(foto oleh Rapeephat Sitichailapa / AP Photo) Kerajaan Thailand pimpinan Prayut Chan-o-cha mengisytihar darurat di bandaraya Bangkok pada awal pagi 15 Oktober 2020 untuk menyekat demonstrasi rakyat pro-demokrasi yang semakin hebat di situ. 21 orang aktivis pro-demokrasi yang cuba mendirikan khemah berdekatan dengan Tugu Peringatan Demokrasi di Lebuh Ratchadamnoen pada 13 Oktober 2020, sehari sebelum … Continue reading Thailand: Darurat diisytihar untuk sekat kebangkitan rakyat
Lanjutkan moratorium kepada B40 & M40
oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis ingin menggesa kerajaan untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40 dan M40). Pelanjutan moratorium ini akan membantu golongan pekerja dan pemilik syarikat kecil/sederhana untuk mengharungi pandemik COVID-19. Kami ingin mengingatkan kerajaan bahawa terdapat ramai orang yang telah hilang punca pendapatan, mengalami potongan gaji dan ramai … Continue reading Lanjutkan moratorium kepada B40 & M40
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Bank Negara dalam kes pembuangan kerja tidak sah
Y. Kohila, seorang aktivis sosial, telah dipecat oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2017 kerana penglibatannya dalam aktivisme pada masa di luar kerjanya. Antara pertuduhan terhadap Kohila adalah mengeluarkan kenyataan melalui Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) untuk menyokong penyertaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam pilihanraya umum dan memakai kemeja-T yang membantah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) … Continue reading Mahkamah Tinggi tolak permohonan Bank Negara dalam kes pembuangan kerja tidak sah
Seorang balu B40 menang kes tuntutan pencen penakat terhadap PERKESO
oleh M. Sivaranjani Lum Kun Tai ialah seorang balu yang menuntut pencen penakat daripada PERKESO setelah suaminya meninggal dunia pada buan November 2015. Lum Kun Tai telah berkahwin dengan suaminya pada tahun 1991 mengikut adat tradisi di tokong dan mempunyai 4 anak. Salah seorang anaknya merupakan OKU. Permohonan untuk pencen penakat bagi Lum Kun Tai … Continue reading Seorang balu B40 menang kes tuntutan pencen penakat terhadap PERKESO
Afrika Selatan: Mogok pekerja ketengah isu korupsi dan kehilangan kerja
Mogok besar-besaran di Afrika Selatan pada 7 Oktober 2020 yang melumpuh negara itu, telah mengetengahkan pelbagai isu sosio-ekonomi yang menjejaskan kehidupan kelas pekerja. Demonstrasi telah diadakan di bandar-bandar dan pekan-pekan seluruh negara Afrika Selatan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati golongan pekerja terhadap masalah korupsi, kehilangan kerja, kegagalan kerajaan Afrika Selatan dalam menyediakan perlindungan kepada rakyat ketika … Continue reading Afrika Selatan: Mogok pekerja ketengah isu korupsi dan kehilangan kerja
Indonesia: Undang-undang Omnibus diluluskan walaupun dibantah hebat pekerja
(foto: Barcroft Media / Getty Images) Kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Joko Widodo (atau lebih dikenali sebagai Jokowi) telah berdegil untuk memperkenalkan Undang-undang Sapu Jagat (Omnibus Law) walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada gerakan pekerja dan masyarakat sivil di negara itu. Parlimen Indonesia telah meluluskan Undang-undang Omnibus yang dikenali sebagai Undang-undang Cipta Kerja pada 5 Oktober … Continue reading Indonesia: Undang-undang Omnibus diluluskan walaupun dibantah hebat pekerja
Bina rumah PPR untuk masyarakat B40 di Cameron Highlands
Tahukah anda, Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan B40 (berpendapatan terbawah 40%) yang terakhir di Cameron Highlands dibina lebih 40 tahun yang lalu? Tidak ada PPR yang baru dibina sejak itu sehingga kini. Kita sudah berada di tahun 2020, tetapi penduduk B40 di Cameron Highlands masih tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga rumah di … Continue reading Bina rumah PPR untuk masyarakat B40 di Cameron Highlands
Krisis air Selangor: Kerajaan Negeri alpa, rakyat yang merana
oleh V. Selvam Krisis air di Selangor berulang kembali hanya selepas hampir sebulan ianya berlaku. Kali ini pencemaran di Sungai Semenyih berlaku dan dilaporkan hampir 309, 687 pengguna dijangka menghadapi masalah bekalan air di 274 kawasan, termasuk kawasan di Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Petaling. Parti Sosialis Malaysia Negeri Selangor (PSM Selangor) melihat masalah … Continue reading Krisis air Selangor: Kerajaan Negeri alpa, rakyat yang merana
Mahkamah Rayuan ketepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengusir penternak ikan Kuala Kuang
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan daripada 2 orang penternak ikan dari Kuala Kuang, Chemor, Perak, untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengusir mereka. Keputusan Mahkamah pada 5 Oktober 2020 ini dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga orang hakim yang terdiri daripada Datuk Hanipah binti Farikullah, Datuk Nor Bee Binti Ariffin dan Dato’ … Continue reading Mahkamah Rayuan ketepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengusir penternak ikan Kuala Kuang
Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19
Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19 oleh Biro Perumahan dan Peneroka Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selamat Hari Habitat. Tahun ini merupakan satu tahun yang paling mencabar untuk umat manusia keseluruhannya. Serangan wabak COVID-19 ternyata mengubah landskap dunia hari ini. Hampir semua pergerakan manusia dan alam sekitar terjejas tetapi ternyata manusia sangat kerdil berbanding kekuatan … Continue reading Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19
