(foto: Reuters)

Parti-parti Kiri di Asia Tenggara, termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), Partai Rakyat Pekerja (PRP) dari Indonesia, Partido Lakas ng Masa (PLM) dari Filipina dan Socialist Workers dari Thailand, menyatakan solidariti dan sokongan kepada perjuangan rakyat Myanmar yang sedang melawan kudeta tentera untuk menegakkan demokrasi.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 23 Februari 2021, Parti-parti Kiri Asia Tenggara mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Tentera Myanmar yang melakukan rampasan kuasa baru-baru ini. “Kudeta yang terbaru ini merupakan kemunduran yang hebat pada pencapaian yang sedikit untuk proses pendemokrasian di Myammar sepanjang satu dekat yang lalu,” begitu katanya kenyataan bersama tersebut.

Parti-parti Kiri Asia Tenggara juga mengecam penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh pihak berkuasa Myanmar terhadap demonstran yang berprotes di jalanan sehingga sudah berlakunya kematian. Parti-parti Kiri Asia Tenggara membantah penahanan terhadap wakil rakyat yang dipilih, aktivis-aktivis pro-demokrasi dan mereka yang bangkit menentang pemerintahan tentera.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Parti-parti Kiri Asia Tenggara ini menyeru supaya:

  • Segera memulihkan kerajaan orang awam yang dipilih rakyat Myanmar;
  • Membebaskan semua tahanan politik di Myanmar;
  • Hentikan tindakan keras yang zalim terhadap protes pro-demokrasi di Myanmar;
  • Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) harus menggantungkan keahlian Myanmar dalam ASEAN sehingga sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik dipulihkan di negara itu;
  • Semua kerajaan harus menggantungkan kerjasama diplomatik, ketenteraan dan ekonomi dengan Myanmar sehingga sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik dipulihkan di negara itu.

Kenyataan bersama ini juga disokong oleh organisasi-organisasi di dalam dan di luar rantau Asia Tenggara, termasuk Lembaga Informasi Perburuhan Sedane (LIPS) dari Indonesia, Socialist Alliance dari Australia, League of Social Democrats dari Hong Kong, Europe solidaire sans frontières (ESSF) dari Perancis dan Nouveau Parti anticapitaliste (NPA) dari Perancis.

2 thoughts on “Parti Kiri Asia Tenggara sokong perjuangan rakyat Myanmar lawan kudeta tentera

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s