oleh Sharan Raj

Merujuk kepada pertelagahan tentang penglibatan orang India dalam perbincangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) oleh segelintir golongan elit politik berasaskan kaum seperti ahli politik, teknokrat, birokrat dan ahli akademik. Mereka menjadikan kemiskinan rakyat sebagai isu kaum untuk memperkaya diri mereka sendiri.

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) diberikan dana sebanyak RM500 juta untuk melaksanakan program. Tuntasnya, MITRA menjadi pemberi dana program kepada kenalan politik. Sewajarnya, dana RM500 juta boleh menyelesaikan masalah perumahan dan gelandangan warga emas untuk 5,000 buah isi rumah bersamaan dengan 200,000 orang rakyat.

Sebanyak 250,000 jawatan perkhidmatan awam penting di premis kerajaan seperti pekerja pembersihan dan pegawai keselamatan telah diswastakan di bawah Dasar Penswastaan. Menurut Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), kerajaan membayar RM1.5 bilion setahun kepada kontraktor kroni untuk menguruskan pengawal keselamatan di sekolah awam.

Jumlah gaji yang dibayar kepada 40,000 orang pengawal keselamatan yang bekerja 84 jam seminggu  adalah RM1 bilion. Maka, kontrak kroni dibayar komisen sebanyak RM500 juta untuk membayar gaji minimum kepada pengawal keselamatan. Pembatalan penswastaan dengan mengambil semula pekerja membolehkan premium kontrak kroni diagihkan semula untuk meningkatkan gaji pekerja supaya keluar daripada kemiskinan.

Dasar Penswastaan yang menindas ini direka sendiri oleh golongan elit berasaskan kaum seperti ahli politik, teknokrat, birokrat dan ahli akademik. Kebanyakan kontrak dipegang oleh mereka diri sendiri atau kenalan mereka.

Golongan elit berasaskan kaum yang ketandusan akhlak dan moral mengapi-api perkauman dalam kalangan masyarakat untuk pecah dan perintah. Mereka tidak berminat untuk menghentikan rasisme dan kemiskinan kerana keadan ini membolehkan mereka terus merompak masyarakat. Pemimpin kaum ini merupakan parasit dalam masyarakat.

==========

Sharan Raj Ahli Jawatankuasa ialah Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Setiausaha PSM Melaka.

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s