Demonstrasi besar-besaran telah diadakan di jalanan Santiago, ibu negara Chile, pada 18 Oktober 2020, bersempena dengan ulangtahun pertama kebangkitan rakyat Chile melawan dasar neoliberal yang dibawa oleh Kerajaan pimpinan Presiden Sebastián Piñera.

Walaupun demonstrasi pada waktu pagi 18 Oktober 2020 bersuasana agak aman dan riang, tetapi berlakunya pertempuran antara demonstran dengan polis pada waktu petang. Dua buah gereja telah dibakar, sementara polis melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap demonstran.

Demonstrators react as police uses water cannons to disperse them on the one-year anniversary of the start of anti-government mass protests over inequality in Santiago, Chile, Sunday, Oct. 18, 2020. (AP Photo/Esteban Felix)

Demonstran yang turun ke jalanan telah menyeru orang ramai mengundi untuk menyokong perubahan Perlembagaan Chile. Rakyat Chile akan mengundi dalam satu referendum pada 25 Oktober 2020, berkenaan sama ada perlunya satu perlembagaan baru untuk negara itu atau tidak, di mana ini merupakan salah satu tuntutan yang dibawa dalam aksi protes rakyat Chile setahun yang lalu. Rakyat Chile yang berprotes melawan dasar neoliberal yang dibawa oleh Kerajaan Chile telah menuntut supaya mewujudkan satu Perlembagaan baru untuk menggantikan Perlembagaan yang digubal semasa zaman pemerintahan  Augusto Pinochet.

Augusto Pinochet yang melalui kudeta tentera pada 11 September 1973 yang menjatuhkan kerajaan berhaluan kiri Salvador Allende pada masa itu, telah memulakan dasar neoliberal di negara itu dengan sokongan daripada ahli-ahli ekonomi “Sekolah Chicago” dan kuasa imperialis Amerika Syarikat. Dasar neoliberal yang diamalkan sejak zaman pemerintahan kediktatoran Pinochet telah membawa kesan memburukkan masalah ketidakadilan sosial di negara Chile dan masih boleh dirasai impaknya walaupun sudah melalui proses transisi dari kediktatoran tentera ke demokrasi, yang melibatkan referendum pada tahun 1988 dan 1989 yang meminda Perlembagaan tahun 1980. Referendum untuk menentukan keperluan Perlembagaan baru pada awalnya dijadualkan pada 26 April 2020, tetapi telah ditangguhkan sehingga 25 Oktober 2020 kerana ancaman pandemic COVID-19.

Gelombang protes besar-besaran tercetus di Chile pada bulan Oktober 2019, apabila tambang metro di Santiago dinaikkan sebanyak 30 peso. Pemberontakan rakyat yang hebat pada 18 Oktober 2019, termasuk stesen metro dibakar oleh demonstran, menyebabkan Presiden Piñera mengisytihar darurat pada hari keesokannya tetapi gagal menyekat kebangkitan rakyat Chile. Lebih 1 juta orang berdemonstrasi di Santiago pada 25 Oktober 2019, menjadikannya aksi massa yang terbesar di Chile sejak peristiwa kudeta tahun 1973. Piñera menukar 8 orang Menteri dalam kabinetnya pada 28 Oktober 2019 untuk meredakan kemarahan rakyat, tetapi protes masih berterusan. Kongres Kebangsaan Chile bersetuju pada 15 November 2019 untuk mengadakan referendum berkenaan dengan persoalan Perlembagaan baru.

Gelombang protes tergendala untuk beberapa bulan pada tahun 2020 kerana penularan wabak COVID-19. Aksi protes jalanan kembali lagi pada bulan September 2020 dengan demonstrasi berskala kecil untuk meneruskan perjuangan melawan dasar neoliberal. Aksi protes pada 11 September 2020 untuk memperingati ulangtahun ke-47 kudeta tentera Pichochet yang merupakan permulaan kepada dasar neoliberal di Chile, telah menyaksikan penggunaan keganasan oleh polis terhadap demonstran dan lebih 100 orang ditangkap pada hari itu.

Selepas setahun sudah berlalu, rakyat Chile masih tegas dalam perjuangan melawan dasar neoliberal yang masih belum selesai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s