oleh Sharan Raj

Kerajaan yang lemah menawarkan peluang keemasan untuk memperkasakan masyarakat kita. Namun demikian, tiada sebarang desakan tentang kebebasan media yang merupakan alat utama untuk mendidik dan membina pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat, yang terkandung dalam Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) atau memorandum persefahaman yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan selaku pembangkang utama dalam Parlimen.

Selepas mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman tidak membuang peraturan dan undang-undang penapisan media untuk mengawal kritikan politik yang digubal oleh penjajah British.

Media mengalami kesusahan kerana intimidasi kerajaan seperti penapisan, tindakan undang-undang melampau dan perampasan peralatan. Pekerja media juga pernah disiasat untuk beberapa jam oleh polis kerana memberi liputan untuk perhimpunan awam. Peralatan media yang mahal yang dirampas polis telah menyebabkan kerugian yang besar kepada pihak media.

Undang-undang penapisan dan intimidasi kerajaan perlu dihentikan selama-lamanya melalui CSA untuk melindungi kebebasan media.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Setiausaha PSM Melaka.

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *