Pada 5 Jun 2020, Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu mesyuarat dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan di Pejabat Menteri di Putrajaya. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Dato' Mohd Jeffrey Bin Joakim selaku Pengarah Jabatan Tenaga kerja Semenanjung Malaysia, Puan Gayathri Vadivel selaku Ketua Cawangan Perhidmatan Pekerjaan dari Pejabat Sistem … Continue reading PSM mengetengahkan isu pekerja kepada perhatian Menteri Sumber Manusia
PKP tidak harus tegah rakyat daripada lawan kemusnahan alam sekitar – Kenyataan Hari Alam Sekitar Sedunia 2020
oleh Sharan Raj Krisis COVID-19 telah menunjukkan kemampuan alam sekitar untuk menggugat tamadun manusia sehingga ke akar umbinya. Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2020, Malaysia seharus mengambil iktibar daripada krisis COVID-19 untuk menangani isu alam sekitar yang semakin kronik, iaitu krisis iklim. Pengurangan aktviti ekonomi manusia semasa pandemik COVID-19 di seluruh dunia telah memberikan nafas … Continue reading PKP tidak harus tegah rakyat daripada lawan kemusnahan alam sekitar – Kenyataan Hari Alam Sekitar Sedunia 2020
Aktivis kesatuan didakwa langgar peraturan PKP kerana protes menentang penindasan terhadap kesatuan
IPOH, PERAK - 4 JUN 2020: 5 orang aktivis yang ditangkap pada 2 Jun 2020 kerana mengadakan protes membantah penindasan terhadap kesatuan sekerja di hadapan Hospital Besar Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun) didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada hari ini. Mereka yang didakwa ialah M. Sarasvathy selaku Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di … Continue reading Aktivis kesatuan didakwa langgar peraturan PKP kerana protes menentang penindasan terhadap kesatuan
Mahkamah tolak reman terhadap 5 orang aktivis kesatuan pekerja pembersihan hospital
IPOH, PERAK - 3 JUN 2020: Mahkamah Majistret Ipoh telah menolak permohonan reman daripada pihak polis terhadap 5 orang aktivis kesatuan yang ditahan semalam semasa aksi protes membantah tindakan majikan yang menindas kesatuan sekerja yang dianggotai oleh pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan. Pihak polis cuba memohon reman selama 4 hari terhadap kelima-lima orang yang telah ditahan … Continue reading Mahkamah tolak reman terhadap 5 orang aktivis kesatuan pekerja pembersihan hospital
Aktivis Kesatuan Pekerja Pembersihan Hospital ditahan kerana bantah penindasan terhadap kesatuan
IPOH, PERAK - 2 JUN 2020: 5 orang aktivis kesatuan telah ditahan polis pada hari ini di hadapan Hospital Ipoh kerana mengadakan aksi protes secara aman untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan majikan yang menganiayai kesatuan sekerja yang dianggotai oleh pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan. 5 orang yang ditahan polis ialah: M. Sarasvathy, Setiausaha Eksekutif … Continue reading Aktivis Kesatuan Pekerja Pembersihan Hospital ditahan kerana bantah penindasan terhadap kesatuan
Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?
oleh Rani Rasiah Serbuan yang kerap dan keras oleh pihak Imigresen ke atas komuniti migran semasa Perintah Kawalan Pengerakan menjadi salah satu ciri utama pandemik COVID-19 di Malaysia. Serbuan tersebut mendatangkan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan didominasi oleh sentimen anti-pendatang dan xenofobia. Siapa yang harus dipersalahkan untuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau warga asing tanpa dokumen ini? … Continue reading Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?
“Aku tak dapat bernafas” lagi: Rasisme dan keganasan polis cetus rusuhan di Minneapolis
“Aku tak dapat bernafas!” (I can’t breathe!) Ini ialah kata-kata oleh Eric Garner, seorang warga Amerika Afrika yang menjadi mangsa keganasan polis yang mati di Staten Island, New York, pada tahun 2014. Selepas enam tahun, kata-kata yang sama keluar daripada mulut seorang lagi warga Amerika Afrika, George Floyd, sebelum dia meninggal dunia akibat dilayan secara … Continue reading “Aku tak dapat bernafas” lagi: Rasisme dan keganasan polis cetus rusuhan di Minneapolis
Hong Kong: Undang-undang keselamatan negara baru cetus semula gelombang protes
Pada tahun 2003, ketika dilanda penularan wabak koronavirus SARS, Kerajaan Hong Kong mengemukakan Rang Undang-undang Keselamatan Negara di dalam Dewan Perundangan (LegCo) Hong Kong, tetapi terpaksa menarik keputusan untuk meluluskan rang undang-undang yang dianggap menghakis autonomi bandaraya Hong Kong dan mencabul hak asasi manusia tersebut setelah tercetusnya protes besar-besaran pada 1 Julai 2003, iaitu … Continue reading Hong Kong: Undang-undang keselamatan negara baru cetus semula gelombang protes
Kerajaan Kedah tidak patut bayar pampasan kepada pembalak
oleh M. Sharan Raj Kenyataan terkini oleh Menteri Besar Kedah bahawa Negeri Kedah perlu membayar pampasan RM1 bilion kepada kapitalis balak kerana menghentikan konsesi pembalakan di Hutan Simpan Kekal Ulu Muda amat mengejutkan kami. Hutan Simpan Kekal Ulu Muda merupakan tunjang kehidupan rakyat, kerana ia membekal air bersih kepada lebih 4 juta rakyat di Perlis, … Continue reading Kerajaan Kedah tidak patut bayar pampasan kepada pembalak
Kenapa AS begitu celaru dalam menangani COVID-19?
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Cara Amerika Syarikat (AS) menangani wabak COVID-19 yang sangat tidak berkesan boleh menjadi agak membimbangkan, kerana adalah semakin jelas bahawa ia tidak terbatas pada Presiden AS dan pasukan di sekelilingnya. Imej-imej dari Michigan dan negeri-negeri yang lain di AS di mana rakyat biasa menuntut hak mereka untuk berhimpun dalam kumpulan besar, … Continue reading Kenapa AS begitu celaru dalam menangani COVID-19?
