, bukannya untuk meningkatkan efisiensi … Continue reading (Komik) Realiti penyumberan luar tenaga kerja
