IPOH, PERAK: Petani-petani dari dua kawasan di Chemor, Perak, telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Perak pada 17 Jun 2020, untuk meminta pada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu supaya menyelesaikan masalah pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka. Petani-petani tersebut datang dari Kampung Bali Kuala Kuang dan Kampung Baru Tanah Hitam. Bilangan petani … Continue reading Petani Chemor minta hentikan pengusiran paksa
Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah memutuskan pada 15 Jun 2020 untuk menolak rayuan kes daripada pihak majikan BT Security Services Sdn Bhd, memberikan satu lagi kemenangan kepada warga pekerja. Kes yang diputuskan semalam merupakan kes rayuan yang difailkan oleh syarikat BT Security Services Sdn Bhd pada bulan September 2019 terhadap keputusan Mahkamah Buruh Seremban yang … Continue reading Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban
Pameran online poster anti-imperialis (Siri 1) – KAPITALISME
Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah melancarkan Siri Pameran Poster Anti-Imperialis secara atas talian. (Baca Deklarasi Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa di sini.) Siri pertama untuk pameran poster atas talian ini bermula pada 11 Jun 2020. Dalam siri yang bertemakan “Kapitalisme” ini, dipamerkan poster-poster yang direkacipta oleh 77 orang artis … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 1) – KAPITALISME
Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah
Gelombang protes yang dicetuskan oleh kematian George Floyd, bermula sebagai aksi bantahan tempatan di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), tetapi merebak ke seluruh negara AS dengan pantasnya dan turut mencetuskan protes solidariti yang menyatakan sokongan kepada gerakan Black Lives Matter (Nyawa Orang Kulit Hitam Penting) di suluruh dunia. Aksi-aksi protes ini … Continue reading Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah
Kerajaan jangan cuci tangan daripada tanggungjawab menjamin hak pekerja pembersihan hospital
oleh A. Sivarajan Bayangkan anda bekerja selama 26 tahun, sebagai seorang pembersih hospital, tetapi anda masih dianggap pekerja baru oleh majikan subkontraktor yang dilantik oleh syarikat konsesi pembersihan. Tiada kenaikan gaji seperti pekerja di sektor lain, terima gaji minimum RM1200 sahaja. Tiada bonus tahunan. Tiada kenaikan pangkat. Majikan subkontraktor tukar selepas beberapa tahun, setiap kontraktor ini layan anda seperti pekerja baru. Kerja … Continue reading Kerajaan jangan cuci tangan daripada tanggungjawab menjamin hak pekerja pembersihan hospital
Isytihar Darurat Iklim untuk wujudkan pekerjaan
oleh Sharan Raj Krisis COVID-19 telah membuktikan bahawa dengan tergendalanya aktiviti ekonomi, pengunaan bahan api fosil telah kurang dengan drastik. Fenomena ini telah membenarkan Bumi untuk sembuh seketika daripada krisis iklim dan pencemaran kronik. Harga bahan api fosil yang tidak menentu, berkemampuan memberikan kejutan ekonomi yang sangat teruk. Pembakaran bahan api fosil telah menyebabkan perubahan … Continue reading Isytihar Darurat Iklim untuk wujudkan pekerjaan
PENJANA – Pelan pemulihan ekonomi yang penuh kelemahan
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghargai bahawa Kerajaan Perikatan Nasional menyedari perlunya campurtangan Kerajaan dalam menangani kemerosotan ekonomi yang sedang kita lalui. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sedar akan pernyataan neoliberal yang mengatakan pasaran boleh memperbetulkan diri itu adalah tidak boleh dipakai dalam situasi sekarang. Namun, sebarang campurtangan kerajaan harus dikonsepsikan dengan baik serta bersesuaian dengan … Continue reading PENJANA – Pelan pemulihan ekonomi yang penuh kelemahan
AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme
Kematian seorang warga Amerika Afrika, George Floyd, selepas dilayan secara keras oleh pegawai polis di bandar Minneapolis pada 25 Mei 2020, mencetuskan gelombang protes besar-besaran terbaru, bermula dari kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul, negeri Minnesota, dan kemudiannya merebak ke seluruh negara Amerika Syarikat (AS). Protes turut tercetus di banyak tempat di seluruh dunia, sebagai solidariti kepada … Continue reading AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme
Kesatuan pekerja pembersihan membidas UEM Edgenta dan UEMS
IPOH, PERAK: Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengadakan satu sidang akhbar pada 7 Jun 2020, untuk membidas kenyataan daripada syarikat UEM Edgenta Bhd pada 2 Jun 2020 (menurut berita Malaysiakini bertajuk "Protokol keselamatan ada untuk lindungi pekerja, kata UEM Edgenta"), selepas protes kesatuan dan penangkapan aktivis kesatuan di hadapan Hospital … Continue reading Kesatuan pekerja pembersihan membidas UEM Edgenta dan UEMS
Aktivis Thailand diculik di Kemboja
Wanchalearm Satsaksit, seorang aktivis politik dari Thailand yang tinggal di Kemboja, telah diculik oleh sekumpulan lelaki yang bersenjata pada 4 Jun 2020. Kejadian penculikan Wanchalearm Satsaksit itu berlaku di hadapan pangsapuri yang dihuninya di Phnom Penh, ibu negara Kemboja. Wanchalearm Satsaksit telah diheret ke dalam sebuah kereta hitam, dan tiada berita tentangnya sejak itu. Wanchalearm … Continue reading Aktivis Thailand diculik di Kemboja
