oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Politik bukan lagi seni pentadbiran. Ia seni pembohongan. Tugas ahli politik kini adalah mencari jalan terbaik untuk berbohong kepada rakyat dengan pelbagai kaedah sehingga penipuan itu menjadi satu penerimaan. Semakin licik seorang penipu itu, semakin lamalah hayatnya dalam dunia politik negara kita. Tidak perlu pergi terlalu jauh ke belakang … Continue reading Mari merotan “Abah”!
Colombia: Mogok nasional bantah dasar neoliberal dan keganasan politik
Puluhan ribu rakyat Colombia telah mengambil bahagian dalam aksi mogok nasional pada 21 Oktober 2020, untuk memprotes terhadap dasar sosial dan ekonomi yang dibawa oleh Kerajaan pimpinan Presiden Iván Duque. Gerakan protes rakyat Colombia yang terdiri daripada pekerja-pekerja, petani-petani, guru-guru, pelajar-pelajar, masyarakat orang asal dan golongan keturunan Afrika, menuntut pada Kerajaan Colombia supaya merespon segera … Continue reading Colombia: Mogok nasional bantah dasar neoliberal dan keganasan politik
Costa Rica: Protes massa paksa kerajaan hentikan rundingan dengan IMF
Pemberontakan massa yang serupa dengan gerakan “Jaket Kuning” Perancis tercetus di Costa Rica untuk menentang rancangan kerajaan pimpinan Carlos Alvarado yang hendak memperkenalkan kenaikan cukai yang membebankan rakyat biasa, memotong perbelanjaan perkhidmatan awam dan melaksanakan penswastaan. Aksi protes massa yang berterusan ini telah mengubah dinamik politik di negara yang pernah digelar sebagai “Switzerland Amerika Tengah” … Continue reading Costa Rica: Protes massa paksa kerajaan hentikan rundingan dengan IMF
Chile: Perjuangan lawan neoliberalisme belum selesai
Demonstrasi besar-besaran telah diadakan di jalanan Santiago, ibu negara Chile, pada 18 Oktober 2020, bersempena dengan ulangtahun pertama kebangkitan rakyat Chile melawan dasar neoliberal yang dibawa oleh Kerajaan pimpinan Presiden Sebastián Piñera. Walaupun demonstrasi pada waktu pagi 18 Oktober 2020 bersuasana agak aman dan riang, tetapi berlakunya pertempuran antara demonstran dengan polis pada waktu petang. … Continue reading Chile: Perjuangan lawan neoliberalisme belum selesai
MB Selangor harus letak jawatan kerana gagal urus air
oleh V. Selvam Krisis air di Selangor sudah tiada kesudahannya dan masalah gangguan air sudah semakin kritikal. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah tidak mampu menangani masalah pengurusan air di Selangor. PSM Selangor menggesa Menteri Besar Selangor dan Ketua Eksekutif Air Selangor untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan meletakkan jawatan mereka. Masalah paip pecah di … Continue reading MB Selangor harus letak jawatan kerana gagal urus air
New Zealand: Parti Buruh pimpinan PM Jacinda Ardern menang besar
(Foto: Hannah Peters Getty Images) Pilihanraya Umum di New Zealand yang diadakan pada 17 Oktober 2020 menyaksikan kemenangan besar Parti Buruh yang dipimpin oleh penyandang jawatan Perdana Menteri sejak tahun 2017, Jacinda Ardern. Dengan memenangi 64 daripada 120 kerusi dalam Parlimen, Parti Buruh New Zealand membentuk kerajaan majoriti secara sendiri yang pertama di New Zealand … Continue reading New Zealand: Parti Buruh pimpinan PM Jacinda Ardern menang besar
Bolivia: Sosialis tewaskan puak kanan yang sokong kudeta
Luis Acre (nombor empat dari kiri), calon MAS untuk Presiden Bolivia, dan David Choquehuanca, calon MAS untuk Timbalan Presiden Bolivia, meraihkan kemenangan mereka dalam Pilihanraya Umum Bolivia pada 18 Oktober 2020. Selepas hampir setahun kerajaan Evo Morales di Bolivia dijatuhkan dalam kudeta tentera yang disokong oleh golongan berhaluan kanan yang bersekongkol dengan kuasa imperialis Amerika … Continue reading Bolivia: Sosialis tewaskan puak kanan yang sokong kudeta
(Komik) Solidariti untuk perjuangan demokrasi di Thailand
Perjuangan demokrasi sedang membara di negara Thailand. Gerakan pro-demokrasi Thailand telah mengemukakan tuntutan yang termasuk: Membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya yang baru;Menghentikan gangguan terhadap rakyat yang mengkritik kerajaan;Menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan perlembagaan bersifat autoritarian sekarang yang dibuat oleh rejim pemerintahan tentera selepas kudeta tahun 2014.10 tuntutan untuk pembaharuan terhadap sistem monarki di Thailand bersesuaian … Continue reading (Komik) Solidariti untuk perjuangan demokrasi di Thailand
Nigeria: Rakyat bangkit lawan keganasan polis
(foto: Sahara Reporters) Gelombang protes jalanan yang hebat melanda seluruh negara Nigeria sejak 8 Oktober 2020, dengan seruan lantang yang menuntut untuk menghentikan keganasan polis. Aksi protes yang terbaru ini bermula dengan kempen media sosial yang menuntut pembubaran Skuad Anti-Perompakan Khas (Special Anti-Robbery Squad, SARS), sebuah unit di bawah Pasukan Polis Nigeria yang terkenal dengan … Continue reading Nigeria: Rakyat bangkit lawan keganasan polis
Thailand: Darurat gagal sekat rakyat turun ke jalanan
Walaupun Kerajaan Thailand pimpinan Prayut Chan-o-cha mengisytihar darurat di bandaraya Bangkok pada 15 Oktober 2020, tetapi gagal menyekat puluhan ribu rakyat Thailand daripada terus berdemonstrasi di jalanan untuk menuntut perletakan jawatan Prayut sebagai Perdana Menteri dan pelaksanaan pembaharuan demokratik di negara yang sering berlakunya kudeta tentera itu. Darurat yang diisytihar pada 15 Oktober 2020 mengharamkan … Continue reading Thailand: Darurat gagal sekat rakyat turun ke jalanan
