Pekerja pembersihan Hospital Tanjung Rambutan berpiket: Hentikan penindasan terhadap frontliner

Pekerja-pekerja pembersihan di Hospital Bahagia Ulu Kinta berpiket, dengan tuntutan kenaikan gaji yang adil untuk semua pekerja, peningkatan semula cuti umum kepada 15 hari setahun, pengembalian faedah perubatan kepada RM1,000, pembekalan pakaian seragam yang mencukupi, elaun tambahan untuk kerja di wad COVID-19, elaun-elaun lain dan layanan yang samarata daripada pihak pengurusan.

Afghanistan: Neraka ciptaan imperialisme

Kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) telah menduduki Afghanistan untuk hampir 20 tahun dengan alasan membanteras keganasan dan mewujudkan demokrasi di negara Asia Tengah itu. Namun, apabila tentera AS dan sekutunya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meninggalkan Afghanistan baru-baru ini, Taliban mengambil alih negara itu daripada kerajaan pusat yang disokong oleh AS dalam masa yang sangat singkat. Pengembalian Taliban sebagai kuasa yang memerintah Afghanistan menandakan kegagalan imperialis AS yang paling memalukan setakat ini dalam abad ke-21.