Pekerja-pekerja hospital kerajaan akan bermotosikal dari Pulau Pinang ke Putrajaya, untuk membawa masalah mereka kepada perhatian Menteri Kesihatan dan menuntut supaya sistem kontrak yang memangsakan pekerja itu dihapuskan.
Gaji pengawal keselamatan sekolah di bawah Wira Corps tertangguh-tangguh sampai 2 bulan
Urusniaga syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan di premis kerajaan ini bukannya sejenis perniagaan yang hasil pendapatannya akan dipengaruhi oleh faktor turun naik pasaran dalam ekonomi. Ia akan tetap menerima bayaran daripada kerajaan tanpa mengira keadaan ekonomi di luar, selagi kerajaan menyalurkan dana kepadanya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk syarikat ini lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali kelambatan pembayaran daripada pihak Kementerian Pendidikan.
[VIDEO] Bagaimana pekerja frontliner di hospital dan sekolah diperhambakan oleh sistem kontrak?
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menerbitkan satu lagi video pendek mengenai masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.
[VIDEO] Sistem kontrak menindas frontliner hospital dan sekolah
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menerbitkan satu video animasi ringkas yang menerangkan masalah sistem kontrak yang diamalkan dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.