oleh S. Arutchelvan Kelmarin saya bersolidariti dengan ratusan nelayan dari Pulau Pinang yang membantah projek penambakan di Selatan Pulau itu. Semasa berada di hadapan Parlimen, saya berjumpa dengan seorang wartawan veteran. Beliau berkata bahawa hanya PSM sahajalah yang masih membawa ke depan isu-isu rakyat seperti isu harga perumahan, isu kesihatan awam dan suara-suara warga miskin … Continue reading Perjuangan Progresif di Malaysia Baru (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 04)
Jangan taburkan pasir dalam periuk nasi nelayan! – Protes tolak tambak di depan Parlimen
KUALA LUMPUR – 11 JULAI 2019: Laungan slogan “Tolak Tambak!”, “Tolak Pulau Palsu!”, “Bantah projek bodoh!”, “Hidup nelayan!” menggegarkan jalan menuju ke Bangunan Parlimen pada hari ini. Lebih kurang 200 orang yang prihatin pada isu penambakan laut mengadakan protes di hadapan Parlimen untuk menggesa kerajaan supaya menghentikan rancangan projek penambakan laut di Selatan Pulau Pinang. … Continue reading Jangan taburkan pasir dalam periuk nasi nelayan! – Protes tolak tambak di depan Parlimen
Isu pilihanraya dan struktur baru jadi isu utama debat usul Kongres PSM (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 03)
oleh S. Arutchelvan Nampaknya kekalahan PSM dalam semua kerusi semasa PRU-14 masih memberi kesan mendalam kepada parti sehingga banyak isu yang dibangkitkan dalam usul Kongres PSM tahun ini tertumpu kepada persoalan yang berkaitan dengan pilihanraya dan strategi PSM dalam PRU pada masa depan. Satu perkara yang amat hangat diperkatakan oleh ahli-ahli PSM semasa Kongres atau … Continue reading Isu pilihanraya dan struktur baru jadi isu utama debat usul Kongres PSM (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 03)
Siapa Pengerusi baru PSM? (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 02)
oleh S. Arutchelvan Tiga orang telah dicalonkan oleh cawangan-cawangan PSM untuk jawatan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), setelah tarikh tutup pada 23 Jun 2019. Dalam Garis Panduan pengendalian Pemilihan PSM, proses pemilihan akan diadakan dalam dua peringkat. Peringkat Pertama akan memilih Kepimpinan Tertinggi mengandungi 6 Jawatan, iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung (SUA), Timbalan … Continue reading Siapa Pengerusi baru PSM? (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 02)
Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim
KUALA LUMPUR – 7 JULAI 2019: Satu aksi protes ilklim, #MYClimateRally, telah diadakan pada hari ini di ibu negara, dengan tuntutan yang menggesa Kerajaan Malaysia supaya bertindak serta-merta untuk membendung ancaman perubahan iklim di Malaysia. Lebih 100 orang telah mengambil bahagian dalam aksi hari ini yang melibatkan perarakan dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka. Para … Continue reading Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim
Dr Nasir undur sebagai Pengerusi setelah terajui PSM untuk 23 tahun (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 01)
oleh S. Arutchelvan Kongres Parti Sosialis Malaysia (PSM) ke-21 yang akan berlangsung di Kajang dari 12 hingga 14 Julai 2019 akan memperlihatkan satu peristiwa penting untuk PSM apabila pengasas parti dan Pengerusi Parti yang pertama, Dr. Mohd Nasir Hashim, bakal berundur dari jawatan Pengerusi PSM yang disandangnya sejak 1996 iaitu untuk 23 tahun. Dr. Nasir … Continue reading Dr Nasir undur sebagai Pengerusi setelah terajui PSM untuk 23 tahun (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 01)
Hentikan intimidasi terhadap pengkritik minyak sawit
oleh Arveent Srirangan Kathirtchelvan Pemuda PSM amat bimbang tentang kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap sebuah sekolah antarabangsa atas sebab menyebar “propaganda anti-minyak sawit”. Kami ingin menegur pada Kerajaan Malaysia yang melakukan intimidasi ini dan melihatnya sebagai taktik untuk mengalih perhatian warga Malaysia daripada langkah-langkah membetulkan impak negatif perladangan kelapa sawit. … Continue reading Hentikan intimidasi terhadap pengkritik minyak sawit
Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar menang kes tuntutan gaji tertunggak
7 orang pekerja pembersihan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, akhirnya menang dalam kes tuntutan untuk tunggakan gaji daripada bekas majikan mereka, ST Powerskill Sdn. Bhd. Pihak majikan telah bersetuju untuk membayar tunggakan gaji sebanyak RM 11,796.23 kepada kesemua 7 orang pekerja yang membuat tuntutan tersebut. Atas kegigihan untuk berjuang, 7 orang pekerja yang memulakan … Continue reading Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar menang kes tuntutan gaji tertunggak
Pencemaran Pasir Gudang: Penyelesaian holistik diperlukan
oleh P. Mohan Pencemaran udara kali kedua yang melanda Pasir Gudang baru-baru ini membimbangkan penduduk tempatan. Walaupun tidak berlaku sebarang kematian, tetapi ianya membawa gangguan kesihatan kepada orang ramai di kawasan tersebut, khususnya kanak-kanak. Pasir Gudang ialah bandar pelabuhan yang pesat maju di negeri Johor dan mempunyai banyak industri kimia. Dengan penambahan kepadatan industri moden … Continue reading Pencemaran Pasir Gudang: Penyelesaian holistik diperlukan
Sokong turunkan umur pengundi, tapi adakah kerajaan sedia hormati suara pengundi?
oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Pemuda PSM menzahirkan sokongan kepada usul pindaan perlembagaan bagi menurunkan kelayakan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Menurut kenyataan Azhar Azizan Harun selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), usul ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Julai ini untuk dibahaskan. Kami melihat usul ini penting sekiranya … Continue reading Sokong turunkan umur pengundi, tapi adakah kerajaan sedia hormati suara pengundi?
